Tuesday, May 21, 2013

CINA BIMBANG PERNIAGAAN MEREKA DIBOIKOT.


By: Mykmu.net.

Kalau anda rajin bersembang dengan puak-puak Cina chauvinist dan memperkatakan tentang sumbangan kepada negara ini, anda tentu akan berbulu telinga apabila mendengar cakap besar mereka, kononnya merekalah penyumbang pendapatan negara paling besar. Justeru, kata mereka, Malaysia terhutang budi kepada mereka, sedangkan Melayu-Bumiputera pula hanya menghabiskan wang mereka yang dibayar kepada kerajaan.

Dengan kata lain, kaum Cina dianggap sebagai penyumbang terbesar ekonomi negara manakala masyarakat bukan Cina pula, terutama sekali Melayu-Bumiputera hanyalah golongan pasif dan tidak memberikan sebarang pulangan menguntungkan kepada negara.

Alasan mereka, Melayu-Bumiputera hidup atas belas subsidi. Tanpa subsidi dan tanpa bantuan daripada kerajaan, Melayu-Bumiputera akan merempat di negara ini, bahkan tidak keterlaluan kalau dikatakan Melayu-Bumiputera merupakan golongan peminta sedekah yang hidup merempat di tepi jalan tanpa tempat perlindungan.

Namun apabila gerakan memboikot barangan atau produk dan premis perniagaan yang dimiliki oleh golongan Cina, lain pula ceritanya. Keegoan dan keangkuhan membuatkan mereka tidak sesekali menyuarakan kebimbangan secara terbuka, sebaliknya mereka akan mencari jalan agar ada dari kalangan pihak berkuasa yang bercakap dan memperkatakan tentang kerugian besar sekiranya tindakan boikot terus dilaksanakan.
Dalam ilmu ekonomi, setiap sen akan dikira. Tidak ada sen daripada golongan tertentu yang tidak terlibat dalam menjana ekonomi negara. Tiada golongan yang terpinggir atau tidak terbabit dalam permainan ekonomi sesebuah negara, terutama sekali Malaysia yang turut mengamalkan pasaran bebas dan terbuka.

Mendabik dada kononnya, golongan merekalah yang paling banyak menyumbangkan pendapatan kepada negara dalam bentuk cukai, merupakan alasan paling melucukan dan menjengkelkan. Tindakan boikot yang dilaksanakan sekarang ini, membuatkan golongan yang cukup chauvinist, sombong, angkuh dan takbur, mula gelabah.

Penjual tanpa pembeli samalah seperti kepala tanpa badan. Kuasa beli di kalangan Melayu-Bumiputera sekarang, amat kuat. Ini terbukti daripada permohonan untuk mendapatkan logo HALAL JAKIM bagi dipamerkan di premis, terutama sekali yang menjual makanan. Begitu juga dengan cubaan memenuhi kuasa permintaan kaum Melayu-Bumiputera menerusi jenama-jenama yang berunsur kemelayuan atau pun kearaban memandangkan ia lebih dekat dan lebih mudah memperdaya mata Melayu-Bumiputera.

Dan kalau kita perhatikan kepada nama syarikat-syarikat yang tertera pada kebanyakan produk, nama-nama bukan Melayu sudah semakin berkurangan kecuali jenama-jenama lama. Hipotesis ini mungkin agak keterlaluan bagi sesetengah pihak tetapi tanpa kuasa beli dan permintaan yang tinggi daripada masyarakat Melayu-Bumiputera, tidak mungkin para pengeluar yang bercakap Bahasa Melayu pun berterabur, sanggup mengorbankan keegoan mereka.

Gerakan memboikot jenama atau produk keluaran bukan Melayu-Bumiputera, sebenarnya bukanlah amalan yang sihat. Namun ia juga perlu untuk menunjukkan bahawa di Malaysia, sesuatu kaum terutama sekali kaum imigran tidak boleh terlalu besar kepala dan sentiasa melihat Melayu-Bumiputera sebagai golongan bodoh dan bebal serta sentiasa boleh menerima apa-apa sahaja perbuatan mereka. Pada masa yang sama, mampu menstabilkan harga produk dan perkhidmatan yang terdapat di negara ini.

Sebenarnya yang memulakan kempen pemboikotan adalah golongan mereka sendiri. Facebook menjadi medan utama mereka untuk memperkenalkan jenama ‘UMNOPUTRA’ yang kononnya, sebarang pembelian produk berkenaan akan menyumbang kepada dana pilihanraya UMNO dan Barisan Nasional. Gambar-gambar produk tersebut telah disebarkan secara meluas terutama sekali yang membabitkan Roti Gardenia dan minyak masak SAJI.

Sudah lebih empat tahun kempen pemboikotan tersebut dilaksanakan. Produk-produk Bumiputera terutama yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat milik Syed Mokhtar Al-Bukhari dan FELDA menjadi sasaran chauvinist ini.

Pada ketika itu, tidak pula kedengaran suara larangan daripada para pembesar negara. Tiada juga nasihat yang diberikan kononnya, tindakan pemboikotan tersebut akan menyebabkan negara mengalami kerugian. Malah tiada juga suara-suara yang menentang dengan alasan tindakan perkauman seperti itu, hanya akan menyebabkan jurang polarisasi semakin melebar.

Keputusan PRU13 dengan perubahan undi masyarakat Cina kepada DAP, sememangnya sudah dijangka dari awal. Bahkan apabila UMNO dan Barisan Nasional tersepit antara isu perkauman dengan isu perpaduan, DAP lebih bijak mengatur strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional di tempat-tempat mereka bertanding.
Tidak sahaja menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, keperluan asas seperti minyak masak, gula dan tepung telah disorok sebelum fitnah dilancarkan kononnya, yang menyorokkan barangan berkenaan adalah syarikat-syarikat Melayu-Bumiputera.

Sesuatu yang sangat menghairankan ialah apabila kebanyakan pemborong, pengedar serta orang tengah majoritinya bukan berbangsa Melayu. Seperti juga hasil laut yang dipasarkan, peningkatan harga di pasaran, langsung tidak memberi sebarang manfaat kepada kaum nelayan yang rata-ratanya adalah Melayu-Bumiputera, sebaliknya yang lebih untung adalah orang tengah serta pemilik-pemilik bot yang berkapasiti besar, yang sudah tentulah bukannya orang Melayu-Bumiputera.

Dan kalau kita perhatikan di pasaran sekarang, kebanyakan premis milik bukan Melayu termasuklah di pasaraya-pasaraya besar akan menjual produk-produk keluaran Melayu-Bumiputera pada harga yang lebih tinggi dari harga produk-produk bukan Melayu. Taktik tersebut dilihat bukan sahaja untuk mematikan perusahaan yang disertai Melayu-Bumiputera, tetapi juga memberi imej negatif kononnya produk Melayu-Bumiputera berharga lebih mahal dan sukar diperolehi.

Memperkenalkan dan menyenaraikan produk yang telah dihasilkan oleh syarikat-syarikat Melayu-Bumiputera kepada khalayak, akan memberi ruang pilihan yang lebih besar untuk ‘membetulkan’ semula arah ‘liquidity’ yang sekarang ini lebih banyak menumpuk kepada satu golongan semata-mata sehingga mereka berjaya membentuk lingkaran monopoli.

Itulah sebenarnya yang amat ditakuti oleh DAP. Pemboikotan bererti, menghilangkan pergantungan kepada golongan mereka, sekaligus mengurangkan pula kuasa mereka untuk menekan pengguna seperti yang sering berlaku sekarang ini.  Sebarangan pertandingan adil, amat tidak disukai oleh kelompok yang sudah lama merasai nikmat kemewahan di negara ini. Pengurangan lingkaran monopoli akan membuatkan kuasa pertandingan akan dimenangi oleh produk Melayu-Bumiputera.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik