Friday, May 29, 2015

PEMUDA PAS BERPECAH DUA ALIRAN......

Terdapat dua kem yang bertanding dalam Dewan Pemuda PAS Pusat untuk sesi 2015/2017 dedah kumpulan Suhaizan Kayat.

Perkara itu didedahkan oleh calon Exco Pemuda PAS Pusat, Mohammad Faiz Fadzil yang berkata dua kem itu membawa dua aliran berbeza. 

Faiz yang juga anak kepada bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Noor berkata, dua aliran itu adalah pertama, aliran yang mahu meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR) dan kedua, aliran yang mahu memutuskan hubungan dengan PR.


“Pilih pemimpin yang mempunyai visi untuk meneruskan kerjasama dengan PR atau pemimpin yang mahu meninggalkan PR. Itu realiti dan tak dapat kita nak elak atau sembunyi lagi.

“(Apa yang berlaku) ini bukan dibuat-buat tetapi ia berdasarkan (beberapa siri) kenyataan yang diberikan oleh pemimpin kita. 

“Ada kenyataan yang pertahan PR dan ada kenyataan yang beri gambaran jelas bahawa PAS akan meninggalkan PR. Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh dua aliran pimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program bicara ilmiah bertajuk ‘Wacana Hala Tuju Pemuda Pas Malaysia’ anjuran Pemuda Pas Ipoh Timur, kelmarin, lapor Sinar Harian.

Selain Faiz, program itu menampilkan Suhaizan Kaiat, penyandang Ketua Pemuda; Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, calon Timbalan Ketua Pemuda dan Nor Azman Mohamad, calon Naib Ketua Pemuda.

Mengulas lanjut, Faiz menegaskan, kewujudan dua aliran itu bukan pendedahan yang sengaja dibuat-buat, namun ia berdasarkan maklumat dan kenyataan-kenyataan (pemimpin PAS) di dalam media arus perdana serta media-media sosial.

“Ia bukan tuduhan melulu atau liar dan kita tak sebut nama mana-mana pemimpin tetapi rakyat sekarang dapat maklumat secara cepat melalui media sosial,” katanya.



Menurutnya, secara dasar kerjasama dengan PR harus dikekalkan kerana usaha menegakkan daulah Islamiah harus mempunyai kerajaan.

Beliau berkata, dalam membentuk kerajaan, PAS perlu mempunyai rakan sekutu yang kuat.

“Mengambil contoh di Kelantan, bagaimana peraturan atau undang-undang boleh dilaksanakan dan diterima apabila adanya kerajaan. Sekali gus syiar Islam dapat ditegakkan.

“Begitulah juga di peringkat pusat, PAS perlu membentuk gabungan yang kuat bersama DAP dan PKR untuk menentang BN bagi membentuk kerajaan di bawah PR,” katanya.


Ketua Pemuda

1. Suhaizan Kaiat (penyandang)

2. Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (pro ulama)

Timbalan Ketua Pemuda

1. Muhammad Khalil Abdul Hadi (penyandang/pro ulama)

2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (kem Suhaizan)

Timbalan Ketua Pemuda

1. Muhammad Khalil Abdul Hadi (penyandang/pro ulama)

2. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (kem Suhaizan)

Ahli Jawatankuasa Kerja

*12 Ahli Jawatankuasa yang perlu dipilih

1. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (penyandang/kem Suhaizan)

2. Afnan Hamimi Taib Azamudden (penyandang/pro ulama)

3. Ahmad Fadhli Shaari (penyandang/pro ulama)

4. Fadhli Ghani (penyandang/pro ulama)

5. Hishamudin Abdul Karim (pro ulama)

6. Izwan Abd Halim (pro ulama)

7. Lahirul Latigu (kem Suhaizan)

8. Mohammad Arifiriazul Paijo (kem Suhaizan)

9. Mohd Azam Abd Samat (pro ulama)

10. Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar (kem Suhaizan)

11. Mohd Hafez Sabri (pro ulama)

12. Mohd Hakim Mohd Nor (kem Suhaizan)

13. Mohd Hasbie Muda (kem Suhaizan)

14. Mohd Nasaie Ismail (kem Suhaizan)

15. Mohd Nasir Zakaria (kem Suhaizan)

16. Mohd Sany Hamzan (penyandang/kem Suhaizan)

17. Mohd Zawawi Abu Hassan (penyandang/pro ulama)

18. Muhammad Faiz Fadzil (kem Suhaizan)

19. Muhammad Hafiz Musa (kem Suhaizan)

20. Muhammad Ramlan Mahmood (pro ulama)

21. Muhtar Suhaili (pro ulama)

22. Nor Azariza Alawi (pro ulama)

23. Nurul Islam Mohamed Yusof (penyandang/pro ulama)

24. Ramadhan Elias (kem Suhaizan)

25. Syahir Che Sulaiman (penyandang/pro ulama)

26. Syarhan Humaizi Abdul Halim (pro ulama)

27. Syed Abdul Kadir Al-Joofree (penyandang/pro ulama). 

Dari: AIDC.


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik