Thursday, June 20, 2013

BOIKOT SIDANG PARLIMEN TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN PEMIMPIN PEMBANGKANG.


Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh mungkin antara pemimpin pembangkang yang masih waras dan tidak beremosi ketika mengulas kegagalan PR dalam PRU-13 yang lepas apabila tidak bersetuju dengan saranan PKR untuk memboikot sesi pembukaan sidang Parlimen dan majlis angkat sumpah.

Menurutnya semua Ahli Parlimen DAP yang terpilih dalam PRU-13 akan tetap hadir kerana sebarang tindakan memboikot atau memulaukannya adalah tidak masuk akal, demikian penegasan Karpal yang tentunya mencerminkan pendirian muktamad DAP.

Secara tersiratnya ia bermaksud DAP tidak mahu dikaitkan dengan orang yang mencadangkan supaya sesi pembukaan Parlimen dan persidangannya yang bermula pada 24 Jun 2013 nanti dipulaukan.

Memang memalukan bila buat kerja yang tak masuk akal dengan menolak kemenangan dan tidak mengiktiraf sokongan oleh pengundi, yang mana jika masih ada yang melakukannya bermakna seseorang itu kurang waras dan mungkin tergolong dalam kategori manusia yang tak berakal, tak begitu?

Persoalannya, siapakah yang tidak berakal bila mana membuat saranan supaya sesi pembukaan Parlimen dipulaukan sekali gus memboikot majli angkat sumpah pada hari berkenaan? Tak lain tak bukan ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Naib Presiden parti itu, Tian Chua.

Pada 7 Jun 2013, Anwar secara terbuka menyebut;- “Politik juga tentang tanggapan dan tanggapan meluas bahawa pilihan raya umum ke-13 dicemari penipuan yang cukup meluas, yang cukup untuk kita mempertimbangkan pilihan sama ada untuk memulaukan sesi pembukaan.”

Dua hari kemudian, Naib Presiden PKR iaitu Tian Chua menyatakan parti itu sedang menimbang untuk memulau majlis angkat sumpah dan sidang Parlimen yang bermula 24 Jun ini selagi seluruh anggota dalam SPR tidak meletakkan jawatan.

“Kalau mahukan kerjasama daripada PR dalam perkara yang mahukan muafakat syarat itu perlu ditunaikan. Sebagai menghormati Yang di-Pertuan Agong, kita akan hadir untuk mendengar titah baginda tiada isu mengenai hal ini.

“Tetapi mengenai lain-lain perkara sama ada untuk angkat sumpah, atau menyertai PSC dan pilih wakil pembangkang dalam Parlimen itu kita masih pertimbangkan sama ada mahu bekerjasama atau tidak,” katanya.

Kedua-dua saranan tak berakal oleh Anwar dan Tian Chua jelas tak mendapat sambutan dari rakan sepakatan. Berbanding pemimpin PKR itu, nampaknya DAP lebih cerdik kerana tahu saranan gila sebegitu hanya memudaratkan imej PR sendiri.

DAP pun sedar kegagalan hadir di sesi pembukaan Parlimen tanpa alasan yang kukuh memungkinkan parti itu terpaksa berdepan dengan risiko kehilangan hak ke atas kemenangannya di sesebuah kawasan Parlimen, yang mana jika itu berlaku akan ada pilihan raya kecil (PRK) selepas 6 bulan kemudian.

Memboikot angkat sumpah pada hari pembukaan Parlimen bukan satu pilihan untuk DAP tatkala partinya gah di puncak dengan kejayaan merangkul 38 kerusi Parlimen malah memulau keseluruhan sidang Parlimen juga tidak mendatangkan imej politik yang baik di kalangan penyokongnya.

Tapi cerdik sangat ke Karpal bila mana sedar tak sedar semasa sesi taklimat Ahli Parlimen tempohari kelibat dirinya sendiri tak kelihatan. Mungkinkah ada halangan yang begitu mendesak menyebabkannya gagal hadir atau disebabkan akalnya pun tak berapa waras ketika itu?

By: Nur Eisha Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik