Sunday, June 2, 2013

UMNO PARTI TERKUAT, TAMBAH 30 o/o KERUSI PARLIMENT.

pm-mt1xxccBy: Roslan Bian.

UMNO bukan sahaja muncul parti terkuat pada PRU 13 dengan memenangi 88 kerusi Parlimen yang hampir menyamai  89 kerusi milik pembangkang yang ada tiga parti PAS-PKR-DAP tetapi peratusan undi diperolehinya juga meningkat.

Menurut Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun sukar menentukan secara tepat sebab ada kawasan bercampur-campur, namun berdasar kajian, 30 peratusan peningkatan undi diberikan kepada UMNO berbanding PRU 12.

Katanya, berdasarkan itu  mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang pertama selepas PRU 13 petang Jumaat membuat kesimpulan UMNO muncul parti terkuat dalam pilihanraya tersebut.

“Prestasi UMNO bertambah dibandingkan sebelum ini. Bilangan kerusi dari 79 (PRU 12) kepada 88 berbanding pembangkang (dapat) 89 kerusi.

Ini bermakna UMNO sebagai parti tunggal menyamai pembangkang yang diwakili tiga parti,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Ibu Pejabat UMNO, PWTC.

Pembangkang diwakili  DAP memperolehi 38 kerusi parlimen manakala PKR (30) dan PAS hanya 21 kerusi sahaja menjadikan jumlahnya 89 manakala keseluruhan kerusi dimenangi Barisan Nasional (BN) adalah 133.

Perdana Menteri berkata, ini juga mengambil kira kejayaan menang semula di Perak dan Kedah.

pm-mt4ccxx

Sehubungan itu, UMNO akan memantapkan parti dengan menerima cadangan Jawatankuasa Pengurusan yang diketuai timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengkaji semula pentadbiran di ibu pejabat parti.

Beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa termasuk penyelidikan,latihan, media sosial dan penerangan akan diutamakan supaya mesej UMNO dan arahan-arahan MT dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Najib turut mengumumkan pemilihan pucuk pimpinan dan Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan tahun ini dengan menggunakan perlembagaan baharu yang lebih kompleks dan mencabar.

Untuk tujuan itu, MT memutuskan ujud pasukan turun padang diketuai Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, Setiuasaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan beberapa pemimpin lain ke setiap negeri menjelaskan kaedah dan proses pemilihan ikut perlembagaan baharu.

“Oleh itu, mesyuarat cawangan hanya bermula selepas proses penerangan selesai dan tarikh paling awal bermula 15 Julai hingga 31 Ogos. Tarikh mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung akan diumukan selepas dapat maklum balas pasukan yang turun padang terutama aspek logistik kerana pertama kali pemilihan babitkan jumlah yang besar,” katanya.

Ini juga termasuk mementukan kaedah pemilihan sama ada undian menggunakan dakwat kekal, angkat tangan dan sebagainya.

Ditanya sama ada beliau bersedia kedudukannya sebagai  Presiden dicabar, Najib menegaskan,”  "Anda semua tahu Umno adalah parti yang demokratik..jadi saya tidak tahu. Kita perlu terima UMNO adalah parti yang terbuka - tidak seperti parti-parti lain,".

pm-mt2xxcc

Mesyuarat juga kata Najib, membincangkan 99 kes sabotaj berlaku sepanjang PRU 13 dan ambil maklum kes 192 ahli UMNO yang bertanding calon Bebas dan pembangkang yang dipecat berdasarkan keputusan dan dasar parti.

Mengenai cadangan menjadikan BN parti tunggal, UMNO menyerahkan perbincangan peringkat makmal bertujuan ambil tinjau pendapat ahli-ahli bagi menentukan hala tuju terbaik parti.

“Kita serah pada peringkat makmal dahulu. Kita faham UMNO parti begitu dekat di hati dan disayangi ahli-ahli. Sebarang perubahan perlu dihalusi supaya tidak timbul ketidakpenerimaan ahli-ahli yang setia pada parti,” katanya.

Dalam pada itu katanya, BN akan memfail lebih 50 petisyen berhubung pilihanraya baru-baru ini.

Ini termasuk 37 petisyen babitkan kawasan pembangkang letak calon yang samar-samar sama ada mematuhi peraturan atau tidak.

Pembangkang pula baru-baru ini mengumumkan akan memfailkan 27 petisyen.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik