Sunday, January 20, 2013

MENGHAPUS DOSA DI SUNGAI GANGGA.


ISNIN lalu, jutaan penganut Hindu berkumpul di sepanjang Sungai Gangga di India yang dipercayai sungai suci bagi penganut agama itu untuk menebuskan segala kesilapan yang pernah dilakukan selama ini.

Ketika menyambut festival yang dipanggil Kumbh Mela itu, ada kalangan mereka yang bertelanjang bulat serta melumurkan badan mereka dengan abu dan ada juga yang berpakaian seperti biasa.

Bagi mereka merendamkan diri di Sungai Gangga yang terletak di utara Bandar Allahabad di negara itu merupakan proses membersih diri daripada segala dosa.

Penganjur festival tersebut, Mani Prasad Mishra berkata, hampir tiga juta penganut Hindu telah mandi di sungai tersebut pada hari pertama festival itu dan 11 juta lagi dijangka memasuki sungai itu sehingga berakhir festival pada 10 Mac ini.

Katanya, lebih 110 juta dijangka mandi di Sangam, satu kawasan yang menghubungkan tiga sungai iaitu Sungai Gangga, Sungai Yamuna dan Sungai Saraswati yang dipercayai bersambung di Allahabad yang terletak di utara negara ini.

Mereka percaya mandi di Sungai Gangga bukan sahaja mampu membasuh dosa-dosa silam tetapi juga memberi kerahmatan dalam kehidupan.

Dalam ritual tersebut, upacara mandi akan dimulakan dengan orang kuat' penganut Hindu memasuki sungai tersebut terlebih dahulu.

Ketuanya kemudian melemparkan bunga ke arah penganut lain sambil melaungkan 'har har Gangga.

Dalam perhimpunan penganut Hindu terbesar di dunia itu, kira-kira 50,000 anggota tentera dikerahkan untuk mengawal keselamatan penganut yang berkumpul di sungai tersebut.

Menurut mitos Hindu, perayaan Kumbh Mela disambut sebagai meraikan kejayaan dewa yang berlawan dengan roh jahat untuk mendapatkan semangkuk madu.

Mereka percaya satu daripada dewa mereka melarikan diri ke langit, sebelum madu tersebut tertumpah di empat bandar iaitu di Allahabad, Nasik, Ujjain dan Haridwar.

Penganut Hindu percaya dosa-dosa silam akan gugur sekiranya mereka menyucikan diri di sungai tersebut.

Keadaan itu memberikan semangat kepada mereka untuk 'berkampung' di sungai tersebut demi mendapat kerahmatan.

Malah ada dalam kalangan mereka yang sanggup mendirikan khemah di persekitaran sungai tersebut, semata-mata untuk mengambl peluang membersihkan' dosa-dosa mereka.


By: Zuhayati Yazid.

Friday, January 18, 2013

ANALISA TERBAHARU - BARISAN NASIONAL TETAP KEKAL...



Penganalisis politik yakin Barisan Nasional akan mengekalkan kuasa di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum 13 tetapi dengan sokongan dilihat akan menurun. Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, kemungkinan itu turut bergantung kepada bagaimana BN boleh menang di kawasan2 yang mencatatkan kemenangan dan kekalahan tipis pada PRU lalu dan di kawasan campuran. "Barangkali kepada pembangkang pula, mereka tidak sekadar melihat kepada pilihan raya 13. Saya percaya mereka melihat melangkaui ke Pilihan Raya 14. Mungkinkah perubahan hanya akan dapat dilihat selepas PRU13?". 

Menurut Siva, 17 kerusi yang dimenangi oleh kedua2 parti di bawah majoriti 1,000 akan menjadi kayu pengukur kepada perubahan. Kerusi2 itu termasuk seperti Padang Terap, Sik, Lumut, Bakri, Sandakan, Sarikei, Limbang, Wangsa Maju, Kota Kinabalu."Ini adalah antara kerusi yang akan dikatakan sebagai indikator turun naik majoriti dalam pilihan raya umum akan datang, tidak termasuk 63 kawasan campuran. "Walaupun (Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara) Dr Shamsul Amri memberikan angka yang berlainan, bagi saya, wujud 63 kawasan campur di mana kawasan itu mungkin menjadi penentu kepada kejayaan atau keterhakisan sokongan," katanya. Bukan  mudah untuk mengukur pola pengundian bagi pilihan raya kali ini.

"Sebelum 2008 mudah untuk mengatakan bahawa ada yang menyokong parti, ada yang menyokong isu, ada yang menyokong calon," jelas beliau. Pilihan raya lalu merupakan sejarah paling pahit buat BN yang gagal mempertahankan majoriti dua pertiga. Ia pencapaian terburuk  BN setelah lebih 50 tahun menerajui tampuk pemerintahan negara. Meskipun kebangkitan rakyat begitu memuncak pada pilihan raya umum yang lalu dengan sokongan rakyat memihak kepada pembangkang, keadaan itu bagaimanapun sukar diramal untuk kali ini.
"Dalam konteks selepas 2008, kelompok pengundi atas pagar bertambah besar. Mereka tidak percaya kepada sifat kepartian. Ada juga yang tidak percaya kepada calon. Isu telah menyumbang kepada keterhapusan sokongan pada 2008. "Pengundi atas pagar ini akan memainkan peranan yang cukup besar dalam pilihan raya akan datang," ujar Siva.

Tambahnya, pengundi atas pagar ini unik, apabila mereka bukan menilai menerusi calon atau parti sebaliknya berdasarkan interpretasi mereka sendiri. "Apakah mereka cintakan revolusi atau transformasi, apakah mereka mahu melihat demi Rakyat atau Janji Ditepati... pelbagai faktor akan menyumbang kepada PRU13. Bukan satu-satunya faktor. "Saya percaya kedua-dua parti, baik Barisan Nasional atau pakatan pembangkang, ada kekuatan ada kelemahan, apabila kita lihat hari ini masing-masing sudah memiliki tiga 'M'. Money, Machinery, Media," tambah beliau lagi - Sinar Harian

Monday, January 14, 2013

DOKUMENTARI PENTING YANG PERLU KITA LIHAT TENTANG DAKWAH KRISTIAN!!!

by 
Mari lah kita tengok dan rasai apa yang telah melanda jiran kita, Indonesia mengenai kegiatan mengkristiankan umat Islam di sana melalui sebuah filem dokumentari pendek Bertajuk Save Maryam.



Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan bala petaka ini dari menimpa diriku dan keluargaku, juga seluruh Ummat Islam di Malaysia ini. Sesungguhnya aku bersyukur menerima nikmat terbesar mu iaitu nikmat Islam. Ko hancurkan lah perancangan dan niat jahat orang-orang kafir musyikin ini Ya Allah. Amin.

JALANRAYA PULA SASARAN PENGEMIS

By: Tepakbersulam2.

Suasana sebegini kini sudah hampir menjadi semacam lumrah dan aku naik rimas dengan mereka yang  mengotorkan negara ini untuk hidup mewah dengan cara mudah. Kalau aku menghindarkan diri ku lagi melancong ke  Medan kerana lemas dengan pengemis yang macam langau , pasti aku  sukar untuk menerima mereka yang mengemis di negara aku ini. 

Bukan aku benci pada mereka yang mengemis ini , tetapi menyusahkan kita kembali. Mnedesak dan memaksa. Jika kita minum di  Sri Harta Mas atau Ampang Point . Belum habis roti canai sekepin kita akan di datangi oleh5 orang pengemis. Semuanya pendatang asing. Mengemis jadi pekerjaan kepada mereka dan mereka lebih kaya dari kita.

Ada juga yang mengaku dari Gaza , bila kita bagi RM10 kononnya derma untuk Gaza, mereka kata jumlah minima RM50 untuk membeli Al Quran. Entahlah benar atau tidak , hanya Allah mengetahuinya.

Ini adalah suasana di simpang antara Karak Hi Way mahu ke  Batu Caves dan Green Wood. Hari hari mak cik warga asing ini mengemis dengan menjual pen. Ada tiga orang yang berganti ganti mengambil tempat ini, Dua lelaki tua dan mak cik ini.

Harap pihak kebajikan masyarakat boleh melakukan sesuatau sebelum negara kita ini penuh dengan mereka mereka ini yang  boleh menggangu ketenangan kita.

Saturday, January 5, 2013

INDON TUDUH POLIS ZALIM DAN KEJAM TERHADAP PENDATANG

Menteri Transmigrasi dan Tenaga Kerja Indonesia, Muhaimin Iskandar, mengatakan bahawa 95 orang tenaga kerja Indonesia (TKI) yang ditangkap Polisi Diraja Malaysia saat ini disekap dan diberikan makan kertas.

”Mereka ditangkap karena masuk Malaysia secara ilegal,” kata Muhaimin di sela-sela membuka kegiatan peningkatan dan perlindungan TKI di Kupang, Jumat, 7 Desember 2012.

Menurut Muhaimin, ke 95 TKI tersebut merupakan bagian dari 105 orang tenaga kerja ilegal yang ditangkap polisi Malaysia. Mereka ditangkap di Bandar Baru Klang, Selangor, Minggu, 2 Desember 2012.

Para TKI tersebut berasal dari Jawa tiga orang, 91 asal NTT, serta seorang agen dari Indonesia. Mereka secara bertahap diseberangkan ke Malaysia melalui Batam pada 26 hingga 28 November 2012.

Adapun 10 orang lainnya adalah tenaga kerja ilegal dari Filipina, yakni 6 orang, dan Kamboja sebanyak 4 orang.

Pada saat ditangkap, mereka tidak memiliki dokumen lengkap. Mereka masuk ke Malaysia

hanya menggunakan paspor. Bahkan, di antara TKI ada yang masih di bawah umur. Sebanyak 16 orang berusia 17 tahun, empat orang baru berumur 16 tahun, empat orang berusia 15 tahun, dan seorang baru berumur 14 tahun.

Muhaimin masih mengecek kebenaran keterlibatan Perusahaan Pengerah Tenaga Kerja Indonesia Swasta (PPTKIS) yang juga turut ditangkap di Malaysia. "Kami akan tindak tegas jika benar ada anggota PPTKIS yang terlibat,” ujarnya.

Muhaimin menyesalkan tindakan aparat Kepolisian Malaysia yang melakukan tindakan yang tidak manusiawi terhadap TKI tersebut. Masalah tersebut akan menjadi bagian dari agenda pembicaraan dengan pemerintah Malaysia saat berkunjung ke Negeri Jiran itu bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dalam waktu dekat.

Sumber:  Judge MPP.

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik