Monday, June 24, 2013

ORANG BARU ORANG LAMA.

Manusia mempunyai tingkatan keturunan atau darjat tertentu juga berdarjah yakni melalui beberapa lantai pendidikan. Ada berjaya, ada tidak; ramai hidup segan mati tak mahu; kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Ada mega kaya hingga divorce settlements – penyelesaian tuntutan cerai mereka bernilai berbelas milion ringgi  di peringkat Malaysia (termasuk Melayu) dan berbilion dolar di peringkat antarabangsa. Suka duka, ada insan lebih “equal than others” observes Speaking. Ada yang lebih tinggi pencapaiannya daripada yang lain.

Perbezaan ini nyata sebelum dan selepas merdeka. Kedudukan bangsa Melayu baik sedikit selepas mereka memanfaatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berjaya mendidik mereka beramai melalui pintu depan dan pintu belakang!

Ada orang salah pilih kerjaya kerana desakan ibu bapa. Lepas itu tukar pada karier atau profesion yang mereka benar-benar minati. Mereka lazimnya bahagia dan sejahtera. Dr Mahathir Mohamad dan Dr Siti Hasmah Mohd Ali tidak memaksa anak mereka ikut jejak langkah mereka sebab itu seorang pun anak mereka tidak jadi doktor!

Saya sendiri tidak mendesak tiga anak saya menjadi wartawan atau penulis walaupun seorang daripadanya agak berbakat dan berpendidikan lebih tinggi daripada saya dan begitu juga ibu mereka - seorang graduan undang-undang - tidak mendorong anak kami menjadi seorang peguam.

Oleh kerana itu ketiga anak kami mengikuti bidang lain – perbankan (banking) dan bisnes. Saya suka melihat anak bangsa kita mengejar, mengasah bakat mengikut kecenderungan masing-masing tetapi janganlah pula kita sebagai ibu bapa membiarkan mereka memilih kerjaya dan kehidupan ikut nafsu sahaja.

Kita wajib  memberi nasihat, panduan dan pandangan. Keputusan mestilah terletak pada mereka sendiri. Mukhriz, Menteri Besar Kedah, ikut bapanya secara kebetulan sahaja. Sama ada dia sampai kemuncak seperti bapanya (walaupun satu penggal sahaja) sukar diramalkan dalam keadaan Politik Baru yang tidak menentukan ini.

Begitulah juga dengan masa depan Nurul Izzah Anwar Ibrahim, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan Zairil Khir Johari.   Hishamuddin Hussein kini hanya satu tangga lagi sebelum tiba di kemuncak. Guan Eng sudah pun mengatasi pencapaian politik bapanya Lim Kit Siang.

Apa pun sudah ramai  ‘muka baru’ bersama ‘muka lama’ dalam Parlimen ke-13. Kita harus menyambut baik (welcome) kehadiran mereka ini. Sidang penggal pertama Parlimen ke-13 bermula esok hingga 18 Julai (8 hari dalam bulan puasa).

Saya tidak dapat hadir majlis pembukaan persidangan bersejarah ini kerana berada di luar negara – hanya tiba di KLIA lewat petang hari yang sama. Walaupun begitu, saya harap Husam Musa (Adun Salor) dijemput oleh kawannya dalam PKR/DAP menyaksikan mereka angkat sumpah - boleh hadir tanpa berpakaian seragam (Kebesaran Kelantan) pun!

Cuba lagi pada PRU-14 di Putrajaya kerana ketulan batu dan tanah telah pun disempurnakan sebagai asas kukuh pada PRU-13 di Desa Kerajaan itu. Bisa nanti ke Parlimen atas nama sendiri bukan lagi sebagai tetamu!

Sekali air bah sekali pasir berubah. Bah besar di Kelantan Disember 1947 membawa perubahan besar pada diri saya: saya dipilih ke MCKK memasuki Form Satu (darjah asas di MCKK) Januari 1948. Dalam tsunami 2008, kita melihat ‘persaraan paksa’ Badawi. 

Banjir Cina dan pengundi bandar 2013, melihat menantu dan intellectual-in-residence Badawi, dilantik ahli jemaah menteri sekali gus kalau dia tidak mengulangi ‘mistakes and arrogancenya’ 2003-2008 dia adalah antara bakal perdana menteri!

Saya tidak hairan atau terkejut kalau itu berlaku (jadi PM) melihat begitu daifnya bakat dalam Umno sekarang. Keadaan melarat ini kekal kalau politik tradisi Umno berterusan.   Transformasi jujur dan serius tidak dapat dilaksanakan.

Ramal Speaking, “If Khairy, in good time, satisfies expectations he will do well.” Siapa ‘muka baru’ Umno dalam Parlimen ke-13 khususnya anggota jemaah menteri, yakni mereka yang berwibawa dan berpotensi selain daripada Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamalauddin dan satu dua kerat lagi? PKR- Rafizi Ramli, Pas – Nik Abduh, DAP – Zairil Khir Johari dan ramai lagi Cina! Umno adalah parti terbesar dan tertua sepatutnya mempunyai 15 – 30 MP muda yang berbakat dan berpotensi. 

Dari pengetahuan juga perhatian – seorang MP yang nampaknya berpotensi kalah kerana mengikut orang Umno dalam kawasan itu sendiri dia ini petah bercakap tetapi tidak seorang constituency MP yang rajin. Kita perlu ada MP yang savvy di seminar, di kaca mata TV dan juga di cocktail dan speech making circuit tetapi mereka janganlah lupa daratan - asal-usul mereka- dan parti mereka tegas seorang politikus senior Umno di negeri tersebut.

Memang diakui ada pemimpin Umno yang sudah lupa asal-usul, kacang lupa kulit walaupun mereka masih menang. “Lihat apa jadi pada Saifuddin Abdullah di Temerloh. Dia ini pandai bercakap ke sana sini tetapi tidak bijak menjaga kawasan dan pengundi” bisik seorang senior politican Umno Pahang pada saya.

Tambahnya lagi, “saya tidak hairan undi rosak begitu banyak di Temerloh walaupun sebuah daerah yang kesedaran politiknya di zaman penjajah lagi pun tinggi. Masakan pengundi di Temerloh selepas 58 tahun tidak pandai memangkah?.

Bersabdalah pula seorang pemimpin Pas Kelantan kepada saya: 'Husam patut cerminkan dirinya terdahulu sebelum membuat kritikan pada rakan seperjuangan yang lebih senior. Padan muka! Itulah akibat berlagak bagai dia sahaja yang bestari!’ "Keras cakapnya tetapi begitu juga komen Husam"

Kita memerlukan 'orang baru' juga 'orang lama' sebagai calon dan menteri.  Kenapa Presiden Umno juga Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak menang lebih selesa, lebih comfortable lagi terang seorang pegawai tinggi di Putrajaya kepada saya.

“Why?” “The PM has one or two good young advisors with no experience and many old ones with experience but no talent!”

Seperti biasa pegawai itu suka berbicara dalam bahasa Inggeris dan bahasa Inggerisnya baik. Lebih kurang apa yang diperkatakannya kepada saya: “Najib ada seorang dua pegawai muda yang berbakat tetapi tidak berpengalaman. Ramai pegawai lama yang sudah penat makan garam tanpa kaliber, kepandaian!” 

Kesimpulannya: sukar membawa transformasi sebenar, jujur, berkesan, selerak dan merata baik dalam kerajaan atau Umno. Maka Perdana Menteri tidak perlu ramai musuh lagi dengan wujudnya pegawai dan penasihat seperti yang diperkatakan kepada saya oleh  seorang pegawai tinggi di Jabatan Perdana Menteri sendiri.

By: TS Abdullah Ahmad.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik