Saturday, May 25, 2013

PEMUDA PAS PALING SOPAN SANTUN DALAM DUNIA?


unit_amal_pas_militan_ganas_perusuh-300x200

Galak benar para pemimpin Dewan Pemuda PAS bersuara semalam. Kononnya mereka bertegas menolak sebarang bentuk aktiviti atau perhimpunan jalanan yang sedang digerakkan oleh aktivis-aktivis pro-pembangkang bagi memprotes keputusan PRU ke-13 baru-baru ini.

Ketuanya, Nasrudin Hasan Tantawi dan kroni pewaris Nik Aziz di dalam PAS, Nik Abduh adalah di antara mereka yang tampil memberi kenyataan media  menolak keganasan serta suasana huru-hara dan kacau-bilau yang cuba ditimbulkan selepas keputusan PRU diumumkan.

Kononnya mereka menyambut baik kenyataan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang, yang menerima keputusan pilihanraya dengan hati yang puas dan redha dengan ketentuanNya.


Persoalannya, betulkah PAS tidak ganas dan tidak suka pada keganasan? Atau lebih tepat, benarkah Pemuda PAS itu sentiasa bersopan santun, berbudi bahasa dan langsung tidak mengamalkan budaya ganas dalam amalan parti mereka?

Kalau benar, sejak bila Pemuda PAS jadi begitu? Hairan bin ajaib pula bila Pemuda PAS sanggup mengeluarkan kenyataan yang langsung tidak berlandaskan realiti perbuatan mereka yang sebenar, bukan?

Mari kita imbas kembali beberapa peristiwa yang membayangkan “kesopanan” dan “kesantunan” Pemuda PAS dalam alaf tamadun di zaman ini…

Ingat lagi peristiwa di himpunan bersiri Bershit 1.0, 2.0 dan 3.0 sebelum ini? Masih terngiang-ngiang di cuping telinga saya bagaimana himpunan yang bermula dengan agenda memaki hamun, mencerca dan menghina anggota polis, pemimpin dan kerajaan BN itu bertukar menjadi ganas.

ganas

Memang betul ada salah satu siri Bershit itu, para pembangkang menghadiahkan bunga kepada anggota polis. Aksi menghadiahkan bunga itu dirakam puak Pakatan Haram itu. Tapi lepas diberi bunga, anggota polis itu di seranah secukup-cukupnya!

Ia diibaratkan “mula-mula beri makan sampai kenyang, lepas itu pijak perut orang tu sampai muntah!”, bukan? Mujurlah anggota polis itu sabar dan diarahkan untuk tidak mengambil sebarang tindakan. Kalaulah orang itu bukan anggota polis, rasanya budak PAS itu sudah “makan tar jalan”!

Saya ingin bertanya, pemuda mana yang ganas sangat masa Bershit tempohari? Kalau AMK, mereka ini kebanyakkannya adalah pemuda-pemuda “jambu” dan agak lembik. Tapi kalau Unit Amal PAS, merekalah yang berada di barisan hadapan, kan?

pas1

Malah siapa pula yang terbalikkan kereta polis di depan Sogo tempohari? Pemuda UMNO, kah?
Itu belum lagi disenaraikan beberapa keganasan melampau yang mampu menyebabkan kecederaan serius sehingga ke tahap meninggal dunia, hasil keganasan PAS!

Cuba bayangkan, kalau sebuah kenderaan dihentak dengan kayu ketika dipandu, apakah yang akan terjadi sekiranya pemandunya terbabas dan melanggar beberapa mangsa di depan tanpa sengaja atau kenderaan itu terlanggar tiang dengan kuat?

Pada saya, kalau betul pun Nasrudin dan Nik Abduh bencikan keganasan, saya yakin ramai setuju sekiranya saya mengatakan bahawa kedua pemimpin Dewan Pemuda PAS itu gagal mengawal akhlak para pemuda di bawah tanggungjawab mereka.

Justeru itu, tak payahlah kejar populariti memberi kenyataan media dengan memberitahu perkara yang mereka sendiri tidak mampu kotakan. Buat malu saja. Nanti Hadi perli “Pemuda buih pepsi cola”, mereka tersinggung pula, kan?

Saya sarankan supaya mereka belajar dulu mengawal akhlak para pemuda PAS, khususnya Unit Amal yang bertindak kadangkala lebih “handal” dari samseng kongsi gelap. Berpakaian lengkap beruniform macam kadet polis, tapi muamalahnya macam samseng.

Harap Pemuda PAS cermin diri dulu sebelum bercakap, boleh?

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik