Thursday, May 23, 2013

MENGAPA UMNO/BN BERTINDAK MACAM ORANG KALAH.

By: Sri Tri Buana.

Sebaik mengetahui keputusan, wajah PM tidak ceria walaupun partinya menang.Saya faham kekecewaan beliau. Selangor kalah teruk, dan beliau gagal mendapat 2/3.

Walaupun ramai cybertrooper UMNO yakin BN akan mendapat 2/3, saya sejak mula merasakan ia sukar berlaku. Ini kerana trend dunia masa kini. Di Britain, mereka terpaksa berkrompromi untuk membentuk kerajaan. Begitu juga di Australia. Kesimpulannya, 'era 2/3' sebenarnya sudah berakhir. Malah BN masih bertuah kerana mempunyai kelebihan 44 kerusi.

BN masih bertuah kerana tidak perlu memujuk DAP, atau PAS atau PKR. BN boleh membentuk kerajaan dengan berdiri sendiri. Ini sebenarnya satu kejayaan.

Di sebalik kegagalan BN mendapat 2/3, cuba dengari message yang ingin disampaikan oleh pengundi. Mereka sebenarnya menolak sekeras-kerasnya unsur-unsur rasuah dalam kerajaan, bukan hanya dalam parti atau oleh orang politik.

Tugas utama PM sekarang adalah bersihkan UMNO dari rasuah. Bersihkan agensi kerajaan dari rasuah. Bersihkan GLC dari rasuah. Dalam usaha menghapuskan rasuah dalam UMNO, kita akan lihat kesannya dalam pemilihan UMNO yang terdekat ini. Ini kerana sistem 'perwakilan' telah ditukar. Calon akan dipilih sebanyak 60 peratus dari cawangan. Ini juga memberi kurang kuasa kepada warlord-warlord UMNO.

Kemudian, PM perlu tegas dalam soal pentadbiran. Beliau memerlukan KSN yang tegas bagi menjaga penjawat awam dari melakukan rasuah. Saya masih ingat zaman Tun Mahathir, Tan Sri Ahmad Sarji telah membuat pembaharuan(reform) dalam sektor awam dan memudahkan Tun sebagai pembuat dasar melaksanakan visinya.

Kecekapan mereka juga perlu dipertingkatkan dan jika tidak akan membuat rakyat fed up. Ini akan memberi kesan kepada BN juga ketika PRU nanti. 

Saya juga mencadangkan, parti UMNO memerlukan sistem pengkaderan yang baik. Tidak cukup hanya setakat pegawai menteri dan Perdana Menteri di groom dan akhirnya menjadi calon. Saya boleh katakan, sayap dalam UMNO untuk menyediakan pelapis telah gagal. Ini kerana dalam Pemuda, segalanya ditentukan oleh duit.

UMNO memerlukan pekerja sepenuh masa dalam menjaga hal ehwal parti. Masalah bagi UMNO apabila pemegang jawatan penting juga memegang jawatan dalam kerajaan dan delegate kerja kepartian kepada pegawai-pegawai lain. 

Kegagalan UMNO/BN mengenal pasti pengundi luar, gagal mendaftarkan pengundi mereka dan sebagainya adalah kerana tidak ada pekerja sepenuh masa untuk bertindak sendiri. Di bahagian, semuanya menunggu arahan ketua bahagian, dan pelaksana cuma setiausaha kerja.

Dan yang penting, head up guys, keep up a good job. Banyak perkara yang perlu diperbaharui untuk PRU ke 14 ini.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik