Thursday, June 20, 2013

AZIZAN DAH NAK LETAK JAWATAN.

Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Datuk Seri Dr. Azizan Abdul Razak kini bukan lagi seorang pemimpin yang berdaya. Apabila kedua-dua belah kakinya dipotong kerana gangrene, maka gugurlah kelayakannya selaku seorang pemimpin. 

Dia sedar tentang perkara itu. Apatah lagi, Azizan lebih banyak berada di katil hospital berbanding bersama-sama rakyat. Dan difahamkan sehingga sekarang, Azizan belum lagi mengangkat sumpah selaku ADUN Sungai Limau.

Baru-baru ini, dari sumber terdekat dengan keluarga isteri pertama Azizan memberitahu, Azizan sudah hampir meletakkan jawatan dan memberi laluan untuk Pilihanraya Kecil pertama selepas PRU13 di Sungai Limau kerana keadaannya itu. Walau bagaimanapun, ada puak-puak PAS terutama sekali yang sebelum ini banyak bergayut di sekeliling kaki seluar Azizan, terburu-buru memujuk Azizan agar tidak berbuat begitu. 

Azizan menjadi bahan yang paling teruk dilanyak dan difitnah oleh puak-puak PAS sendiri. Beberapa kelompok dalam PAS yang bercempera, kelihatan bersatu hati dalam mengutuk dan menyalahkan Azizan setelah PAS gagal mempertahankan Kedah daripada dirampas oleh UMNO-BN. 

Malah ada yang menyalahkan sikap Azizan yang mudah baran dan lebih banyak mendengar nasihat daripada para pemimpin UMNO untuk mentadbir negeri berbanding merujuk kepada Majlis Syura PAS. Azizan dikatakan mempunyai roh UMNO yang terlalu menebal dalam dirinya. 

Gerakan untuk menggulingkan Azizan telah lama dijalankan dan diketuai oleh Mahfuz Omar yang kemudian diproksikan oleh Phahrolrazi Zawawi. Beberapa orang Exco pilihan Azizan turut menikam belakang Azizan dan membuatkan kesihatannya bertambah teruk. 

Azizan dilihat kurang bersetuju dengan amalan MENYELEWENG dan RASUAH yang menjadi amalan sebahagian daripada pemimpin-pemimpin PAS sebaik-baik sahaja mereka berjaya merampas Kedah pada tahun 2008. Azizan juga seringkali bertelagah dengan beberapa orang pemimpin PAS Pusat berhubung tindakannya cuba menyekat pengaruh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng daripada bersarang dalam PAS Kedah. Malah, Azizan juga bertindak tegas terhadap golongan Syiah dan Khawarij yang telah mendapat lampu hijau daripada kepimpinan PAS Pusat daripada bertapak di Kedah dengan tidak membenarkan ketua-ketua mereka menjawat jawatan penting sama ada dalam Kerajaan Negeri mahupun GLC.

Ketika Azizan Abdul Razak dimasukkan ke wad buat kali pertama, ada kalangan pemimpin PAS Kedah yang tersenyum sampai ke telinga. Kata mereka, Azizan tidak akan hidup lama. Jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar Kedah akan berpindah kepada mereka. 

Penubuhan PEMANDU PAS Pusat yang bertindak sebagai Residen British pada zaman penjajahan dahulu, juga nampaknya gagal menurunkan Azizan Abdul Razak. Sebaliknya Azizan Abdul Razak berjaya mengemudi negeri Kedah sehingga tamat penggal, sekaligus membuatkan puak-puak PARASIT berkenaan mengkelan air liur sendiri.

Keputusan PRU13 telah membuatkan sebahagian besar pemimpin PAS Kedah meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada Azizan Abdul Razak walaupun sebenarnya, faktor kekalahan mereka adalah disebabkan pelbagai ulah dan onar yang telah dilakukan sepanjang pentadbiran PAS di Kedah. Rakyat Kedah bukannya seperti orang Kelantan yang tinggal di luar Kelantan tetapi sentiasa memastikan rakyat Kelantan yang tinggal di Kelantan, berada dalam keadaan daif. Rakyat Kedah memerhati dan menganalisa setiap perbuatan wakil rakyat yang dipilih. 

Temberang agama yang seringkali digunakan oleh para pemimpin PAS, gagal meyakinkan rakyat Kedah. Akhirnya rakyat Kedah membuat keputusan menyingkirkan PAS sekalipun pada masa yang sama, TSUNAMI CINA turut berlaku di Kedah. Kalaulah bukan kerana TSUNAMI CINA, besar kemungkinan jumlah kerusi DUN yang dipegang oleh Pakatan Rakyat, jauh berkurangan berbanding sekarang. 

Boleh jadi, tindakan segelintir pemimpin PAS yang masih berharap, Azizan akan kekal menjadi ranting dan dahan untuk mereka bergantung, menyebabkan mereka cuba menghalang Azizan daripada melepaskan jawatan ADUN Sungai Limau yang disandangnya sekarang. Atau mereka juga amat sedar, kemenangan Azizan di Sungai Limau bukanlah kerana PAS tetapi kerana Azizan sendiri walaupun Azizan tidak keluar berkempen pun!

Apa pun, kita tunggu perkembangan selanjutnya, memandangkan PAS Kedah di bawah Mahfuz Omar kelihatan semakin bercempera dan kelihatan semakin tiada hala tuju, sama seperti Mahfuz Omar sendiri….

By: Kedahan69ers.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik