Thursday, May 23, 2013

DEMONSTRASI DI LONDON JEJAS NAMA BAIK NEGARA.

Demonstrasi  di London jejas nama baik negara
Abdul Sahol Hamid (kiri) dan Ramlah Adam
Kuala Lumpur: Tindakan 250 rakyat Malaysia berdemonstrasi di depan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square London, Ahad lalu menjejaskan nama baik negara.

Felo Unit Kajian Strategik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam, berkata sebagai rakyat dari negara yang sentiasa menjadi contoh dan sebutan, perkara terbabit tidak patut berlaku kerana Malaysia dipandang tinggi di luar negara. 

Tindakan tidak wajar 

Golongan itu sepatutnya dikenakan tindakan tegas. Jika ada pelajar yang ditaja kerajaan terbabit sama, biasiswa yang diberikan pada mereka harus ditarik serta-merta,” Prof Datuk Dr Ramlah Adam, Felo Unit Kajian Strategik, UniMAP

Katanya, mereka bertindak secara emosi menyebabkan seluruh rakyat negara ini terpaksa menanggung kesan daripada tindakan tidak bertanggungjawab itu.

“Tidak wajar mereka melakukan demonstrasi itu. Atas dasar apa mereka lakukan sedangkan proses Pilihan Raya Umum (PRU) lalu sudah dijalankan secara telus, malah pemerhati luar turut dipanggil bagi memastikan tiada penipuan berlaku.

“Golongan itu sepatutnya dikenakan tindakan tegas. Jika ada pelajar yang ditaja kerajaan terbabit sama, biasiswa yang diberikan pada mereka harus ditarik serta-merta,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, blogger Blog MIK (http://medan-info-kita.blogspot.com) melaporkan mengenai sekumpulan rakyat Malaysia, yang menetap di London didakwa memburukkan nama negara selepas bertindak mengadakan demonstrasi jalanan membantah keputusan PRU lalu di beberapa kawasan di bandar raya berkenaan. 
Blogger terbabit turut mendakwa, demonstrasi itu dilakukan pada waktu tengah hari, Ahad lalu. Selain mengedarkan risalah, dua individu yang dipercayai mengetuai demonstrasi itu turut menghasut dan mempersoalkan mandat rakyat yang memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

‘Pendek akal’

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Seri Dr Abdul Sahol Hamid, berkata individu yang terbabit dalam demonstrasi itu adalah golongan ‘pendek akal’.

Katanya, semangat patriotik juga tiada dalam diri mereka dan tindakan tegas perlu dikenakan supaya kewibawaan dan kredibiliti pemimpin negara tidak dipandang rendah.

“Jika mereka sudah memalukan nama negara, tinggal saja di sana. Jangan pulang lagi ke negara ini. Cuba rasakan bagaimana hidup di negara luar sedangkan segala keistimewaan sudah kita peroleh di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Institut Pemimpin Muda UiTM, Zaharin Haris, berkata peserta demonstrasi itu harus menerima keputusan PRU dengan hati terbuka dan berhenti mempersoalkan keputusan yang sudah dibuat.

Sumber: BHO.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik