Sunday, June 23, 2013

ILTIZAM KAUM CINA UNTUK MENEGAKKAN KETUANAN CINA.

PRU ke 13 telah sebulan setengah berlalu. Keputusannya telah diketahui ramai: BN menang dengan majoriti mudah – 133 buah kerusi parlimen; merosot 7 kerusi tetapi berjaya merampas kembali Kedah; pembangkang pula menang 89 kerusi parlimen.

Banyak sebab telah diberikan berhubung kemerosotan itu; antaranya kesilapan memilih/meletakkan calon, kelemahan jentera dan sabotaj dari dalam parti. Apapun, sebab yang paling besar, seperti yang diungkapkan oleh YAB Dato’ Sri Najib ialah tsunami Cina!

Agar saya tidak disalah-tafsirkan sebagai rasis, maka sebelum saya menulis lebih lanjut lagi, eloklah saya tegaskan bahawa kaum Cina adalah pragmatis dan bijak menggunakan peluang keemasan yang ada.

Adalah tidak salah mereka BERSATU menggunakan hak demokrasi yang mereka miliki sebagai rakyat Malaysia. Justeru adalah juga tidak salah mereka BERSATU mahu memilih/memangkah mana-mana parti yang mereka suka.

Lantaran hakikatnya mereka secara sukarela dan demokratik telah mengundi keluar dari kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memilih berpayung di bawah pembangkang. Yang demikian, mereka sewajarnyalah (deserve) TIDAK berhak mendapat apa-apa hak dan keistimewaan sebagai ahli sebuah parti yang menang.

Orang Melayu pula disebaliknya; kurang pragmatis dan kurang bijak serta TIDAK bersatu! Janganlah salahkan ibu mengandung.

Orang Cina telah melihat dan menyambar peluang serta tawaran yang diberikan oleh Dato’ Seri Anwar kepada kaum mereka. Anwar bukan sahaja bersedia memberikan peha, bahkan nampaknya sanggup menghadiahkan celah peha asalkan nafsu kemaruknya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

Lantaran itu, pada hemat orang Cina, INI KALI LAH bagi kaum mereka untuk mencapai strategi jangka panjangnya yang ketiga: MEREBUT KUASA POLITIK. Dua strategi pertama telahpun berjaya – kerakyatan dan kuasa ekonomi.

Mereka telah menyeru supaya bersatu dalam menumbangkan kerajaan BN, sepertimana yang disiarkan dalam Nanyang Siang Pau pada 13 Jun 2009.

Ia boleh ditafsirkan sebagai prakrasa dan iltizam untuk menumbangkan kerajaan yang bertunjangkan Pribumi/Islam dan menggantikan dengan sebuah kerajaan yang berteraskan bukan Islam dan kaum minoriti Cina pula menjadi dominan ataupun, dalam lain-lain perkataan, ingin menegakkan ketuanan Cina.

Justeru PRU ke 13 telah mereka rancangkan sedemikian rupa dari peringkat persiapan menyerang, pertahanan, pemilihan dan peletakan calon dan sebagainya. Hasilnya, walaupun mereka tidak menang, tetapi komposisi calon-calon yang berjaya itu adalah manifestasi rancangan tersebut!

Natijahnya, di pihak pembangkang, bilangan MP Bukan Islam adalah jauh lebih ramai iaitu 50 orang atau 56% berbanding MP Islam hanyalah 30 orang atau 44%! MP Cina pula adalah seramai 39 orang atau hampir empat kali ganda lebih ramai jika dibandingkan dengan MP Cina dalam BN!

Dalam BN, terdapat seramai 97 MP Pribumi / Islam atau 73% dan 21 MP lagi Pribumi Bukan Islam atau 16%. MP Cina hanyalah 11 orang atau 8%!

Lantaran itu, adalah tidak salah jika dibuat kesimpulan bahawa orang Cina telah bersatu untuk menumbangkan kerajaan yang bertunjangkan Pribumi/Islam dan menggantikan dengan kerajaan yang bertunjangkan Bukan Islam/orang Cina!

Kerana laungan “INI KALI LAH” untuk mereka boleh merebut kuasa maka ahli-ahli MCA dan Gerakan dari kaum Cina telah menjadi pengkhianat parti dan berduyun-duyun lari bersekongkol dengan DAP. Lalu Tsunami Cina, sepertimana yang diungkapkan oleh Najib, adalah tepat sekali!

Tanpa sokongan padu Bumiputra di Sabah dan Sarawak, BN telah kalah pada tahun 2008 lagi!

Ada pendokong MCA mengingatkan orang UMNO bahawa orang Cina telah menyokong BN semasa PRU 1999. Tanpa sokongan mereka, mungkin BN kehilangan lagi banyak kerusi dalam PRU berkenaan. Setuju.

Tetapi mari kita tanya soalan ini: kalaulah orang Cina dihidangkan pada tahun 1999 itu peluang yang sama seperti tahun 2013, tidak mungkinkah orang Cina sudah merebut peluang tersebut dan menumbangkan BN pada tahun itu juga?

Melihat dan menilai sikap, pemikiran dan strategi orang Cina di Malaysia ini pada tahun 2008 dan 2013 maka jawapannya, tanpa melupakan tulisan pada tahun 2009 di atas dan malapetaka PRU 1969, tidak lain dan tidak bukan tentulah YA!

Dengan mengambil kira:

(a) sikap dan iltizam kaum Cina sedemikian rupa,
(b) kemasukan pemilih baru kira-kira 2.64 juta orang nanti,
(c) kawasan bandar akan semakin besar (dari 71% kepada 77%) kelak, dan
(d) penetrasi internet pula akan melebihi 75% nanti

apakah pelan tindakan BN/UMNO untuk kekal menang dengan selesa dalam PRU ke 14 nanti? Atau kaum minoriti Cina berjaya menegakkan pula ketuanannya di Malaysia ini.

Kalaulah iltizam orang Cina ini menjadi realiti maka Pribumi / orang Melayu hendaklah bersedia menghadapi malapetaka penghapusan mereka secara sistematik, sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Cina Singapura. Malapetaka tersebut telah diterangkan dengan jelas oleh Dr Lily Zubaidah. Layarilahhttp://www.zul4kulim.blogspot.com bertajuk“Ketuanan Cauvinis”!

By: Darah Tuah.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik