Thursday, May 30, 2013

MASA DEPAN BAHASA MELAYU.

By: TS Abdullah Ahmad.

Terlintas juga dalam hati kecil saya kemungkinan satu hari negara tunggal Melayu ini juga batu nisan Bahasa Melayu! Ada orang British juga Amerika berpendapat United Kingdom dan Amerika Syarikat satu ketika kemuka akan jadi pusara Bahasa Inggeris!

Mereka yang terganggu memikirkan masa depan kedua bahasa (BM, BI) berasa tidak mustahil itu berlaku. Sebabnya: bagi kita walaupun Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa rasmi tunggal nampaknya ia terus terpinggir.

Orang British dan Amerika pula nampak bahasa mereka akan menjadi bahasa pasar bukan lagi bahasa standard; terus menjelma sebagai bahasa dialek, bahasa daerah/wilayah. Dalam bahasa mudah bahasa patois.

Patois adalah satu dialek kasar yang digunakan oleh orang biasa di suatu daerah- secara fundamental berlainan dengan bahasa asal, standard dan persuratan.

Yakni Bahasa Inggeris yang tidak literari. Seperti Bahasa Inggeris di Caribbean terutama di Jamaica. Lama-kelamaan Bahasa Inggeris di negara kita, kalau tidak diambil tindakan segera, akan berkesudahan demikian. Juga bahasa ibunda akan menjadi seperti loghat Jakarta, loghat metropolitan.

Media Inggeris, Star terutamanya mulai membangkitkan peri mustahaknya kita mewujudkan semula sekolah Inggeris. Star sebenarnya bukan pelopor, saya mengakui saya antaranya- lebih awal lagi- menggesa kerajaan melakukannya.

Bukan kerana saya tidak cintakan bahasa ibunda- credentials saya tidak boleh dipertikaikan tetapi semata-mata Bahasa Inggeris dulu, sekarang dan kemuka selama dapat dilihat dan difikirkan akan terus dominan dan nilai ekonominya terus meningkat.

Ada kumpulan termasuklah Melayu, Islam dan Peribumi yang menganggap Bahasa Melayu tidak lagi bahasa perpaduan negara seperti diterima oleh semua antara 1957 hingga 1960an.

Sebelum sekolah Inggeris dimansuhkan dan sekolah kebangsaan menjelma sebagai sekolah Melayu dan kini sekolah agama pula! Justeru tidak hairanlah sekolah kebangsaan kini mempunyai antara 85-100 peratus pelajar Melayu, Islam dan Peribumi, sekolah Cina 99.9 peratus murid Cina, Tamil 100 peratus murid India; sekolah agama dan Arab 100 peratus Melayu, Islam, Peribumi.

Saya sedih melihat sekolah dulu perdana (dalam segala ertiakademik, sukan, perbahasan, teater dan lain-lain) kini menjadi sekolah biasa sahaja.

Zaman saya, bangunan sekolah kecuali MCKK, Victoria Institution, Penang Free School, St Michael dan St Johns serta 20/25 sekolah lagi tidak besar, lazimnya tidak sekolah agama pula!

Justeru tidak hairanlah sekolah kebangsaan kini mempunyai antara 85-100 peratus pelajar Melayu, Islam dan Peribumi, sekolah Cina 99.9 peratus murid Cina, Tamil 100 peratus murid India; sekolah agama dan Arab 100 peratus Melayu, Islam, Peribumi.

Saya sedih melihat sekolah dulu perdana (dalam segala ertiakademik, sukan, perbahasan, teater dan lain-lain) kini menjadi sekolah biasa sahaja. Zaman saya, bangunan sekolah kecuali MCKK, Victoria Institution, Penang Free School, St Michael dan St Johns serta 20/25 sekolah lagi tidak besar, lazimnya tidak sebab politik.

Justeru sekolah Inggeris ditiadakan. Sekolah antarabangsa mengguna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sama ada mengikut kurikulum kebangsaan, British atau pun International Baccalaureate telah diizinkan 10 tahun lepas.

Kini ramai rakyat semua bangsa mahu sekolah Inggeris diwujudkan kembali. Dari mana guru Bahasa Inggeris akan datang, cuma ALLAH SWT yang tahu! Guru yang fasih dan terlatih dalam Bahasa Inggeris majoritinya sudah kembali ke rahmatullah dan yang masih ada semua berumur pertengahan atau lewat 70an.

Saya mahu telus dan tulus. Saya bersetuju kita mengadakan sekolah Inggeris sejajar dengan kewujudan sekolah antarabangsa. Sekolah antarabangsa di Malaysia mengguna Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar juga Bahasa Perancis, Jerman, Arab, Jepun dan lain-lain. Kenapa tidak boleh sekolah Inggeris? Saya dengan ikhlas berpendapat ibu bapa harus diberi pilihan.

Bukan semua ibu bapa mampu menghantar anak mereka, cucu atau cicit ke sekolah antarabangsa yang yurannya semurahnya belasan ribu, termahal puluhan ribu ringgit setahun bergantung pada taraf dan status sekolah itu 4, 5 atau 6 bintang.

Kenapa keistimewaan ini diberi hanya kepada yang berada, elit, bangsawan, tauke, bisnes dan swasta?

Mengadakan sekolah Inggeris selari dengan sekolah kebangsaan menyelesaikan masalah ini seterusnya mendemokratasikan pendidikan dalam negara kita. Kalau tidak demikian jelas kerajaan kita menggalakkan "dua atau tiga negara" dalam Malaysia bercanggah dengan dasar dan hasrat 1Malaysia Najib! Tiga kelompok besar dan "tiga negara" telah pun wujud Peribumi, Cina dan India. Keputusan PRU13 meyakinkan lagi kewujudan ini.

Kita tidak mahu melihat terus-menerus adanya privileged Malaysians and disadvantaged Malaysians. Di sekolah antarabangsa pelajar tidak mengenal bangsa- seperti di sekolah Inggeris lama - bakat diutamakan.

Jangan kepandiran lebih ramai orang terus memuja bahasa Inggeris. Bangsa Melayu, Peribumi, Cina dan India yang berpandangan jauh tidak akan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Saya faham sebabnya: orang Melayu, Islam dan Peribumi dalam kumpulan ini seperti kata Wong Chun Wai (Ketua Pengarang dan pemikir di Star), "over the years, the national schools have been seen by many Chinese (and some Malays) as becoming more religiuos in nature." (Sunday Star 19 Mei).

Tanya Wong. "It is any wonder then that the Malays are incredulous when they see Chinese Malaysians who can't speak Bahasa Melayu well or even refuse to speak Bahasa Melayu?" Tanya Wong mengapa hairan Cina Malaysia tidak fasih bahasa Melayu atau segan berbicara, atau tidak mahu bercakap dalam bahasa Melayu? Pertanyaan Wong adil.

Ramai Melayu Baru bercakap, berdoa dan mimpi dalam bahasa Inggeris! Kalau kita serius, kalau Muhyiddin Yassin dan Idris Jusuh jujur; jika Melayu tidak main-main dan andainya Muhyiddin dan Idris tidak syak wasangka lagi bahasa Inggeris penting mereka harus mewujudkan kembali sekolah Inggeris yang pernah mendidik Muhyiddin!

Lagi pun keadaan sekarang agak incongruous- tidak seperti alam sekitaran pendidikan yang dibenar dan digalakkan oleh kerajaan.

Berilah ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak dan cucu mereka ke sekolah antarabangsa options untuk keturunan mereka dididik di sekolah Inggeris. Selaraskanlah dasar pendidikan kebangsaan!

Dr Mahathir Mohammad sekarang 88 tahun. Tengku Razaleigh Hamzah dan Abdullah Ahmad 76 tahun, Najib 61, Anwar 65, anak, cucu dan cicit mereka semua bilingual, ada trilingual dan ada melebihi itu pun mereka tetap Melayu, Islam dan Peribumi.

Tiada cacat pun cinta mereka kepada agama, bangsa, watan dan bahasa ibunda. Serupa saja dengan anda, mungkin cara dan stail hidup dan perspektif mereka berbeza.

Apa pun matlamat sama: seperti diseru oleh agama kita wajib mencari kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Kalau untuk mencapai ilmu dengan cepat kita harus mempunyai kemahiran bahasa Inggeris selain bahasa ibunda kita harus mengejarnya.

Kuasailah bahasa itu, Mandarin, Arab dan lain-lain agar keturunan kita berilmu, berpengetahuan dan resilient; dapat bertahan dan berdikari dalam apa situasi dan di mana pun.

Penggunaan Bahasa Melayu, Inggeris yang betul amat mustahak. Bahasa Melayu dan Inggeris kelihatan mudah sebenarnya sukar dikuasai tetapi tidak mustahil. Nampak saja mudah, itu satu desepsi, satu kekeliruan seperti mudah kelihatan mendaki Gunung Tahan.

Sebenarnya sukar. Berapa ramai antara kita sudah mendaki Gunung Tahan? Berapa orang Tanah Merah dan Pasir Mas sudah mendaki Bukit Panau? Begitulah juga berapa ramai antara kita- secara ikhlasmempunyai pengetahuan dan menguasai bahasa Inggeris dan ibunda seperti Seri Delima (Adibah Amin) atau Kadir Jasin?

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik