Thursday, June 20, 2013

DIRIKAN TUGU PERINGATAN KOMUNIS DAN BANGUNKAN MUZIUM CINA DI MALAYSIA

Oleh kerana memikirkan kerjaan BN Melayu yang ada sekarang ini kerajaan yang meneruskan dasar give ini dan bodoh makaThe Star memulakan kempen supaya didirikan Tugu Peringatan bagi pembunuhan beramai-ramai penyokong-penyokong komunis di Batang Kali. (Lihat berita penuhThe Star hari ini)


Pembunuhan itu dilakukan oleh tentera British dan Mahkamah Tinggi di London telah menolak tuntutan keluarga mangsa untuk mendapat ganti rugi atas kejadian yang berlaku 65 tahun lalu tetapi hari iniThe Star menghidupkan semula cerita itu supaya kerajaan British meminta maaf kepada mereka dan  diadakan  ulang bicara.

Tentunya DAP yang pernah mengemukakan pekara ini ke dalam Parlimen amat gembira kerana The Star telah menimbulkannya semula dalam keadaan kekuatan DAP bertambah.

Sebenarnmya  pembunuhan ke atas keluarga yang disyaki menyokong pengganas komunis ini adalah salah satu sumbangan besar penjajah British bagi membolehkan parti-parti politik di Malaya memperjuangkan kemerdekaan secara perlembagaan  yang menyebabkan wujudnya negara demokrasi Malaysia hari ini yang membolehkan The Star menjadi Kapitalis Besar dan Wong Chun Wai mendapat Datuk dan pembantu-pembantunya masih boleh berkerja dengan The Star walaupun menyokong DAP.

MUZIUM CHINA MALAYSIA.

The Star hari ini juga menyiarkan tulisan June H.L.Wong ( Views 25)menuntut supaya dibangunkan sebuah Muzium China di Malaysia untuk mempamerkan sejarah dan jasa orang Cina terutamanya sumbangan mereka menentang komunis dalam masa dharurat malah disebutkannya tentang barang-barang peninggalan Yap Ah Loy yang membuka Kuala Lumpur tidak ada di Muzium Negara sebaliknya terpamer di Muzium Peranakan di Singapura.

"The Chinese in Malaysia did not get free ride to where they are," kata June.

Ya Betul! Tetapi saya tidak fikir orang Melayu melupakan pengorbanan orang Cina terutama pegawai-pegawai SB seperti Tan Sri C.C Too dan juga tentang sumbangan ekonomi orang Cina kepada negara  ini sehingga pekak orang Melayu mendengarnya ungkitannya tetapi orang Melayu dengan sekaligus melupakan jasa orang  Cina ini bila bercakap macam negara ini menindas mereka sepanjang masa. Kalau demikian bagaimana mereka jadi kaya raya?

Sebahagian besar orang Cina menunjukkan kelakuan buruk sebagai manusia yang tidak tahu mengenang budi, macam kacang lupakan kulit; mahu Malaysian Malaysia( The Star penyokong kuat) dan tidak hormati sosial kontrak, mahu Sekolah Cina setaraf dengan Sekolah Kebangsaan dan sebagainya.Bagaimana  kalau orang Melayu juga menuntut supaya beberapa bahagian dari sosial kontrak itu dibatalkan?

Apakah  Datuk Wong Chun Wai mengarahkan dibangkitkan semula pekara pekara sensitif  kerana merasa sudah cukup kuat untuk mengeksploitasi kerajaan Melayu yang dasarnya ialah give in  dan lemah yang termasuk dalam "Melayu banyak bodoh" yang menjadi anggapanThe Star seperti dilihat oleh  bolgger Helen Ang.

Wong Chun Wai mudah sahaja untuk memujuk kerajaan Melayu yang lemah ini. Besarkan berita aktiviti   bergambar Datuk Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri setiap hari dan jadikan Rosmah isteri Perdana Menteri sebagai  No. 1 dalam senarai 10 The Most Powerful Woman in Malaysia. 

Pandai-pandailah Datuk Wong membaling batu sembunyi tangan demi untuk hidup dan untuk Malaysian Malaysia. Masa Datuk Najib pun boleh selamat, masa DAP berkuasa kelak lagi selamat. Hidup Datuk Wong!
 
By: Zainudin Maidin.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik