Monday, May 13, 2013

TUN M DALANG YANG MENYEDIAKAN MODAL UTAMA MANIFESTO PR.


by 


Petronas dikedudukannya sekarang banyak terhutang budi kepada kecekalan dan kebijaksanaan Tun Mahathir. Pro pembangkang hanya melihat kepada kekayaan yang dimiliki oleh Petronas semata2 dan kekayaan itu menjadi teras utama kepada Janji PR kepada rakyat setiap kali mereka berkempen. 

Semuanya bergantung kepada hasil Petronas. Baik royalti, penghapusan PTPTN, janji2 pembangunan ... segalanya bergantung kepada duit Petronas. Tapi pernahkah mereka berfikir siapakah yang bertanggungjawab meletakkan Petronas dimana ia berada sekarang ?

Ironinya, orang yang pembangkang paling benci itulah yang telah menyediakan kepada PR modal utama Janji manifesto mereka kepada rakyat iaitu kejayaan dan kekayaan Petronas.

Pro pembangkang mungkin tidak tahu Petronas tidak bergantung kepada hasil minyak tempatan semata2 sebagai punca pendapatannya. Mereka juga tidak pernah mahu berfikir bagaimana mahu terus memajukan Petronas kerana dalam kepala otak, mereka hanya nampak RM dan mereka hanya kisah bagaimana mahu membelanjakan RM itu saja. 

Bagi mereka hasil minyak tempatan tidak akan putus bekalannya sampai bila2. Mungkin dalam otak mereka juga beranggapan untuk mendapat hasil dari minyak adalah semudah mencangkul ditanah dan minyak akan mencurah2 keluar ..... tadah ngan besen dan terus jual di stesen minyak !

Artikel dibawah saya copy dari FB Saya Sayang Tun Mahathir yang menceritakan bagaimana peranan yang dimainkan oleh Tun Mahathir ketika Petronas mula mencari tapak di Sudan.

Sekadar berkongsi maklumat supaya minda kita lebih berkembang, khuatir jika minda sempit maka makin mudah dipengaruhi oleh dakyah pemimpin2 pembangkang. Minda yang sempit tidak mungkin dapat menerima hakikat yangPR seharusnya berterimakasih kepada sumbangan Tun Mahathir kerana telahmembantu menyediakan modal utama kepada manifesto PR iaitu kekayaan Petronas !





KISAH TUN DR MAHATHIR LEBURKAN KEANGKUHAN AMERIKA DI AFRIKA

1. Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

2. Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.

3. Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.

4. PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu?

5. Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.


6. Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

7. Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

8. Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.




9. Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

10. Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

11. Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

12. Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

13. Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.



14. PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

15. Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

16. Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

17. Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar. Dendam mereka cuba ditunaikan oleh manusia seperti Anwar Ibrahim dan DAP yang diberikan tanggungjawab menghancurkan negara dengan apa cara sekalipun, termasuklah menyerang peribadi Tun Dr. Mahathir.


2 comments:

  1. SALAM BRO,AKU PUN TAK TAHU MACAM MANA NAK UCAPKAN TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA TUN M.SEMEMANGNYA BELIAU ADALAH NEGARAWAN YANG TERULUNG YANG PERNAH DILAHIRKAN MALAYSIA.TAHNIAH TUN !

    ReplyDelete
  2. Ramai org buta sejarah n kejayaan yg d capai skrg umpama rezeki dtg bergolek,trutama anaak2 muda yg d katakan pandai menilai tp penilaian mereka mgikut hawa nafsu.slalu menilai seseorang pmimpin melalui personaliti glomur bkn kebijakan memimpin.ttt

    ReplyDelete

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik