Friday, May 17, 2013

KDN PERLU BERTINDAK.

By: Lukman Ismail.

Anwar Ibrahim sewajarnya berundur daripada arena politik kerana itulah kehendak lebih 81 peratus rakyat yang mengikuti kaji selidik yang dijalankan oleh akhbar The Edge minggu ini.

Ia juga sebagai tuntutan janji Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang mahu bersara dan menjadi seorang pensyarah di luar negara, jika pakatan pembangkang gagal ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Blog Kedah Ke KL (kedahkekl.blogspot.com) berkata, kaji selidik itu jelas membuktikan bahawa rakyat menolak cara berpolitik Anwar yang mengheret rakyat ke jalan raya semata-mata memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia yang masih mempercayai tipu daya Anwar harus menyedari bahawa betapa pentingnya rakyat bersatu untuk terus majukan Malaysia dan bukannya berterusan ditipu Anwar yang mempunyai agenda kepentingan peribadi dalam politik," katanya.

Nada serupa disuarakan blog Keris 7 Lok (keris7lok.blogspot.com) yang mahukan agar Anwar segera berundur dan tidak lagi merosakkan pemikiran anak-anak muda dengan politik jalanan beliau semata-mata mahu mencapai cita-cita peribadinya.

Katanya, golongan muda sudah sedar dan tidak akan tertipu dengan pemimpin fesyen lama" seperti Anwar tetapi mahukan transformasi seperti dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dulu kata bila kalah akan berundur, tapi datang gila dia dah kalah pun umum pakatan pembangkang menang. Hilang akal ke apa?

Rakyat yang sokong Anwar patut sedar yang dia hanya mempergunakan penyokong dia untuk penuhi perjanjian syaitan yang entah dengan siapa dia buat.

Anwar harus berundur! Nyah dari politik Malaysia! Menyusahkan dan memualkan. Penat tengok perhimpunan yang kosong. Yang turun himpunan tu pun patut sedar yang mereka hanya membuang masa. Keputusan pilihan raya dah termaktub," katanya.

Blog Uruk-Hai (mediauruk.blogspot.com) pula berkata, PRU-13 sekali lagi membuktikan bahawa Anwar seorang yang bercakap kosong dengan menjanjikan bulan dan bintang, termasuk berjanji untuk berundur jika gagal ke Putrajaya.

Bagaimanapun, apabila keputusan PRU-13 terus memihak kepada Barisan Nasional (BN), Anwar seperti seorang badut apabila mengumumkan pakatan pembangkang memenangi pilihan raya itu dan beliau tidak sepatutnya berundur.

Ramai yang terkejut bagaimana Anwar boleh kata pembangkang menang sedangkan pakatan PKR-DAP-Pas itu hanya menang 89 kerusi berbanding 133 milik BN.

Anwar kelihatan terdesak mahu merampas kuasa dengan menganjurkan beberapa siri himpunan haram sejak tewas pada PRU-13 lalu," katanya.

KDN PERLU BERTINDAK

SUDAH tiba masanya Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak terhadap mana-mana pihak yang menghasut rakyat dengan tujuan mencetuskan huru-hara di dalam negara semata-mata untuk memastikan kerajaan BN yang dipilih rakyat pada PRU-13 ditumbangkan.

Blog Mahamissa (mahamissa.blogspot.com) berkata, KDN yang kini diterajui oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu bertindak agresif bagi memastikan negara terus kekal aman tanpa gangguan anasir-anasir yang sengaja mahu mencetuskan suasana tidak selesa dalam kalangan rakyat.

Gerakan menganjurkan himpunan haram di seluruh negara kini dilihat semakin menjadi-jadi maka sesuatu harus segera dilakukan kerana dari segi undang-undang jelas sekali tindakan tersebut adalah salah," katanya.

Katanya, perbuatan aktivis propembangkang seperti Hishamuddin Rais dan Haris Ibrahim yang menghasut rakyat untuk merusuh di jalanan Sabtu ini tidak boleh dibiarkan kerana ia jelas mencabar Perlembagaan dan mengancam keselamatan negara.

Kepada Zahid Hamidi, tolong lakukan tangkapan segera kerana rakyat makin rimas dengan amaran demi amaran. Kesalahan jelas sudah pun dilakukan maka pihak berkuasa harus bertindak, jangan sampai ada pihak lain yang bertindak!," tegasnya.

Blog The Flying Kick (theflyingkick.blogspot.com) pula berharap dengan pertukaran Ketua Polis Negara dan timbalannya serta Menteri Dalam Negeri yang baharu dapat menangani para aktivis propembangkang yang cuba mencetuskan kekacauan dalam negara.

18 Mei telah dijadualkan oleh kedua-dua itu (Hishamuddin dan Haris ) untuk memulakan kekacauan. Anwar pula telah menjanjikan dalam tempoh 3 bulan, kerajaan Najib akan jatuh dan berjaya digulingkan.

Bahkan Anwar sudah pun meminta pertolongan daripada Barrack Obama agar Presiden Amerika Syarikat itu masuk campur dan membolehkannya menjadi Perdana Menteri, sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara melibatkan campur tangan Amerika Syarikat," katanya.

Justeru katanya, satu tindakan tegas perlu diambil terhadap kedua-dua individu terbabit kerana terus menghasut rakyat agar menumbangkan kerajaan yang dipilih secara sah menerusi demonstrasi jalanan.

Blog Sel 13 (sel13.com) turut mahukan tindakan tegas diambil terhadap Hishamuddin kerana mendakwa dialah pencetus siri perhimpunan haram yang diharapkan berakhir dengan keganasan.

Pihak berkuasa seharusnya bertindak tegas dan mula mengajar puak-puak yang menyembah Hishamuddin ini tentang keperluan kepada pematuhan undang-undang, bukannya membiarkan mereka menganggap mereka bebas dan tidak tertakluk dengan sebarang undang-undang di negara ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik