Thursday, June 6, 2013

BOLEHKAH PERCAYA MUHYIDDIN TIDAK CABAR NAJIB.

Kempen untuk mengekalkan kedudukan dua jawatan tertinggi parti dalam UMNO telah bermula. Utusan Malaysia memulakannya hari ini (5 Jun) dengan beberapa orang pemimpin kanan menyatakan tidak perlu ada tandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Saya sendiri memikirkan bahawa keutamaan kepada perpaduan parti perlu diutamakan bagi menunjangi kepimpinan negara yang menghadapi cabaran semakin besar bagi sebuah kerajaan yang mahu demokrasinya diiktiraf dunia terutama oleh Barat.

Najib harus diberikan masa untuk menunjukan keberkesanan kepimpinannya yang bersifat apologetik bawah kabinet barunya sendiri.

Seperti kata Tun Dr. Mahathir di Tokyo "Kita tidak ada pilihan lain lagi kecuali menyokong Najib untuk mengekalkan perpaduan parti." Ini bererti penerimaannya adalah kerana terpaksa.

Pemimpin kecil dan ahli-ahli UMNO boleh membantu untuk mempastikan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar tetapi bolehkah dipastikan Timbalan Presiden tidak akan mencabar Presiden?

Barangakali pekara ini terlalu pahit untuk diperkatakan secara terbuka tetapi telah dibincangkan secara tertutup dan kalau soal tidak perlu ada pertandingan dua jawatan tertinggi telah diperkatakan untuk mengkodisikan pemikiran ahli maka pastinya sesuatu yang lebih besar yang tersimpan di dada perlu terpancar dalam kata.

Dalam politik semuanya boleh berlaku. Umpamanya bila Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris diketahui mahu mencabar Tun Abdul Razak bagi jawatan Presiden UMNO, saya dan seorang lagi wartawan Utusan Melayu, Khalid Jefri telah pergi ke rumahnya di Jalan Duta dan bertanya "Apakah benar Datuk akan mencabar Tun Abdul Razak? jawab Datuk Harun "Oleh kerana sudah ada orang lain yang nak mencabar maka lebih baik saya yang bertanding."

Tetapi Muhyuddin mesti ingat Anak Melayu Pantang Derhaka kecuali menghunus dan menjulang keris dan kemudian meminta maaf. 

By: Zainudin Maidin.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik