Saturday, June 15, 2013

PETRONAS "DURI DALAM DAGING".


Syarikat Petroleum Nasional (PETRONAS) telah menukar logo korporatnya buat kali ketiga sepanjang kewujudan entiti berkenaan. Secara tidak langsung turut memberi isyarat bahawa PETRONAS sekarang ini mulai menuju atau melangkau ke suatu halatuju baru untuk meningkatkan lagi keuntungan dan keberkesanan operasinya sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara.

Sudah acapkali beberapa tindakan pelik PETRONAS yang seharusnya menjadi mekanisme atau modal terpenting kerajaan untuk membantu Melayu-Bumiputera meningkatkan ekuiti dan menjadi pemain utama ekonomi negara, dikritik dan tidak dipersetujui. Alasan yang kerap diberikan oleh pihak tertentu dalam PETRONAS berhubung keengganan mereka membuka ruang yang lebih besar kepada syarikat Melayu-Bumiputera ialah syarikat-syarikat berkenaan tidak berorientasikan pengalaman.

Justeru PETRONAS lebih berminat dengan syarikat-syarikat milik bukan Melayu dan antarabangsa untuk melancarkan operasinya walaupun sebahagian besar syarikat yang mendapat tender dan kontrak PETRONAS juga sebenarnya syarikat yang asalnya tidak berpengalaman.

Memang benar PETRONAS merupakan antara penyumbang pendapatan terbesar negara menerusi cukai korporat dan sebagainya tetapi pada masayang sama juga, PETRONAS juga harus memainkan peranan untuk membantu Melayu-Bumiputera secara keseluruhannya menerusi kaedah lain termasuklah latihan industri tanpa memperlihatkan dasar liberal yang diamalkannya selama ini.

Menukar logo korporat semata-mata tidak akan memberi sebarang makna kepada rakyat Malaysia khususnya Melayu-Bumiputera yang telah menyokong kerajaan sedia ada sekaligus menutup peluang PETRONAS daripada kehilangan monopoli terhadap pasaran petroleum dan gas dalam negara. Pilihanraya umum sebenarnya adalah penentu kepada hidup dan mati PETRONAS walaupun sebahagian besar warga PETRONAS terutama yang menjadi penyokong Pakatan Rakyat menganggap ianya tidak mungkin akan berlaku.

Perhatikan sahajalah manifesto dan penyelesaian mudah Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim khususnya. Sebarang kos akan dipindahkan kepada PETRONAS dan PETRONAS menjadi tabung gajah yang akan dipecahkan untuk mengeluarkan segala wang yang ada dalam akaun syarikat bagi membiayai semua dasar kerajaan sekiranya Pakatan Rakyat diberikan kemenangan pada PRU lalu.

Dan semua orang tahu sekiranya itu yang berlaku, PETRONAS akhirnya akan dijual kepada syarikat asing sebagaimana rancangan Anwar Ibrahim pada tahun 1997 dengan bantuan George Soros serta manipulator pasaran andil. Pengeluaran pelbagai jenis sukuk tidak akan membantu PETRONAS lagi terutama apabila struktur PETRONAS berjaya dihancurkan dari dalam. PETRONAS akhirnya akan menjadi satu lagi syarikat petroleum yang gagal meneruskan persaingan semata-mata kerana KEDEKUTnya mereka untuk membantu golongan yang telah menyokong mereka selama ini, MELAYU-BUMIPUTERA.

Justeru mahu tidak mahu pengurusan tertinggi PETRONAS yang sangat sombong dan angkuh serta dengan idealistiknya pemikiran mereka, harus sedar bahawa tanpa MELAYU-BUMIPUTERA, hari ini PETRONAS tidak boleh berlagak seolah-olah merekalah poket kerajaan yang tidak boleh disentuh. Pengurusan dan pentadbiran PETRONAS yang beranggapan mereka terlalu kebal kerana kerajaan sangat bergantung sumber kewangan daripada mereka, seharusnya tahu, kejatuhan Barisan Nasional pada PRU lalu, akan membuatkan ramai kakitangan dan pegawai-pegawainya menganggur.

Bukan rahsia lagi bagaimana semua peringkat pengurusan dan pentadbiran PETRONAS telah diresapi oleh pemikiran serta sokongan kepada Anwar Ibrahim. Mereka ini menjadi duri dalam daging. Bahkan ada pula musuh tersembunyi yang dimasukkan ke dalam PETRONAS, menduduki jawatan utama dan kemudian bertindak secara biadap meminggirkan kepentingan Melayu-Bumiputera sebagaimana yang dilakukan dlaam beberapa kes yang telah didedahkan oleh media sosial termasuklah oleh portal pro pembangkang.

Zaman di mana segala-galanya boleh dibohong dengan pelbagai alasan sebenarnya sudah lama berlalu. Zaman sekarang adalah zaman bermaklumat. Ini adalah zaman di mana sebarang tindak tanduk yang mencurigakan serta menyumbang kepada penyelewengan, tak kiralah sama ada penyelewengan membabitkan kewangan mahupun kepercayaan, pasti akan mengundang perhatian yang amat besar apatah
lagi dalam entiti seperti PETRONAS terdapat pula manusia seperti Omar Ong yang dikaitkan dengan AES yang juga merupakan satu lagi projek membunuh kerajaan sedia ada.

Tiada gunanya PETRONAS menukar logo dengan seribu macam tafsiran tetapi pada masa yang sama terus-terusan menjadi pemandangan yang menyakitkan hati. Jangan pula ihak pengurusan PETRONAS fikir dengan penukarn logo, mereka dapat menyembunyikan barah yang sedang berakar dalam entiti tersebut secara mudah. 
By: Nur Eisha Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik