Sunday, June 2, 2013

KUTIP RM 10 DARI ORANG2 MELAYU DAN BELI SYARIKAT GERGASI.


By: The Chulan.
Berapa ramai kah boleh kita dapati lelaki sebegini di dunia? Jika tidak di Malaysia?
Kehebatan indivdu ini bukan pada fizikal tetapi apa yang ada di dalam otak nya. "Height doesnt make a man" kata pepatah Inggeris.Sungguh betul pepatah itu.Semenjak bumi di siap kan 3 lelaki pendek pernah menguasai dunia. Napolean, Alexander the Great dan Hitler, kesemua nya lelaki pendek.Firaun dan Nimrod pun hebat setempat dan tidak menguasai dunia.

Mana boleh jumpa orang yang begitu prihatin kepada nasib bangsa nya sehingga mencetus idea mengutip 10 ringgit dari setiap orang melayu untuk menjadi kan seluruh jumlah itu membeli syarikat syarikat dan meletak kan orang melayu didalam pentadbiran atasan nya setelah membeli syarikat itu.Cuma yang menjadi pengarah, board member itu semua kebanyakan nya kemudian tidak sedar diri dan menempelak bangsa nya sendiri.


Apa yang di nama kan ASN itu kemudian nya menjadi besar dan menjadi kumpulan dana berjumlah berbillion ringgit di cipta dan di uruskan oleh orang melayu, satu bangsa yang tidak ada rekod cemerlang dalam perniagaan.

Bangsa yang beratus tahun duduk mengail, bertani dan nelayan dan bekerja macam ayam kais pagi makan pagi kini menjadi bangsa yang mengurus dana berbillion ringgit.Semua ini terjadi kerana ada insan yang mahu berfikir untuk masa depan bangsa nya.

Hasil cetusan idea bersama beberapa melayu lain, PNB kini gah , sehingga beberapa negara di dunia cuba mengkaji asal usul nya dan cuba meniru tetapi amat kurang yang berjaya mengikut jejak langkah cara orang melayu tawan perniagaan saham.

Tun Ismail Ali lelaki berprinsip. hanya jauhari sahaja mengenal manikam, seperti kaki pancing menghidu lubuk ikan di sungai hanya mereka yang tahu hasil kerja nya sahaja yang akan menyanjung budi dan bakti nya.

Sehingga kini ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mengenal hasil kerja lelaki ini terutama nya yang bawah umur 30han.Malah ustad badut yang cakap tak serupa bikin pun lagi di kenali dari lelaki yang sudah mensejahtera kan jutaan rakyat Malaysia ini.

Beliau ada lah salah seorang watak yang pernah mengegar kan dunia , pahlawan melayu yang menawan kota London di waktu subuh peristiwa di kenali sebagai "Serangan Subuh" (Dawn Raid) bersama serangan itu membawa pulang ratusan ribu ekar tanah dan harta serta menyelamat kan ribuan pekerjaan.

Syarikat Guthrie di bawa pulang dari tangan orang putih oleh pahlawan sawo matang sehingga perundangan bursa London terpaksa mengubal undang undang baru supaya tiada lagi serangan serupa di buat oleh mana mana pihak terhadap London Stock Exchange lagi.

Melayu sudah tewaskan orang putih di dalam permainan mereka sendiri.Tindakan dan rancangan di buat ala military dengan"precision" melibat kan risikan dan perhatian secara sulit berbulan lama nya sebaik sahaja orang bernama Mahathir mengambil alih tampok pemerintahan negara.

Tindakan ini semua di lakukan setelah mengambil kira kepentingan bangsa Melayu apabila British hanya berminat menjual saham dan tanah kepada syarikat cina sahaja yang mana sedikit demi sedikit menjadi kan mereka monopoli di dalam hartanah negara.Oleh sebab bahaya di masa depan satu rancangan sulit oleh orang melayu seperti Tun Mahathir dan Tun Ismail Ali ini di rencana kan.

Who is this Ismail Ali? 

Mari kita kenali sedikit berkenaan pahlawan melayu era moden ini.Orang nya rendah dan berperwatakan serious.Tidak suka berbual kosong atau bersembang perkara tidak berfaedah.Lebih suka membaca.Beliau juga "a pipe smoking gentleman"


Walau pun suami kepada adik nya ada lah Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak pernah ambil kesempatan terhadap perkara itu.Ketika attend majlis keluarga atau tidak rasmi amat jarang berbual hal negara bersama adik ipar nya. Jika beliau mahu berurusan dengan Perdana Menteri beliau mengikut saluran rasmi dengan membuat temu janji.

Bekas pemandu nya pernah bercerita (arwah A***) jika menghadiri majlis tidak rasmi seperti khenduri kawin atau melawat saudara mara tidak akan mengizin kan pemandu nya menguna kan kereta syarikat walau pun beliau ada deretan kereta rasmi dari beberapa syarikat seperti Sime Darby, Bank Negara dan PNB.

Apabila selesai majlis tidak rasmi arwah Tun Ismail akan bertanya kepada pemandu nya berapa jam sudah di guna kan khidmat nya untuk beliau membayar overtime menguna kan wang nya sendiri.
       
Menepati waktu amat lah menjadi amalan beliau.Ada kala nya ketika mempengerusi kan mesyuarat sebaik sahaja beliau duduk jika ada board members yang masuk lewat sedikit seperti 5 minit beliau akan mengarah kan keluar sambil berkata " if I want the meeting to start at 5 minutes past 9 I would have said so" bermaksud kalau start pukul 9 , maka 9 lah dan bukan 9 lima minit.

Beliau amat terkenal degan membenci orang putih kerana begitu geram dengan tndakan orang putih melayan orang melayu dan tambahan ketika itu British baru menaikan yuran pelajaran pelajar Malaysia yang hampir berbelas ribu orang.Sehingga jika ada mat salleh yang membuat temu janji pasti beliau akan sengaja melambat kan untuk menemu mereka dan pura pura sebuk sehingga kadang nya 30 minit walau pun di dalam pejabat nya beliau tidak buat apa apa.

Ketegasan juga mejadi amalan beliau, ada satu peristiwa di mana seorang pengawal yang menyambut beliau sehingga di dalam lift di tanya beliau nama dan asal serta kerja lama pengawal keselamatan ini.Apabila si pengawal ini menjawap "saya berhenti dari tentera" dan Tun bertanya kenapa? si pengawal ini menjawap "saya ni tidak berapa tahan dengan disiplin tentera tuan". Sebaik sahaja sampai di atas Tun ini memanggil Pengurus sumber manusia dan memberi arahan "guard nama si anu si anu tolong buang" apabila pengurus bertanya lalu Tun ini menjawap "kalau disiplin tentera dia tak tahan apa di sini tak ada disiplin kah?"

Tetapi peristiwa paling tidak dapat di lupai ada lah kisah di mana arwah Tun ini pulang dari luar negara, dan beliau mengeluar kan semua barangan yang harus di cukai, sebaik habis mengira pegawai kastam itu mengata kan jumlah sekian sekian harus di bayar, lalu arwah Tun ini mengeluar kan cek dan tandatangan berserta jumlah yang harus di bayar, sebaik sahaja selesai dan mahu membayar pegawai itu berkata "kami tidak terima cek , Tuan" lalu Tun bertanya kenapa, dan pegawai itu berkata memang undang undang dan mesti dengan tunai.Tun pun berkata "cuba kamu tengok tandatangan di cek itu dengan di wang note itu, sama tak?" lalu lelaki itu membelak nya dan memanggil pegawai atasan nya dan mereka sama sama memerhati kan, kemudian pegawai atasan nya berkata baik lah kami terima tuan dan Tun pun beredar.


Sememang nya tidak menerima cek tetapi ini kes amat berbeza dan unik kerana yang menanda tangan di cek ini juga ada lah yang menanda tangan di wang nota kerajaan Malaysia ia itu gabenor Bank Negara - Ismail Ali.Jika laku wang nota kerana tandatangan nya tentu lah laku cek nya.

Semoga Allah memberi rahmat kepada roh pahlawan melayu yang banyak berjasa ini. Ismail Ali truly is Man of Principle.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik