Wednesday, May 22, 2013

PERISTIWA 13 MEI BOLEH BERULANG JIKA HIMPUNAN 505 TIDAK DITANGANI.


By: Nor Azlina Shaari.

Untuk memastikan negara kita kekal aman dan tidak tercemar dengan budaya mahu menghuru-harakan negara, rakyat Malaysia dinasihatkan agar untuk tidak menjadi bodoh dengan menyertai Himpunan Kemarahan Rakyat atau ‘Himpunan 505′ pada Sabtu ini.

Ini kerana, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah pun mengeluarkan amaran keras untuk tidak lagi berlembut dengan pencetus kacau-bilau dalam negara kita.

Semua anasir-anasir mahu mengguling kerajaan waima mencetuskan provokasi hingga memungkinkan berlakunya keganasan juga akan dihalang.

Untuk mereka yang masih lagi berdegil terutama sekali penyokong-penyokong tegar Pakatan Haram yang meneruskan niat untuk menyertai himpunan rapat bantah ini, fikirlah secara logik dan gunakan akal dengan bijak.
Cuba renungkan kembali dan kaji semula tentang Peristiwa 13 Mei yang pernah berlaku di Malaysia pada tahun 1969.

PRU13 menyaksikan pembangkang menang di kawasan bandar yang pengundinya terlalu ramai hingga mencecah puluhan ribu orang berbanding BN menang di kawasan Parlimen yang kurang pengundinya.
Walaupun PR menang di kawasan pengundi yang ramai, ia jelas menunjukkan BN tetap menang di Parlimen dan secara tidak langsung mendapat mandat untuk terus menerajui kerajaan.

Inilah keputusan yang tidak dapat diterima oleh pembangkang di mana walaupun mereka meraih undi popular, tapi masih lagi tidak dapat menguasai kerajaan. Bagi mereka yang punyai otak, tentulah berfikir tindakan pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya lalu adalah kerana sikap ‘desperate’ hingga sanggup memutar-belitkan proses PRU negara yang hanya berasaskan kepada jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti-parti politik.

Mana-mana parti yang pertama memenangi 112 kerusi daripada total 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, parti tersebut diumumkan menang dengan majoriti mudah.

Dan, pastilah Anwar tak dapat lagi menahan kecewa kerana gagal untuk kali yang keempat berturut-turut dan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng DAP menjaja isu ini kepada rakyat dan ada juga yang terpedaya dengan putar belit tersebut seolah-olah mereka itu tiada otak fikiran untuk mengetahui sebenarnya.

Pelbagai ‘road show’ perhimpunan haram telah diadakan oleh pembangkang dan mereka yang hadir dihidangkan dengan isu ‘undi popular’ dan pelbagai lagi pembohongan mereka seperti isu Bangla dan sebagainya.
Kalau difikir-fikir, keputusan PRU13 seakan-akan sama dengan keputusan PRU3 pada tahun 1969.

Dek kerana sikap riak pembangkang berdasarkan mereka berhak memimpin negera hanya kerana ‘undi popular’, itulah yang menjadi punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Pembangkang termasuk DAP ketika itu telah mendapat 50.7% undi jika dibandingkan dengan Parti Perikatan yang mendapat 49.3% undi.

Tetapi, Parti Perikatan tetap menang pilihanraya umum tahun 1969 kerana jumlah kerusi yang dimenangi (95) lebih daripada pembangkang (49).

Namun, pembangkang yang diterajui oleh DAP ketika itu yang tetap punyai perasaan tidak puas hati telah berkempen dan bersikap rasis melampau yang menentang hak istimewa Bumiputera secara total yang telah ditetapkan dalam Artikel 153[1], [2] dalam Perlembagaan Malaysia.

Dan kerana DAP tidak berpuas hati serta tidak dapat menerima keputusan PRU3 dengan hati terbuka, keadaan itulah yang telah mencetuskan peristiwa 13 Mei yang telah meragut nyawa yang banyak dan pergaduhan antara kaum.

Ironinya, PRU13 juga mencatatkan peratusan undi yang hampir sama dengan PRU3 tahun 1969 di mana peratusan undi Barisan Nasional lebih rendah sedikit jika dibandingkan dengan Pakatan haram pembangkang.
Ia punyai kaitan di mana pembangkang hari ini juga melakukan perhimpunan pasca pilihan raya sama yang dilakukan pada tahun 1969 dahulu.

Dan sekarang, pembangkang yang diterajui oleh DAP dan Anwar pula yang mengadakan pelbagai jenis perhimpunan bertujuan untuk mengeliru dan membohongi rakyat dengan pelbagai putar belit tentang proses pilihanraya umum lepas.

Lim Guan Eng juga boleh dilihat seperti meneruskan legasi perjuangan bapa beliau, Lim Kit Siang DAP yang merupakan Ketua DAP tahun 1969. Dan hari ini Guan Eng DAP mempersoalkan isu ‘undi popular’ yang sama berlaku semasa PRU3 sebelum peristiwa berdarah 1969.

Jadi, mahukah kita mengulangi peristiwa 13 Mei sekali lagi selepas berpuluh tahun ia sukar untuk dilupakan?
Fikirlah, kita mahu mengekalkan keamanan yang ada. Bukan mahu merubah keadaan negara menjadi negara yang sering kehilangan nyawa manusia.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik