Wednesday, May 29, 2013

PAS WAJAR MEMPERJUANGKAN ISLAM BERSAMA UMNO.

By: Alias Mohamed.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam facebooknya menyatakan pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi adalah wadah terbaik untuk menukar kerajaan di Negara ini. Beliau tidak setuju rusuhan jalanan seperti dilakukan beberapa pemimpin pembangkang sekarang. Sikap beliau nyata lebih rasional berbanding pemimpin PAS sebelum ini yang menunjukkan ciri penentangan walaupun pernah berada dalam barisan Nasional (BN). PAS disingkir daripada BN pada 1978 selepas penubuhan kerajaan campuran selama hampir lima tahun di Kelantan.

Pada masa itu, ramai pemimpin PAS diambil Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein menjadi menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, setiausaha politik dan duta. Malangnya kerana tidak sabar dan tamakkan kuasa, PAS berlagak besar bagai lebih kerak daripada periuk. PAS mengambil pendekatan ‘tikam belakang’ ketika berada di dalam BN menyebabkan pimpinan Pusat terpaksa bertindak tegas. Akibatnya PAS dipecat dan hilang semua jawatan yang mereka pegang.

AJAK ‘BERTUKAR BULU’

Ketika dalam Kerjaan BN sejak 1973 ada pemimpin PAS meredah hutan dan rancangan FELDA untuk memperaga dan mempengaruhi ahli UMNO di tanah rancangan supaya menukar parti. Ketika Tan Sri Mohd Asri Muda menjadi Menteri Persekutuan, beliau menggalakkan kader UMNO dalam pasukan polis dan tentera ‘bertukar bulu’, iaitu menjadi ahli PAS. Lama – kelamaan taktik mereka yang licik ini dihidu oleh UMNO tetapi pada waktu itu pengaruh PAS sudah merebak.
Razak tidak suka dengan cara itu kerana ia tidak menambahkan orang Melayu menjadi tidak menambahkan orang Melayu menjadi ahli parti politik. Mereka hanya menukar parti, sedangkan mereka adalah orang yang sama. Sepatutnya pemimpin PAS mencontohi tindakan bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun, yang mengislamkan beribu – ribu rakyat Sabah sehingga mengundang cemburu orang bukan Melayu di negeri itu.

‘MENGISLAMKAN’ AHLI PARTI LAIN.

Satu lagi punca PAS dipecat ialah kerana mereka enggan menerima Datul Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan yang dilantik oleh BN. Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula berbaik –baik dengan DAP supaya ahli Cina dan India parti itu mengenali Islam seolah – olah orang bukan Islam tidak mengenali agama suci itu pada hal mereka bermastautin di Tanah Melayu dan Malaysia sejal berates –ratus tahun lamanya. Nik Aziz seharusnya ingat ratusan tahun dulu pun sudah ramai bangsa asing memeluk Islam seolah – olah orang bukan Islam tidak mengenali agama suci itu pada hal mereka bermastautin di Tanah Melayu dan Malaysia sejak berates –ratus tahun lamanya.

Di Kelantan sendiri orang Cina sudah lama tinggal di beberapa kampong di Hulu Kelantan, Tumpat, Pasir Mas, Bachok dan Machang. Bilangan mereka yang lebih ramai ialah Kota Baharu sehingga menyebabkan Nik Aziz teruja untuk mewujudkan China Town. Nik Aziz mencipta dasar sendiri seperti mahu ‘mengislamkan’ ahli parti lain. Bagaimanapun pentadbiran PAS gagal memajukan Kelantan. Selama 23 tahun, Kelantan mundur dalam pelbagai sector menyebabkan ramai terpaksa berhijrah ke negeri lain.

KEADAAN SUDAH BERUBAH.

PAS lebih ghairah dengan retorik politik. Sebab itulah dasar pemerintahan parti itu tidak perlu mengusahakan jalan, jambatan, masjid dan surau serta membersihkan air kotor yang diminum dan digunakan untuk mandi oleh rakyatnya. Pada mereka semua ini boleh dilakukan oleh BN sedangkan mereka hanya goyang kaki. Di Kelantan, banyak bangunan masjid dan infrastruktur disediakan oleh BN kerana tanggungjawab sebuah kerajaan kepada rakyat, manakala tanggungjawab sebuah kerajaan kepada rakyat, manakala tanngungjawab PAS sebagai ‘pemerintah Islam’ diabaikan.

Keadaan sudah berubah, Nik Aziz bukan lagi mentadbir Kelantan. PAS perlu lihat reality semasa kerana rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang boleh berkerja dan melaksanakan dasar transformasi politik. Tidak salah PAS bershabat dengan UMNO demi kebaikan ummah. Tidak guna PAS berseteru dengan UMNO secara berterusan sedangkan Kelantan terus mundur. Dasar ekonomi dan pentadbiran yang lebih telus wajar dihayati di Kelantan. Inilah masanya PAS buktikan kerjasama ummah bersama UMNO demi kepentingan Melayu Islam sendiri.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik