Saturday, May 18, 2013

KEPUTUSAN UNDI POPULAR ADALAH SISTEM NEGARA REPUBLIK.

By: AIDC.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar pemimpin pembangkang kerana menjadikan isu undi popular sebagai `alat’ untuk mereka menghasut orang ramai menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Kata beliau, jikapun pembangkang memperolehi kelebihan suara majoriti, namun ukuran yang digunakan oleh pembangkang itu sebenarnya telah dimanipulasikan mengikut acuan `list system’ atau `single transferable vote’.

“Kaedah yang ditafsirkan oleh pembangkang (`list system’ atau `single transferable vote’) hanya terpakai bagi negara yang memilih ketua negara dan parti pemerintah secara sistem pilihan raya perwakilan bernisbah yang memperuntukkan kerusi berasaskan undi yang diterima.

“Malaysia mewarisi sistem politik dari United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel juga menggunakan sistem `first past the post’ dengan parti-parti politik yang bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian yang mengambil kira prinsip undi majoriti mudah,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Ahmad Zahid berkata, beliau kesal dengan tindakan pemimpin parti pembangkang khususnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengelirukan golongan muda Cina dan pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU13 yang dianggap memihak kepada mereka berdasarkan undi popular.

Jelas beliau, jika pakatan pembangkang mahu menerima pakai `list system’ atau `single transferable vote seperti yang digunakan oleh negara-negara Republik, maka pemimpin mereka wajar berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik tersebut.

Ia kerana, katanya, Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik sendiri dan rakyat Malaysia yang setia perlu menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, pemimpin pembangkang juga perlu mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat sebagaimana yang terdapat dalam sistem `first past the post’ yang terpakai buat sekian lama di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang secara `road show ’hanya merupakan `escapism; untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang menguasai Putrajaya.

“Sebenarnya pembangkang terlalu yakin (over confident) dengan sokongan pengundi dan memanipulasikan pelbagai isu serta menabur janji palsu dalam manifesto yang mereka sendiri tahu tidak akan termampu untuk mereka laksanakan.

“PAS pula sebaliknya, melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui keputusan PRU13 dan menerima kenyataan atas keputusan yang dibuat oleh rakyat malah tidak bersetuju dengan perhimpunan haram yang diadakan PKR dan DAP tersebut,” katanya lagi.

Tambah beliau, rakyat sebenarnya semakin muak dengan gelagat pemimpin pembangkang mengheret anak-anak muda terutamanya dari keturunan Cina dengan penuh rasa kebencian dan menyemarakkan api perkauman dalam masyarakat majmuk yang selama ini dijalin rasa keharmonian.

Lebih teruk, katanya, pembangkang turut mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kononnya memanipulasi undian dan menganggap ia satu tuduhan yang keterlaluan sedangkan SPR telah menuruti sebahagian besar tuntutan mereka termasuk menggunakan dakwat kekal yang hanya digunakan oleh negara-negara dunia ketiga.

Malah disetiap pusat pengundian setiap calon meletakkan wakil masing-masing sebagai polling agents untuk memantau proses pembuangan undi dan meletakkan ejen pengiraan semasa pengiraan undi dilakukan, katanya.

“Pelbagai tuduhan yang tidak munasabah terus dilemparkan kepada SPR kerana Pembangkang tidak mengakui hakikat kekalahan mereka, termasuk kononnya lampu terpadam ketika pengiraan undi dijalankan. Jika tidak pandai menari, jangan lah menuduh tanah tinggi rendah!,” katany lagi. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik