Wednesday, May 29, 2013

MEMAHAMI TEKTIK "WINNING PSYCHOLOGY" ANWAR IBRAHIM.

by: mykmu.net.

Tidak sukar mentelaah sikap dan strategi Anwar Ibrahim setelah keputusan PRU 13 diumumkan. Rata-rata rakyat Malaysia tahu bahawa cara demonstrasi jalanan, yang memungkinkan keganasan sebagai kemuncaknya bakal dilakukan.

“Winning psychology” yang telah dibuat sejak 2 tahun kebelakangan ini berjaya mengaburi mata penyokong mereka, dibuai dengan hasutan dan angan-angan kononnya mereka sudah menang, waima sebelum tempoh berkempen lagi.  Lihat sahaja lagak Anwar, dengan menggunakan jet peribadi serta helikopter pada lawatannya menggambarkan seolah-olah “he is no. 1 in Malaysia”. Dari perspektif antarabangsa pula, Anwar tanpa segan silu sering menwar-warkan dirinya sebagai pemimpin nombor satu Malaysia.

Seluruh penyokong mereka percaya, apatah lagi hampir segenap industri telah dipenetrasi melalui bekas panglima ATM, artis, peguam serta pemimpin veteran UMNO.  Semua ini dirancang dengan begitu teliti, demi mewujudkan “winning psychology”. Suka atau tidak, kita perlu mengakui bahawa taktik Anwar ini hampir berjaya, terutamanya kepada pengundi muda dan atas pagar dari kaum Cina dan India.

Melalui “winning psychology” inilah Anwar mewujudkan sentimen, kononnya berlaku penyelewengan SPR yang menyebabkan mereka kalah pada PRU13. Rata-rata itulah ucapan oleh wakil-wakil PR di setiap perhimpunan haram 505; kepercayaan bahawa rakyat telah memilih PR, tetapi telah dinafikan oleh SPR, UMNO dan BN.

Tentu sahaja dengan arus “winning psychology” atau harapan kemenangan seperti yang dibuaikan oleh Anwar berkecai apabila keputusan PRU 13 diumumkan. Sungguhpun sekelian rakyat yang membuat keputusan, mereka tidak dapat menerima kenyataan itu.  Kekecewaan inilah yang digunakan sepenuhnya oleh Anwar pada waktu dan ketika ini, bagi menghimpunkan penyokong-penyokongnya untuk turun berdemonstrasi. Pada saat perhimpunan inilah, hasutan untuk turun ke jalanraya bagi kononnya memulihkan demonstrasi.

Apa maksud turun ke jalanraya? Lihat kembali pada 1998, anda pasti mengetahui maksud yang tersirat. Anak muda yang mentah, yang masih dikuasai sifat amarah dan “rebellion” menjadi saluran pemuas nafsu Anwar yang sehingga kini gagal menjadi perdana menteri “at all cost”. Adam Adli, pelajar yang gagal dalam kuliah, contohnya, digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan mesej agar kerajaan ditumbangkan melalui jalanraya.

Lebih mudah untuk menghasut sekiranya mereka yang dihasut sudah punya kekecewaan yang amat mendalam.  Contohnya, masyarakat Cina, yang dikhabarkan telah membuat “full swing” untuk menumbangkan kerajaan tetapi masih gagal, pastinya mengalami kekecewaan yang tiada tolok bandingnya. Pasti tidak sukar untuk menghasut mereka turun ke jalanraya.

Anwar bijak memanipulasi rakyat dengan “winning psychology”; mewujudkan rasa kemenangan sekaligus mempengaruhi “first time voters” dan pengundi atas pagar pada PRU 13 yang lalu.  Apabila gagal, kekecewaan penyokongnya diterjemahkan pula dalam bentuk demonstrasi, yang penulis yakin akhirnya dibawa ke jalanraya untuk menggulingkan kerajaan.

Sebijak-bijak Anwar bermain psywar, Allah jua yang maha berkuasa.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik