Thursday, May 30, 2013

ITS NOW OR NEVER NYANYIAB ANWAR.


By: The Chulan.

PRU13 menyebab kan ramai orang tidak keharuan.Paling terharu Anwar Ibrahim, kerana orang putih kata "so near yet so very far". Dekat tetapi jauh.Walau menjaja Pakatan Rakyat nya lebih popular tetapi yang kurang popular yang menerajui negara.Takdir Allah.

Macam main badminton Anwar menang set pertama 15-0 tapi kalah set kedua dan ketiga 14-15 , 14-15, dan Anwar menjerit saya punya mata 43 dia punya mata 30 sahaja. sedang dia tahu kemenangan ikut jumlah set bukan ikut jumlah kutipan mata. Itu lah Anwar Ibrahim.Berkali kali dia bertanding jadi calon tidak pernah dia ungkit hal itu cuma bila tidak dapat jadi PM baru jadi budak kecil ungkit benda yang tidak pernah ada dalam cara undi negara kita.

Anwar mahu bodoh kan rakyat jika seorang calon menang majoriti 50,000 undi tetapi kawasan majoriti cina dan di kawasan lain ada calon menang majoriti 2000 undi tetapi kawasan dayak atau Iban tentu tidak sama walau lebih banyak penjumlahan undi cina di satu satu kawasan itu.Di kawasan undi sedikit mungkin daerah itu mahu calon itu dan bukan calon lain walau pun ramai. 

But then, thats Anwar for you. Banyak sangat "trick up his seleve". Lama tunggu rupa rupa nya Anwar hanya mampu lapor Polis dakwat tidak kekal.Patut dakwat itu kekal sampai hari kiamat.Mahu lapor Bangla dia tahu tidak ada bukti, mahu lapor  "black-out" Polis mahu tahu kawasan mana dan pukul berapa.Jadi dakwat tidak kekal sahaja yang kekal jadi laporan.

Anwar sudah berumur dan  tahun terlalu lama untuk menunggu untuk pilihanraya lagi, malah usah kan tunggu pilihanraya sahaja, jika sabit kesalahan kes Saiful dan kes Nalla Karuppan makin jauh lah cita cita Anwar.

Putrajaya semakin jauh dan makin impossible, yang makin dekat dan possible hanya Bulohjaya sahaja, menjadi YB di situ sebagai "Yang Bersalah".

Jadi, mahu tidak mahu Anwar must do the Elvis "Its Now or Never". Buat apa sahaja , by hook or by crook mesti jadi PM now or never.Lirik lagu elvis tu sebut "Tomorrow will be too late , its now or never , my love wont wait".Sesuai sangat untuk Anwar. Jika Elvis perlu kan peminat menjerit jerit menyahut nyanyian nya, Anwar perlu kan peminat berdemo sana dan sini.Sama lah tu.


Sementara itu DS Najib pula lain kedudukan nya.Pada mula nya ura ura kata akan ada gerakan mahu membuat sesuatu , dan jika DS Najib sudah performed below par , yakni lebih teruk dari Tun lah, maka kena lah "step down" dan serah kedudukan kepada perwakilan di PAU nanti.

Tetapi dengan kedudukan terkini, tiada calon sesuai dan selayak nya, maka suara mahu DS Najib turun mula "tone down".

Hanya yang terdengar kini ada lah orang keliling DS Najib yang harus di buang kerana memberi nasihat tidak betul.Setelah Tun Mahathir mengkritik penasihat DS Najib kini Tun Daim pula menyambung kritikan.Nampak macam serious sahaja krtitikan nya.

Kenyataan terbaru Tun Mahathir ketika di luar negara bahawa tiada opsyen lain melainkan mengekal kan DS Najib menjadi kan DS Najib sebagai "survivor". Dahulu pun gitu ketika DS Najib masih Timbalan Presiden , ura ura gang jahat mahu perkena kan dan gagal kan DS Najib menjadi PM tidak berjaya , malah di satu ketika para bloggers mengistihar kan DS Najib sebagai "dead man walking" kerana hanya mengunggu hari kejatuhan, tetapi Allah tidak mahu ia nya terjadi lalu DS Najib pun survived.

Maka sesuai sangat lah DS Najib dengan lagu Gloria Gaynor "I will Survive" kerana beberapa kali sudah "survive" termasuk lah di kala undi terkejut dulu di mana DS Najib hanya menang 200 lebih sahaja undi.Memang benar dia seorang "survivor".

Jadi pada 2 orang politikus satu pilihanraya melahir kan 2 kedudukan, pada Anwar ini lah waktu nya, ini lah saat nya dia kena "strike" untuk mendapat jawatan idaman nya,pada Ds Najib, apa terjadi pun dia tetap survivor, sentiasa melepasi masalah. 


Tetapi Politik bukan lah "exact science" apa apa pun boleh terjadi.Sama ada yang nyanyi lagu "Its Now Or Never" atau pun lagu "I Will Survive" semua boleh bertukar ikut ketentuan yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik