Wednesday, May 22, 2013

PENGHINAAN KEPADA MALAYSIA.

SAYA merujuk akhbar Utusan Malaysia bertarikh 12 Mei 2013 yang memaparkan gambar sekumpulan orang Cina rakyat Malaysia memegang bendera Malaysia yang diterbalikkan di Taiwan. Mereka ingin menggambarkan bahawa pemerintah kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak patut memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Kenapa mereka berbuat demikian? Jawapannya ialah fikiran mereka telah diracuni bahawa pemerintah kerajaan BN tidak sempurna. Bagi mereka hanya DAP sahaja yang layak, bukan PKR atau pun bukan Pas. Buktinya kerana tiada wakil daripada kedua-dua parti tersebut turut serta.

Dalam kegairahan itu, mereka terlupa bahawa di mana mereka berada atau ke mana mereka pergi, mereka tetap membawa pasport Malaysia yang menunjukkan mereka setuju bahawa mereka adalah rakyat Malaysia. Jika mereka berjaya di luar negara, mereka tidak menyorok untuk mengatakan mereka rakyat Malaysia.

Jika mereka mengatakan kerajaan BN tidak bagus, mereka sepatutnya terbalikkan bendera BN dan bukannya bendera Jalur Gemilang. Jalur Gemilang adalah bendera Malaysia.

Apabila negara luar melihat Jalur Gemilang diterbalikkan, bermakna Malaysia dilambangkan sebagai tidak bagus dan tanpa disedari rakyatnya yang memegang Jalur Gemilang itu juga dilambangkan tidak bagus. Jika tidak bagus, kenapa mereka tidak membawa pasport lain selain pasport Malaysia? Mereka tetap mahu membawa pasport Malaysia. Kenapa?

Jika mereka ingin menghancurkan Jalur Gemilang di luar negara semasa demonstrasi, orang luar akan mengatakan mereka sedang menghancurkan negara sendiri.

Ini adalah satu contoh bagaimana minda mereka telah diputar belitkan sehingga negara sendiri hendak diterbalikkan. Walau apa pun perbezaan fahaman, negara Malaysia perlu dijunjung maruahnya kerana kita bersama tinggal di Malaysia.

Andai kata terdapat pembaca Cina membaca tulisan ini, saya mohon tolong terjemahkan ke bahasa Mandarin supaya mereka sedar.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik