Friday, May 24, 2013

TERLALU DEFENSIVE ANTARA PUNCA KEGAGALAN BN DI PRU 13.




Membanding kan Malaysia dengan negara Arab ada lah sesuatu yang tidak kena , ujar Syed Hamid Albar. "semenjak kita mencapai kemerdekaan sehingga sekarang kita ada kebebasan, kita ada demokrasi, kita ada pembangunan ekonomi, kualiti hidup bertambah baik" tambah nya lagi.

Tan Sri Syed Hamid berkata demikian di satu wawancara baru baru ini.

Berikut ada lah sebahagian dari luahan rasa Pengerusi SPAD yang juga "season politician" yang sempat TC tampil kan di sini

"Kita tidak mengatakan demokrasi kita sempurna,tidak ada demokrasi yang sempurna dalam dunia. Demokrasi ini walaupun dia tak sempurna, tapi dia sistem yang terbaik sekali dalam mencari sistem pemerintahan yang beramalkan pemeliharaan rakyat.

TSSH juga mengajak kita berfikir bahawa Arab Spring jelas sekali tidak menjadi penyelesaian kepada apa yang dikehendaki oleh rakyat mereka. Sampai sekarang negara-negara itu tidak mengenali keamanan dan kedamaian. Konflik berterusan di antara kumpulan yang bersetuju dengan kumpula yang tidak bersetuju.

Menjadi kan contoh di zaman ‘flower people’ di mana di waktu itu orang muda anti kerajaan yang ingin kan kebebasan mutlak, mereka buat apa sahaja yang mereka suka dan  mengikut budayanya sendiri seperti kumpulan hippie yang mewarnakan rambut ikut suka hati mereka.

Kesemua nya ini akhirnya tidak memuaskan golongan muda itu sendiri.Dan akhir nya mereka mahukan kestabilan, kualiti hidup yang lebih baik, pekerjaan dan rumah untuk menjadikan sebahagian daripada proses pembangunan.

TSSH menambah lagi "Solusinya ialah bagaimana kita hendak mendekati golongan muda. Kalau kita punya cerita pada golongan muda ialah kita kena berterima kasih kepada kerajaan, pada dia itu tak relevan. Pada dia memang itu fungsi kerajaan.

Bukan kita minta dia terima kasih, (tapi) Alhamdulillah kerana kita telah mengecapi nikmat keamanan dan kedamaian..dan kita nak terus mereka terlibat dalam proses ini supaya mereka akan menjadi sebahagian daripada arus perdana di dalam pembangunan negara kita.

Itu yang paling penting pada fikiran orang muda. Tak usah kita cakap dekat dia kena buat ini..buat itu..ikut ini..Bila disuruh macam itu dia memberontak.

Kita pula daripada golongan pemerintah, mesti faham dan boleh bercakap bahasa dia, lenggok dia, irama dia..Kalau tidak kita terpisah..apa yang kita anggap betul, dia anggap tak betul".

Syed Hamid berpendapat bahawa antara punca kekalahan BN kali ini ada lah kerana golongan muda bandar yang tidak menyokong kerajaan.Di tambah pula apabila mereka pulang ke kampung pun mereka tidak menyokong kerajaan dan tidak menaruh minat kepada parti yang bersama dalam BN seperti Gerakan dan MCA, mereka juga tidak percaya kepada parti parti ini.

"Saya fikir benda ini boleh kita padamkan daripada isu perkauman. Isunya ialah kita punya ahli kongsi ini tidak dapat menarik minat pengundi Cina. Jadi ahli kongsi dalam pembangkang, dapat menarik minat pengundi Cina.

Kalau kita tengok Umno, saya fikir Umno cemerlang..parti-parti di Sabah dan Sarawak juga cemerlang (di mana) kita telah mencapai tahap yang kita nak. Yang hanya sikit kita nak dapat ialah bagaimana kita nak dapat mempengaruhi pengundi-pengundi Cina supaya mereka mempunyai kebolehpercayaan kepada kita.

Kerajaan di bawah Datuk Najib ini paling banyak undang-undang kebebasan yang diperkenalkan untuk membebaskan dari kepompong pemikiran kita daripada dulu (yang) Pak Lah (Tun Abdullah) mulakan, lepas itu Datuk Najib buat banyak Tapi mungkin ini diputar-belitkan, dimanipulasikan oleh parti-parti pembangkang. Dan kita selalu reaktif, kita tak ofensif" ujar nya lagi.

Selain ini TSSH juga berpandangan bahawa isu isu peribadi tidak banyak memainkan peranan untuk mempengaruhi pengundi muda atau pun pengundi bukan melayu. Kebaikan kerajaan tidak di sampaikan secara berkesan dan semenjak PRU12 slogan "Ubah" tidak di counter dengan baik oleh BN dan hanya di saat sat akhir sahaja baru lah BN datang dengan memberi tahu perubahan boleh berlaku tanpa mengubah kerajaan.

TSSH juga menambah kata "Patut kita tunjukkan apa kita sudah ubah..jadi ini lebih berkesan dan tunjukkan kepada orang muda. Kita patut ada kumpulan-kumpulan kecil terdiri daripada orang muda.

Bila saya bercakap dengan wartawan Indonesia, dia kata bezanya pilihanraya di sini dan Indonesia, kita banyak main isu peribadi. Tidak ada isu yang ‘substance’..sedangkan kerajaan ini adalah kerajaan yang mempunyai banyak substance.



Kita boleh tengok bahawa banyak perkara-perkara yang kita lakukan yang memberi manfaat kepada golongan muda dan masa depan kita.

Saya fikir kita punya persediaan selepas kita lakukan post-mortem, kita kena tentukan bahawa kita ambil tindakan susulan daripada sekarang (untuk) dilihat sebagai memang kita mampu berubah, bukan kita diubahkan.

Kali ini mereka lebih mudah untuk memenangi PRU14 kerana undi popular dia sudah meningkat. Memanglah kita tak berasaskan undi popular, tetapi jangan kita memandang remeh atau ringan berkenaan undi popular ini.

Dan saya fikir baik dari sekarang kita tangani isu ini supaya undi popular ini tidak diterjemahkan kepada kerusi.

Siapa yang memainkan isu undi popular ini memang cuba mengelirukan rakyat..cuba memutar-belitkan fakta. Tak patutlah..kalau kita betul-betul matang dan faham demokrasi, habis pilihanraya kita sudah menang, duduklah buat kerja. Parti pembangkang pun kena duduk buat kerja..tempat hujah kita di Parlimen" kata nya lagi.

Menjadi kan Iraq dan Afghanistan sebagai contoh yang mahu perkenal kan demokrasi dan perubahan rejim di mana sehingga kini selepas Amerika keluar masih lagi ada pembunhan di hampir setiap hari.

"Jadi jangan kita dekatkan diri kita kepada apa yang berlaku, perubahan yang dipaksa berlaku di Timur Tengah ataupun di Asia Barat" begitu kata nya.

 Kita kena faham bahawa dalam politik, persepsi adalah kebenaran..dan kalau kita sentiasa menjawab dan tidak menyerang atau kita tidak memberikan maklumat awal tapi kita menjawab kepada maklumat yang dihidangkan oleh pembangkang, akhirnya sudah masuk dalam kepala orang.
Dan akhirnya kita tengok dia mainkan peranan lebih berkesan daripada kita dalam sosial media.
Kita duduk gunakan media kita..kita tahukah berapa banyak orang membaca media tradisional ini?

Golongan muda tak baca pun suratkhabar. Apa yang dia baca, yang memberikan hujah yang meyakinkan dia percaya itu dulu. Lepas itu kalau kita buat penjelasan, dia digunakan sebagai alasan. Sebab itu kita tak berjaya mempengaruhi mereka"

Luahan hati dan pendapat orang lama di dalam politik ini harus di ambil perhatian oleh ahli UMNO demia kebaikan bersama dan survival Bn dan UMNO khusus nya.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik