Monday, June 17, 2013

NAMA NAJIB SEMESTINYA MELAYU ISLAM DAN WONG SEMESTINYA CINA....

By: Zainudin Maidin.

Apakah motif akhbar The Star (15 Jun) mendedahkan perihal seorang rakyat Myanmar yang cedera parah dalam pergaduhan antara mereka  di Kuala Lumpur baru baru ini sebagai  penganut setia agama Buddha 

Berita ini disertakan dengan gambar menunjukan jahitan luka di badannya  berserta kenyataannya memaafkan penyerangnya. 

Bagaimana pula sekiranya The Star menunjukan gambar seorang Myanmar Islam dengan kesan serangan oleh Myanmar Buddha.  

Kedua-dua berita seumpama ini pastinya akan mudah membangkitkan perasaan marah di kalangan rakyat Malaysia yang menganut kedua-dua agama itu tetapi nasib baik mereka  telah matang dan menganggap kejadian itu terasing dari mereka.

Pihak polis telah cuba untuk merahsiakan kejadian tersebut sebagai pergaduhan agama dan hanya  membuat kenyataan rasmi setelah kabar angin mengenainya tidak terkawal lagi setelah   kejadian itu merebak.

Bagaimanapun jika diapi-apikan oleh media pastinya akan  mendorongkan  ke arah pergaduhan agama di negara ini. 

The Star sangat bijak dan cekap  memainkan isu-isu sensitif  sehingga orang seperti adik Perdana Menteri, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Nazir dan CEO Air Asia, Azran tidak sedar akan rasismenya dan  sanggup mencurahkan iklan berjuta ringgit kepadanya  dan tidak memberikan iklan kepada Utusan kerana rasis. Bantuan ini tidak secara langsung memberi kekuatan kepada The Star untuk meneruskan ajendanya yang tersembunyi.

CIMB memang memboikot iklannya kepada Utusan Malaysia  mendahului AirAsia kerana memikirkan pelanggan Melayunya hanya kecil sahaja.

Orang orang seperti Nazir dan Azran yang berpelaran tinggi tetapi tidak terpelajar (meminjam kata kata Pak Ungku Aziz) tidak akan dapat memahami apa yang tersirat dan tidak tersurat dalam permainan politik 

Sebenarnya ramai rakyat Malaysia malah penduduk di sekitar Ampang dan Selayang tidak sedar bahawa beberapa kejadian  pembunuhan rakyat Myanmar yang berlaku di sekitar mereka adalah berkaitan dengan sentimen agama yang ada kaitan dengan rusuhan agama di Myanmar sebaliknya disangka mereka sebagai pergaduhan kumpulan semseng. Terima kasih kepada akhbar akhbar yang tidak membesar besarkan kejadian ini.

Perlu disebutkan selepas peristiwa 13 Mei 1969, akhbar berbagai-bagai bahasa di negara ini telah dinasihatkan oleh Kementerian Dalam Negeri supaya tidak menyebutkan bangsa seseorang di dalam pemberitaan mereka , cukup sekadar menyebutkan nama sudah di kenali bangsanya atau agamanya.

Di Malaysia orang yang bernama Najib semestinya Islam atau Melayu dan Leong Pei Koe semestinya Cina, Samy Vellu semestinya India. 

Maka tidaklah perlu disebutkan bahawa seorang Cina, Leong Pei Koe telah menunjukkan isyarat lucah kepada Permaisuri Agong. Sebut namanya sudah dikenali sebagai Cina.

Bagaimanapun sekarang etika ini sudah dilanggar oleh pengarang-pengarag akhbar. Nila- nilai lama yang baik sudah tidak berguna lagi kerana perlu bersaing dengan media sosial atau portal berita yang lebih bebas dan tidak terkawal. 

Untuk menyekat persaingan ini, Kerajaan Singapura meletakkan  portal berita atau media sosial di bawah peraturan yang sama seperti yang dikenakan ke atas media tradisi (akhbar-akhbar).

Ini juga menunjukkan pemerintah negara itu mahu menjamin agar  media cetak tetap lebih berkesan dari Media Siber dan membina keyakinan ramai bahawa semestinya berita dan sebagainya dari media siber lebih baik atau berkredebiliti. 

Di Malaysia ketidakadilan berlaku dalam pengawasan terhadap media yang dipunyai oleh parti pemerintah sendiri, ada yang tertekan dan ada yang lebih bebas yang menyebabkan yang terkawal dan komited kepada parti dan ajenda bangsa menjadi korban dari segi pengiklanan.

The Star  kerana kebijaksanaannya memainkan  isu isu sensitif  dari masa kemasa telah  dapat membasuh tangannya dan menutup  mata pegawai pegawai KDN yang kurang cekap.

The Star bebas mempromokan perhimpunan-perhimpunan haram atas nama Black 505 rally dengan teriakan kepala berita: Big Crowd! Big Crowd! Big Crowd! bagi setiap perhimpunan itu pada hal penyertaan rakyat semakin merosot.

Kelmarin  akhbar yang sama  memaklumkan kepada umum tentang rancangan pembangkang untuk mengadakan  Perhimpunan Kilat Pakatan Rakyat  di Jalan Tunku Abdul Rahman bagi membantah keputusan Pilihanraya Umum ke 13 dan untuk mengajak rakayt bagi hadhir keperhimpuan haram yang lebih besar minggu depan.. 

Akhbar The Star adalah kepunyaan MCA dan Utusan kepunyaan UMNO tetapi pemimpin MCA tidak mengawalThe Star seperti pemimpin UMNO mengawal UMNO kerana kepada orang Cina  komersialisme lebih penting dari nasionalime.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik