Friday, May 17, 2013

MASA MEMPERKASA BANGSA MELAYU.

By: Ahmad Mohamad Radzi..

SAYA mengikuti dengan penuh minat malah selaku ahli UMNO di akar umbi bertungkus lumus bersama terlibat dalam PRU-13 demi menjaga kelangsungan hidup politik Melayu.

Malah saya mengikuti dengan dekat apa yang diluahkan oleh 'pemikir' Melayu di ruangan ini. Saya merasakan satu perasaan yang amat terpendam yang tidak mampu disimpan lagi dan perlu diluahkan demi masa depan umat Melayu.

Sokongan majoriti orang Melayu telah dibuktikan melalui kemenangan 88 kerusi yang dimenangi UMNO.

Lupakan dan tinggalkan sahaja Melayu yang lupa diri dan kini melalak di serata tempat, menongkah arus terus menjadi pengkhianat bangsa.

Sejarah telah banyak menyuluh kepada kebenaran. Melayu telah terlalu banyak bertolak-ansur malah banyak pemimpin yang bertindak mengguris hati bangsa sendiri demi menjaga hati bangsa lain yang kononnya ditindas dan dipinggirkan sepanjang masa. Ironinya merekalah yang telah menjadi bangsa yang kaya raya di bumi bertuah ini.

Kaum Cina dengan jelas menolak kebergantungan kepada kerajaan malah menuntut banyak lagi daripada kita. Apa lagi mereka mahukan? Semua orang tahu jawapannya.

Saya ingin bersama-sama majoriti umat Melayu, lebih-lebih lagi selaku ahli UMNO yang bertungkus lumus membantu parti menuntut kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkasakan umat Melayu sekali gus membalas sokongan umat Melayu dan bumiputera lain yang diterjemahkan melalui peti undi baru-baru ini.

Teruskan agenda memperkasa umat Melayu. Kita tidak perlu lagi 'malu alah' kepada kaum lain semata-mata takut digelar rasis.

Orang Melayu tidak rasis. Kalau benar orang Melayu rasis, orang Cina tidak akan menjadi kaya raya.

Yang menjadikan orang Cina kaya ialah orang Melayu yang tidak pernah segan berbelanja besar di kedai Cina.

Marilah kita mengorak langkah memperkasakan bangsa kita. Kerajaan yang didokong oleh orang Melayu harus bertindak mulai sekarang. Laksanakan program yang dekat di hati pengundi Melayu.

l Bantulah dengan ikhlas dan perkasakan institusi agama yang dekat di hati umat Melayu. Bangunkan lebih banyak maahad tahfiz kalau boleh di setiap kawasan Parlimen, perkasakan sekolah agama dan bantulah sekolah pondok yang selama ini berasa dianaktirikan. Perkasakan semula tulisan jawi yang menjadi akar budaya Melayu. Percayalah orang Melayu bermaruah tidak akan lupa jasa yang dihulurkan oleh pihak kerajaan. Jangan lagi beratkan bangsa yang tidak tahu mengenang budi.

l Tunjukkan keikhlasan kepada umat Melayu dan Islam lain bahawa kerajaan UMNO dan BN tidak fobia kepada hukum hudud. Polimik hukum hudud tidak berkesudahan. Saya cadangkan kerajaan laksanakan satu pungutan suara dalam kalangan umat Islam berkaitan hudud. Sekiranya majoriti inginkan hudud, maka laksanakan sahaja.

l Perkasakan ekonomi umat Melayu dan Islam supaya dapat dikurangkan kebergantungan kepada bangsa lain. Bukankah umat Melayu merupakan pengguna terbesar? Bukankah orang Melayu yang memperkayakan orang Cina?

Anjakan paradigma ini. Bentuklah dan binalah rangkaian perniagaan bersama korporat Melayu dalam bidang peruncitan dan lain-lain. Perkasakan gerakan kepenggunaan umat Melayu supaya kita tidak lagi terlalu bergantung kepada bangsa lain. Berikan tumpuan ekonomi di kawasan luar bandar di mana di situlah letaknya kaum majoriti yang sentiasa setia kepada kerajaan. Curahkan prasarana yang selesa di kampung.

l Perkasakan agenda pendidikan Melayu. Banyakkan lagi institusi pendidikan Melayu seperti UiTM, MRSM dan lain-lain. Orang Melayu dahagakan pendidikan agama. Perkasakan sekolah agama malah tambah lagi institusi pendidikan agama. Itu adalah lebih baik daripada melayan kerenah cauvanis Cina yang cukup rasis yang hanya berjuang untuk sekolah Cina.

Kerajaan tidak perlu lagi bermain tarik tali dengan bangsa yang tidak tahu mengenang budi sehingga mengguris bangsa sendiri. Lupakan sahaja persatuan Cina yang cauvanis keterlaluan.

Cukup, cukup sudah! Tumpukan agenda memperkasa bangsa Melayu.

Ayuh bangsaku, bangunlah, usah lagi bersengketa. Marilah kita bangkit memperkasa bangsa. Kaduk sudah memijak junjung, cacing sudah naik ke mata.

Jangan kita menang sorak tetapi kampung kita tergadai...!

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik