Wednesday, June 5, 2013

PADANG MERBOK LOKASI HIMPUNAN 505 KUALA LUMPUR.

padang-merbok513

By: Noor Hasilah Ismail.

Kata orang belum sebut lagi sudah boleh agak...bukan Stadium Merdeka dan bukan juga Stadium Bukit Jalil.Rupanya PADANG MERBOK yang terletak tidak jauh dari Dataran Merdeka di pusat bandar Kuala Lumpur.

Itulah lokasi yang dipilih oleh penganjur Himpunan 505  untuk buat himpunan pada jam 2 petang 15 Jun ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR pagi Rabu.

Bayangkan lokasinya di tengah pusat bandar Kuala Lumpur.Satu himpunan besar sudah pasti akan mengakibatkan kesesakan teruk dan berbagai kesulitan lain.

Penganjur bukan tidak tahu masalah ini semua...tetapi nawaitu untuk ' tunjuk power' dan mau bikin heboh  jelas terserlah.

Ada pemerhati yang menilai pemilihan lokasi itu nyata satu strategi untuk cetus kontroversi tentang lokasi himpunan dengan pihak berkuasa.

Ini semua taktik biasa bagi mengapi-apikan penyokong pembangkang turun seramai mungkin bila perhimpunan diadakan nanti.

Ewah...konon kali ini nak tunjuk mereka ikut peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012,Rafizi kata mereka akan hantar notis hari ini yakni 10 hari sebelum perhimpunan kepada pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Tujuan himpunan itu,katanya ialah menuntut tiga perkara yakni perletakan jawatan semua ahli Suruhanjaya Pilihanraya ((SPR),adakan pilihanraya semula di 30 kawasan yang didakwa berlaku penipuan dan hentikan sebarang usaha untuk pinda undang-undang pilihanraya dan persempadanan semula oleh SPR.

Mengarut ke tak mengarut...part-parti dalam pakatan belum pun kemukakan apa-apa petisyen sudah senang-senang nak tuntut pilihanraya semula di 30 kawasan.

Undang-undang ' antah berantah' mana yang mereka pakai.Apa bukti berlaku penipuan.Mahkamah mana yang sudah putuskan benar berlaku penipuan?

Begitu juga dengan kedudukan ahli SPR.Apa bukti mereka tidak laksanakan tugas dengan betul?

Lebih teruk lagi himpunan yang dirancang itu jelas melanggar titah Yang Dipertuan Agong semasa hari keputeraan Seri Paduka Sabtu lalu yang minta semua pihak terima keputusan yang sudah dibuat menerusi peti undi pada PRU13.

Seri Paduka mahu agar apa jua permasalahan diselesaikan ikut saluran perundangan yang ada.

Namun...nampaknya pembangkang ambil sikap peduli apa.

Gara-gara terlalu meroyan dan geram kalah dalam PRU13...mereka fikir boleh langgar apa jua undang-undang yang ada.

Melihat pada perkembangan ini sudah boleh jangka segala macam 'sarkas' akan muncul menjelang hari perhimpunan itu...tak kira dimana lokasinya nanti.-5/6/2013- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL.




Himpunan 15 Jun di KL: Nak buat boleh...tapi

Kementerian Dalam Negeri tidak mempunyai halangan jika Pakatan Rakyat nak anjur himpunan di Kuala Lumpuir pada 15 Jun asalkan ia patuhi semua peraturan yang ditetapkan dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menterinya Datuk Seri Zahid Hamidi kata pihak polis akan benarkan himpunan berkenaan jika mereka penuhi peraturan berkenaan.

Beliau menyatakan demikian semasa menjawab soalan mengenainya semasa sidang media selepas melawat Klinik Cure & Care Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kuala Lumpur,Selasa.-4/6/2013





Himpunan Blackout di KL...lokasi sudah pasti jadi kontroversi...


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi umum Pakatan Rakyat akan mengadakan himpunan Blackout di Kuala Lumpur bermula petang Sabtu 15 Jun.

Namun pihaknya tidak beritahu lagi dimanakah lokasi penganjuran himpunan membantah keputusan PRU13 itu tersebut akan dibuat.

Jika jika zoom lokasi kegemaran Anwar sudah pasti Dataran Merdeka, namun Agendadaily difahamkan Dataran Merdeka ditutup untuk kerja-kerja baik pulih sehingga April tahun depan.

Itu lokasi terbuka, yang boleh gerenti, pihak berkuasa susah hendak 'lepas'.

Untuk lokasi tertutup, di KL, boleh jangka pembangkang dok target Stadium Merdeka.

Mungkin pembangkang nak ulang semula hu ha Bersih 2.0 dan 3.0 yang heboh pasal lokasi.

Dari jalanraya, ke dataran hingga ke stadium.

Nampak gayanya, di Malaysia ini, pembangkang tak ada kerja lain selain dari demo dan demo.

Menurut Anwar, pihaknya juga akan mengadakan rundingan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi tujuan berkenaan.

“Kita juga telah memutuskan untuk menyokong inisiatif mengadakan himpunan aman di Kuala Lumpur pada petang 15 Jun akan datang.

“Pihak jawatankuasa sekretariat dan wakil-wakil NGO akan meneliti semua aspek dan akan berunding dengan Ketua Polis Negara dan pihak keselamatan supaya perjalanannya itu terjamin aman dan terkawal,” kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR petang Isnin.

Untuk rekod, siri himpunan itu yang diadakan di sebuah padang berhampiran Amcorp Mall akhir bulan lalu menyaksikan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 berlaku.

Antaranya termasuklah para peserta yang turut membawa anak kecil menyertai himpunan itu.

Himpunan itu juga tidak menerima sambutan termasuk dari kalangan parti komponen PR sendiri.

Selain itu, ini percubaan terbaru pembangkang menunjukkan rasa tidak hormat terhadap titah Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum ini, Agong dalam ucapan khas sempena Hari Keputeraannya baru-baru ini melahirkan rasa sukacita kerana proses pilihan raya umum lepas berjalan dengan tertib dan harmonis bagaimanapun turut mengulangi gesaannya agar semua pihak menerima keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu melalui peti undi yang selaras dengan prinsip keluhuran dan kedaulatan undang-undang.

“Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, sepertimana diperuntukan Perlembagaan dan undang-undang negara.

“Beta tidak mahu mana-mana pihak mengambil sebarang tindakan yang lampau undang-undang, mahupun lampau Perlembagaan,” titah baginda.3/6/2013

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik