Tuesday, June 4, 2013

BUKA MATA BUKA MINDA.

by: Ridhuan Tee.

Pada mulanya saya tidak mahu percaya berlaku tsunami Cina dalam PRU13. Analisis demi analisis yang saya hadiri, rata-rata menyimpulkan bahawa tidak berlaku tsunami Cina, tetapi tsunami Malaysia yakni penolakan rakyat terhadap UMNO BN. Ringkasnya, undi bandarmemihak kepada PR, manakala undi kampung lebih kepada UMNO BN.

Namun, setelah saya teliti dengan mendalam, memang berlaku tsunami Cina. Faktor ini amat jelas dan tidak boleh diselindungkan lagi. Saya amat musykil, kenapa sebahagian besar pengkaji tidak mengakui fakta ini. Apa tujuan di sebalik?

Lihat sahaja trend pengundian di Pulau Pinang dan kawasan majoriti Cina, bukti-bukti menunjukkan bahawa terlalu sedikit undi Cina yang diperolehi BN.

N27 Pengkalan Kota, Pulau Pinang, BN hanya mendapat 1803, berbanding DAP 15403, majoriti 13600. Sepanjang kajian saya, tidak pernah berlaku dalam sejarah PRU, BN hilang wang deposit. PRU13 telah menjadi saksi. Begitu juga N13 Berapit (PP), BN hanya mendapat 2230 undi, berbanding DAP 16995, dengan majoriti 14765. Saya difahamkan di DUN Sitiawan, hanya dua sahaja undi Cina diperolehi oleh BN. Adakah ini bukan tsunami Cina? Tanpa nafikan tsunami yang lain.

Jika diamati secara teliti, sebenarnya BN kalah di Semenanjung (76), Kerusi Sabah Sarawak (57) yang menjadi penyelamat. Manakala PR mendapat 80 kerusi di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak, 9 kerusi. Bermakna, jika tidak ada tambahan kerusi Sabah Sarawak, kerajaan yang diterajui BN sudah jatuh.

Ultra kiasu berhujah, jika ada tsunami Cina, sudah tentu calon Melayu mereka sukar untuk menang bertanding di kawasan Cina. Misalnya P48 Bukit Bendera, Pulau Pinang dan beberapa kerusi yang lain yang diberi kepada calon Melayu. Pecahan pengundi P 48 mengikut kaum ialah Melayu (13.99 %), Cina (73.74 %), India (11.22 %) dan lain-lain (1.14 %). Parlimen ini dimenangi oleh Melayu (DAP), mengalahkan calon Cina BN dengan majoriti 32,778. Kenapa calon ‘Melayu’ ultra kiasu boleh menang?

Adakah dengan mengundi calon Melayu, tidak berlaku tsunami Cina. Fikirkan sejenak siapakah calon ini? Lihat muka dan perjuangannya. Beliau mewakili ultra kiasu. Mengundi beliau, bermakna mengundi ultra kiasu. Jika sukar untuk faham analisis ini, bacalah artikel saya yang lalu.

Bezanya dalam PRU13, sebahagian besar Cina menjadi lebih ultra kiasu? Kenapa? Adakah kerana kerajaan mereka bersih? Atau kerana suka kepada tuntutan ultra kiasu untuk menjadi lebih Cina? Saya ingin mengajak dan menasihatkan orang Cina supaya rasional dalam hal ini. Tidak dinafikan ada kelemahan dalam kerajaan UMNO BN.

Suka atau tidak, kita perlu mengakui, apa yang diperolehi orang Cina hari ini disebabkan oleh kerajaan yang sedia ada dan polisi yang dilaksanakan.

Perolehan yang paling ketara adalah kek ekonomi dan pendidikan. Kekayaan ekonomi telah diperolehi lebih 70 peratus. Manakala, dalam soal pendidikan, pendidikan Cinalah yang paling mendapat perhatian kerajaan, berbanding pendidikan lain.

Kerajaan telah membantu pendidikan Cina sehingga menenggelamkan pendidikan agama. Malangnya, dalam PRU13, mungkin tidak ada seorangpun guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan ini mengundi UMNO BN. Sekolah Jenis Kebangsaan sebenarnya menjadi lubuk melahirkan lebih ramai ultra kiasu, jika tidak dipantau daripada sekarang.

Sebenarnya saya sudah malas menulis menulis mengenai ultra kiasu selepas PRU13 atas dasar dakwah kerana ramai kawan-kawan seperjuangan mengatakan tulisan saya merugikan dakwah. Tetapi melihat kepada gerak geri mereka, hati saya berkata-kata, tidak boleh jadi, sebab ultra kiasu menjadi semakin bongkak dan sombong.

Terbaharu, isu pembahagian kerusi exco negeri Selangor. Formula yang ditetapkan adalah 3:3:4 (PKR:DAP:PAS). Ultra kiasu bising wakil bangsa mereka kurang. Dapat lebih senyap, dapat kurang riuh. Bukankah dalam PKR sudah ada ramai ultra kiasu. Carilah 6 orang dari kalangan ultra kiasu itu tanpa mengira bangsa. Kenapa perkataan ‘Cina’ itu mesti berada di hadapan?

Saya difahamkan di Pulau Pinang, telah berjalan perancangan ultra kiasu melatih anak-anak ultra kiasu untuk membuat roti canai dan kuih muih Melayu. Selepas ini, orang Cina tidak perlu lagi pergi ke kedai mamak atau kedai Melayu untuk menikmati makanan tersebut kerana sudah ada di kedai Cina. Secara halus, bisnes mamak dan Melayu akan tutup dan bersedialah untuk berhijrah.

Ya, saya tidak nafikan tidak semua Cina yang rasis. Tetapi,perlu diingat, ramai Cina yang rasis dalam parti ultra kiasu. Saya tidak akan label mereka ultra kiasu atau rasis, jika mereka menerima konsep negara Islam dan undang-undang Islam. Tetapi selagi mereka menolak hujah ini, selagi itulah mereka akan saya tentang dan label tersebut tidak akan berubah.

PAS pula janganlah terlalu perasan bahawa ultra kiasu telah menyokong mereka dan menerima Islam. Undi ultra kiasu kepada PAS sebagai tanda protes kepada UMNO BN, bukan kerana telah menerima Islam. Jika berlaku pertembungan antara calon PAS vs DAP. Jangan harapkan ultra kiasu mengundi PAS. Mereka mengundi PAS hari ini kerana berlaku pertembungan dengan UMNO. Jika PAS vs PKR, pasti mereka memilih PKR. Buka mata, buka minda.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik