Friday, May 17, 2013

SIKAP JUJUR PENENTU KEJAYAAN.


By: ob21net.

Malaysia, negara yang tercinta ini ujud berasaskan gabungan pelbagaian melalui semangat kerjasama kompromi dan persefahaman, semua sedia maklum keharmonian kaum dan perpaduan adalah dua asas utama yang menjadi kekuatan kita.
Selepas lebih separuh abad merdeka pelbagai ranjau berjaya di tangani dalam proses membina asas bagi mencapai keharmonian perpaduan kaum dan kestabilan politik.
Sebenarnya keharmonian yang berkekalan merupakan impian kita semua apatah lagi dalam usaha Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020, Cabaran kearah itu bukannya mudah kerana trakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan budaya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengariskan tiga prinsip penting untuk memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang aman, stabil dan harmoni.
Tiga prinsip itu ialah sederhana dalam semua bentuk tindakan serta saling menghormati diantara satu dengan yang lain dan menolak fahaman melampau, fanatik dan tindakan ganas, juga harus di ingat apa yang ada dihadapan kita sekarang tidak ujud dikebanyakkan negara termasuk negara maju.
Oleh itu keamanan dan keharmonian negara tidak harus diperjudi,. andai semuanya hancur rakyat akan hidup didalam keadaan mundur dan porak peranda, keharmonin juga perlu terus dipelihara supaya rakyat kekal menikmati kemajuan yang di rancang.
Ia merupakan kunci kejayaan dalam mengurus sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk.
Disini menjadi tanggung jawab kita memelihara semangat toleransi, persefahaman dan sikap bertolak ansur, segala yang berbentuk melampau tertutama dari segi fahaman politik perlu di tolak, sebagai masyarakat yang cintakan negara kita juga perlu bertindak resional dengan meletakkan kepentingan umum melebihi kepentingan peribadi dalam apa jua keadaan.
Antara perkara paling penting ialah usaha memelihara keharmonian dalam kalangan masyarakat ialah sikap, Setiap individu perlu mempunyai sikap tolak ansur selain itu peranan pihak sekolah dan pertubuhan sosial juga amat penting.
Lebih banyak aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan dan melibatkan komuniti pelbagai kaum perlu di adakan, Pada masa yang sama media masa turut mempunyai peranan dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan.
Jelas, semua pihak perlu melibatkan diri secara pro aktif bagi memastikan keharmonian yang kita kecapi selama ini terus berkekalan walaupun ada usaha usaha bagi meruntuhkannya, kita tidak boleh mengharapkan usaha di pihak kerajaan semata mata untuk menganjurkan pelbagai program kearah itu.
Jadi marilah kita bersama sama memantapkan keharmonian dan perpaduan, ia penting bagi membolehkan rakyat menumpukan usaha bagi meningkatkan taraf hidup.
Sebaliknya perpecahan, permusuhan dan benci membenci hanya merugikan diri sendiri dan negara jika kita terus bersatu hati dan memelhara perpaduan yang sedia terjalin pasti lebih kemakmuran serta kejayaan akan dicapai.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik