Thursday, May 23, 2013

YANG PALING ANWAR TAKUT.....





“Wahai Musa Jika engkau berbuat baik kepada ku, tetapi tidak berbuat baik sesama hamba ku yang lain aku tetap letak kan kamu di dalam golongan orang yang aku murka, tetapi jika kamu tidak berbuat baik dengan ku, tetapi berbuat baik dengan hamba hamba ku yang lain aku tetap letak kan kamu di dalam golongan hamba yang aku suka” Demikian Allah berkata kepada Nabi Musa as. Di atas gunung  Thursina.

Kemudian Musa as berkata “Ya Allah aku ingin tatap wajah mu” dan Allah berfirman “kau tidak mampu “comprehend” aku wahai musa” lalu Musa as. terus berkeras mahu menatap wajah Allah juga, lalu Allah berkata “baik lah , alih kan wajah mu ke gunung sana dan Musa pun alih kan pandangan nya ke gunung sebelah itu Zapppp!!!!! ……. Musa as pengsan dan sebaik sahaja sedar malaikat Jibril telah ada di sisi nya dan berkata “ itu tadi baru pancaran cahaya , dan bukan nya wajah Allah dan kau tidak mampu menerima nya” bagaimana kamu mahu melihat wajah tuhan mu?.

Semenjak peristiwa itu Musa as. terus bertambah keimanan nya dan sentiasa sujud kepada kebesaran tuhan nya, Ya bagaimana mahu melihat wajah yang mencipta matahari yang panas terik sedang ciptaan nya ketika kita di dunia  pun kita tidak mampu melihat lebih dari satu saat.Itu belum panas api neraka lagi.Api yang menyala tanpa bahan.Sedang api di dunia perlu kan bahan untuk di bakar atau membakar seperti minyak , lighter mancis dan lain lain.

Selepas peristiwa di gunung itu, Musa as terus memakai penutup wajah “viel” kerana orang ramai tidak lagi boleh melihat wajah nya kerana pancaran yang di lihat di gunung itu juga ada meninggal kan pancaran dari wajah nya dan sesiapa melihat pancaran itu akan sakit mata dan buta.
(sumber Tafsir Al Qadi)

Oh cerita di atas cuma selingan , ia tiada kena mengena dengan apa yang mahu kita sampai kan di sini.

Apa yang mahu di rencana kan di sini ia lah berkenaan orang yang hafal quran pandai baca quran tetapi tidak jumpa ayat berkenaan persaudaraan Islam.Ia juga berkenaan orang yang belajar agama bertahun tahun tiada lain melain kan agama sahaja ilmu nya tetapi tidak jumpa perintah Allah berkenaan sesama Islam itu bersaudara.

Jadi jika mereka cemuh kita tidak tahu agama kita juga boleh cemuh mereka tidak jumpa ayat quran yang mengutama kan persaudaraan Islam. Malah ada di tanya di dalam kitab “suka kah kamu memakan daging saudara mu?” kepada yang suka bertelagah sesama sendiri dan memberi gelar.

Kini selepas PRU13, nampak sangat orang Melayu Islam harus bersatu. Tiada lagi option selain bersatu.

Amat pelik memiliki Tuhan serupa, agama serupa quran serupa dan bangsa serupa tetapi tidak boleh bersatu.Sedang bangsa cina agama berbeza, tuhan berbeza tetapi boleh bersatu.

Di mana silap nya?



Dengan perkembangan terbaru di mana Nik Aziz di gugur kan dari jawatan MB Kelantan , maka peluang umat Melayu Islam bersatu akan lebih mudah. Walau pun Nik Aziz di gelar ulama tetapi boleh di kata kan dia juga ada lah agen perpecahan.Ini bukan tuduhan tetapi ada lah kebenaran.Pelbagai alasan politik di guna kan oleh Nik Aziz untuk mengelak kan kesatuan Islam.

Walau pun Islam dengan politik tidak boleh di pisah kan tetapi kerana politik lah juga orang islam berpisah.

Dengan perkembangan terbaru dan hilang nya pengaruh Anwar Ibrahim di dalam PAS melalui Nik Aziz dan Anwarinas nya , maka peluang umat Islam bersatu akan bertambah cerah.

Anwar Ibrahim yang licik amat menyedari jika dia berjaya mencengkam Nik Aziz maka tindak tanduk PAs boleh di kawal sebagai remote control.Pegang satu tengkok dan seluruh tengkok dalam PAS boleh di cengkam.

Kini Umat Melayu Islam boleh mula kan gerakan kesatuan.Hantar lah wakil wakil parti masing masing.

DAP dan Anwar boleh hidup bermaharaja lela selagi UMNO dan PAS tidak bersatu. Jika UMNO dan PAS bersatu Anwar dan DAP “will die a sudden death”.

Oleh sebab PAS ada lah saf baru dan kecil , maka elok sangat lah PAS kembali kepada saf yang lama dan besar.Buang lah ego politik dan sahut lah panggilan agama.

UMNO abang , PAS adik, di depan Allah tiada siapa  dapat sebut UMNO dan PAS lagi selain menjawap tanggung jawap masing masing dan sesiapa yang menghalang nya tanggung lah sendiri.Tidak berdiri di depan Allah seseorang itu sebagai ahli UMNO atau PAS selain sebagai hamba yang perlu menjawap soalan.

Hanya mereka yang bertakwa sahaja yang lulus, tidak kira gelaran nya mursidul atau pun tukang kebun.


 Anwar dan DAP tidak takut sesiapa pun, kerana ada sokongan dan bantuan negara
asing, yang paling mereka takut ada lah kesatuan umat Islam, jika UMNO dan PAS bergabung , itu lah yang paling Anwar dan DAP takut. Ayuh cepat bergabung.



No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik