Thursday, June 20, 2013

TAKDIR TUHAN TIADA KAITAN DENGAN KEPUTUSAN PUR13 - DAP.

AHLI Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dari DAP semalam membidas Datuk Ahmad Dahalan kerana kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud tersebut yang menyifatkan keputusan pilihanraya umum itu sebagi takdir tuhan.

Kata Nie Ching, ‘penipuan’ yang berlaku dalam pilihanraya umum yang lepas bukan tindakan tuhan tapi manusia. Nak ingatkan semula, yang bercakap ni ialah orang sama menang kerusi parlimen Serdang dengan majoriti besar.  Kalau ada tipu, macam mana pulak dia boleh menang besar?

Tapi penulis tak minat nak ulas tentang itu sebab semua orang masih tak nampak bukti penipuan yang di dakwa berlaku itu. Kalau ulas sekalipun, bukannya boleh jawab.  Yang penting, dalam 34 petisyen pilihanraya yang difailkan pembangkang, satu pun tak sebut pasal penipuan dalam pilihanraya seperti penggunaan pengundi hantu dan sebagainya.

Hakikatnya, Ahmad Dahalan adalah orang kedua yang menyebutkan perkara sama, orang pertama ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang yang terlebih dahulu mengajak semua pihak agar menerima keputusan pilihanraya umum yang lepas kerana itu adalah ketentuan Allah swt.

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta  semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan  kesabaran.

Beliau berkata, “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih  kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

“Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

“Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba,” katanya sebagaimana yang  disampaikan melalui Facebooknya. – Hrkh.

Penggunaan ayat berbeza, tapi dari satu sudut ia adalah sama maksudnya.

Kenapa si harbi ini sanggah Ahmad Dahlan tapi tak sanggah Hadi Awang, itu bukan susah sangat nak dirungkaikan. Sejak kawan dengan PAS, DAP pun dah jadi assobiyah juga – protect sekutu tidak kira apa dan serang musuh walaupun cakap benda sama dengan sekutu tadi.

Baiklah, dari satu sudut, adalah tidak salah untuk si.kafir harbi macam Nie Ching ini mengeluarkan kenyataan seperti itu. Silap-silap dia mungkin tidak percaya tuhan pun.

Tapi, bagi orang Islam, apa yang dikatakan Ahmad Dahalan itu memang benar dari konteks orang Islam yang beriman. Untuk pengetahuan Nie Ching, it was called Qada & Qadar (faith & predestination) - one of the key component in Islam.

Justeru, bila Nie Ching menyanggah Ahmad Dahalan, ia bukan isu kecil, ia isu besar. Ia seolah-olah mengatakan ajaran Islam yang diketengahkan  oleh Ahmad Dahalan sebagai salah.  Siapa beri hak kepada Nie Ching untuk masuk campur dalam hal ehwal orang Islam, jauh lagi nak mengatakan kenyataan Ahmad Dahalan itu salah?

Sudah tentu dalam hal ini (berkaitan dengan agama), kita suka nak mendengar apa ulasan PAS?  Adakah PAS juga bersetuju kekalahan pembangkang dalam pilihanraya umum lepas bukan ketentuan Tuhan?  Soal ada tipu ke tidak, itu buktikan dulu, tapi adakah nak mengatakan itu bukan ketentuan Tuhan? AD

By: Nur Eisha Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik