Friday, May 24, 2013

MENONGKAT DAGU MENGENANG NASIB.


DSC01018A







By: Ob21net.
Keputusan PRU 13 sudah pun di wartakan, kesemua parti politik yang bertanding boleh membuat bantahan dalam tempoh 21 dari tarikh diwartakan, ini bermakna SPR telah pun menjalankan tanggung jawabnya mengikut peraturan peraturan dan lunas undang undang yang di tetapkan di Malaysia.
Kepada yang membawa ketidak puasan hati mereka di jalan raya dan himpunan haram, sudah sudahlah, ikut lah peraturan yang telah di sediakan, jika tidak percaya kepada sistem yang ada serta undang undang negara ini boleh lah berhijrah ke negara yang dirasakan sesuai dengan ‘jiwa merdeka’ diri mereka.
Kepada rakan rakan ahli parti Barisan Nasional terutama dari kelumpok UMNO, Jangan kecewa, kita belum kalah lagi, Tak usah berasa kecewa, usah merendah diri. jika kita duduk ‘monyok’ sahaja kerana kedudukan kita hari ini, kita boleh ‘mampus’ dan hilang keyakinan diri, bangkitlah untuk berjuang semula, kerana kita belum kalah, kita masih menang, dan kita jangan cerita pasal keputusan 2/3, ini mungkin sudah jadi sejarah.
Kita kena bangkit, sejarah 2/3 ini sudah berlalu. Kita sudah menang dan kita boleh dan sudah pun menubuhkan kerajaan. Dan kerajaan kita hari ini mempunyai majoriti yang selesa.
Mari kita kembali bangkit dan berjuang untuk mengembalikan semula semangat 1Malaysia dan dalam masa yang sama kita mengajar mereka yang khianat agar mereka sedar kesan dari pengkhianatan mereka kepada keharmonian dan kemakmuran negara.
Kita jelas kini, kita telah di tikam dari belakang, selama ini apa sahaja yang kita lakukan kita sering menjaga hati dan kepentingan kaum lain yang duduk bersebelahan dengan kita, sahingga kita sedar sebenarnya kita terpedaya dengan lenggok kelembutan bahasa dan lakonan mereka.
Bila kita memperjuangkan hak Melayu, itu tak bermakna kita perkaum, Apakah didalam membina kaum dan menaikkan martabat orang Melayu kita meninggalkan kepentingan kaum lain?, tidak jawapannya. Bila kerajaan membangunkan orang Melayu, didalam masa yang sama kaum kaum lain juga mendapat kelebihan kelebihan yang disediakan malahan ada yang mendapat lebih dari apa yang di dapati oleh orang Melayu sendiri.
Daripada segi amalan, kita tidak pernah ekstrem, Kita pisahkan retorik politik daripada amalan, Retorik politik kita dengan amalan berbeza, amalan kita sentiasa adil kepada semua kaum. walaupun kita sentiasa di perlihatkan betapa ekstremnya kaum mereka didalam menuntut sesuatu yang melampaui batas hak mereka.
Jadi kita kena terus bergerak ke hadapan, jangan duduk menongkat dagu mengenangkan nasib, jangan melihat ke belakang hanya untuk merasa dan melihat waktu kesedihan, teruslah memandang ke hadapan supaya kita tidak akan membuat kesilapan yang sama.
Ini lah masanya untuk kita bersama sama mengembeling akal dan fikiran serta tenaga untuk menangkis segala cubaan untuk menghuru harakan negara, kembalikan keamanan negara, Jika Kementerian Dalam Negeri dibawah kepimpinan baru YB Dato Seri Zahid Hamidi telah mula bertindak dan bertegas didalam menangani puak puak ekstrem yang meletakkan undang undang di tangan mereka, dimanakah kita.
Ini lah masanya untuk kita bersama menghalang jentera provokasi mereka yang sentiasa memburukkan kempimpinan dan negara, yang pada mereka semuanya salah belaka, melalui media sosial yang kita gunakan hari ini.
Sebenarnya kita lupa, apa sahaja tindakan kumpulan mereka melalui media sosial, sebenarnya adalah formula yang mereka belajar daripada kita dan mereka menambah baik apa yang mereka dapat dari kita dan akhirnya menjadi senjata buat mereka menyerang kita.
Jika kita masih lagi menongkat dagu,mengenang nasib tanpa melakukan sesuatu, maka bersedialah untuk berdepan dengan pilihanraya yang ke-14 yang belum tentu menjadi milik kita lagi.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik