Monday, June 17, 2013

MCA BANTU AGENDA JAHAT DAP???


By: AKJr.

Adakah kita gagal memahami kehendak masyarakat Cina atau sebenarnya hasutan melampau DAP telah mengubah haluan dan pandangan kaum Cina? Parti MCA merupakan parti komponen Barisan Nasional yang bertanggungjawab untuk menangani isu kaum Cina di Negara kita. Namun kerana krisis dalaman yang berlarutan antara kepimpinan MCA telah menyebabkan mereka hilang arah.

Bukan itu sahaja masalah MCA, mereka juga menjadi parti yang “malas” dan bergerak ala kadar untuk membantu kaum Cina dan Barisan Nasional. Dalam hal ini maka pucuk pimpinan MCA harus bertanggungjawab ke atas tsunami Cina yang melanda Negara. Mereka tidak bekerja keras untuk memenangi hati kaum Cina untuk mengundi Barisan Nasional yang telah bekerja kuat untuk mempertahankan Negara dari dirampas oleh DAP dan pembangkang.

Selepas PRU 2008, dalam masa Januari hingga Jun 2010 MCA hanya mendaftar seramai 2,897 orang pengundi manakala DAP pula mendaftarkan seramai 55,321 orang pengundi dalam tempoh yang sama (6 bulan). Ini menunjukkan kesungguhan DAP dalam menghadapi PRU13. Pengundi baru sama ada didaftarkan atau yang dipindah ke Gelang Patah telah membantu memenangkan Lim Kit Siang dan juga calon-calon bidan terjun lain DAP di Johor, negeri sasaran DAP bagi PRU13.

Manakala dari bulan Mac 2010 sehingga bulan Mei 2012 pula, DAP berjaya mendaftarkan seramai 201,668 pemilih baru dalam jangkamasa 26 bulan tersebut.


DAP telah mencipta ‘rekod sempurna’ di negeri-negeri kubu kuat mereka.

Di DUN Pulau Pinang, DAP bertanding 19 kerusi, menang 19.

Di DUN Perak, DAP bertanding 18 kerusi, menang 18.

Di DUN Selangor, DAP bertanding 15 kerusi, menang 15.

Di DUN Negeri Sembilan, DAP bertanding 11 kerusi, menang 11.

Di DUN Pahang, DAP bertanding 7 kerusi, menang 7.

Namun Gelombang Melayu telah berjaya menolak PKR dan PAS dengan menukarkan warna Kedah menjadi biru daripada hijau. Gelombang Melayu menolak PKR dan PAS juga telah memenangkan UMNO di Perak. Dalam pilihanraya tahun 2008, Barisan Nasional telah kehilangan negeri Perak. Tsunami Cina berjaya mengukuhkan kedudukan Pakatan di negeri-negeri majority Cina yang diperintah mereka. Di Selangor dan Pulau Pinang, pencapaian Barisan Nasional lebih merosot dalam tahun 2013 berbanding prestasi mereka pada 2008.


Statistik telah menunjukkan pola para calon Melayu PKR dan PAS kalah di kawasan yang ramai pengundi Melayu dan menang di kawasan yang ramai pengundi Cina yang sebelum ini merupakan kawasan MCA. Seri Serdang mempunyai 46.1 peratus sahaja pemilih Melayu. PAS telah mencipta sejarah dengan menang di kawasan yang kurang separuh daripada pemilihnya kaum Melayu hasil dari tsunami Cina. Jelas sekali bahawa PAS tidak mampu mengambil alih peranan Umno dengan rekod PAS telah tewas di Kedah dan Umno menjadi tunjang kerajaan negeri Perak dengan Umno pegang 30 kerusi daripada 31 kerusi Barisan Nasional.

PRU13 telah membongkar kedudukan sebenar parti-parti politik di Negara kita. Kewibawaan UMNO dalam menggerak hala tuju politik Negara kita amat besar. Kesungguhan DAP dalam merampas kuasa telah menyebabkan mereka bergerak dan berusaha 100% kea rah itu. Kelemahan MCA dalam meneraju parti merupakan kesilapan mereka dalam memilih pemimpin.
Maka MCA wajib berubah kepada lebih aggresif bagi meneruskan kesinambungan mereka.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik