Wednesday, June 5, 2013

RED BEAN ARMY TERTANGKAP, DAP ENGGAN BANTU.


By: Nur Eisha Fatihah.

Setelah beberapa orang ‘tentera’ Red Bean Army DAP dikenalpasti dan siasatan mula dijalankan, pasukan tersebut kini berada dalam keadaan terpinga-pinga dan tercari-cari arah untuk melepaskan diri.  Ada yang berlagak berani dan mencabar kerajaan untuk menangkapnya, tetapi lebih ramai yang kecut perut dan mula mencari helah untuk menafikan terlibat kononnya akaun laman sosial digodam dan macam-macam lagi.  

Biarpun pasukan Red Bean tersebut sebelum ini dilihat sebagai bergerak secara bersepadu, tetapi sikap sebenar seseorang manusia itu hanya akan terserlah apabila diancam. Ancaman pula bukan sahaja terhadap masa depan iaitu ditangkap dan dipenjarakan tetapi ancaman yang lebih besar ialah dari pihak DAP sendiri.  

Apakah Red Bean Army benar-benar percaya yang DAP akan mampu menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada mereka berbanding Barisan Nasional? Bukankah kemewahan dan kebebasan sudah pun mereka miliki di bawah BN?  

Jika pengorbanan ini sekadar untuk kedaulatan Bahasa Mandarin atau mewujudkan lebih banyak tokong Cina dan pusat hiburan, apakah ia berbaloi untuk memusnahkan masa depan sendiri? Lagipun, DAP bukannya memperjuangkan agama Buddha, mereka hanya memperjuangkan agama Kristian.  

Red Bean Army pula dilatih untuk menyebar kebencian dengan menghapuskan terus nilai-nilai murni dalam masyarakat.  Maki hamun, memfitnah, memalukan dan menghina sasaran mereka semahu-mahunya adalah modus operandi utama mereka.  Pendek kata, nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan telah dipersetankan terus.  

Lim Kit Siang pula telah menafikan mentah-mentah akan kewujudan Red Bean Army dan kononnya beliau tidak tahu menahu mengenainya. Red Bean Army kini dibiarkan membela diri sendiri, kecuali, mungkin segelintir yang ‘dekat’ dengan pemimpin DAP yang akan dihulurkan sedikit bantuan untuk lari.  

Justeru, jika Red Bean Army mempunyai sedikit ‘kecerdikan’ mereka akan menyedari bahawa mereka kini benar-benar terperangkap.  Bekerjasama dengan pihak berkuasa pun salah, tidak bekerjasama pun salah.   Ditelan mati diri, diluah pun mati juga.  

Pesan kita kepada produk SJKC ini, jika ingin berkorban, biarlah untuk tujuan yang murni, seperti menyatupadukan masyarakat dan keamanan negara bukannya untuk memecabelah dan meruntuhkan negara atas nama rasisme.  

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik