Tuesday, June 30, 2015

CHAUVINISME ULTRA KIASU, KITA SEDAR ATAU TIDAK SEDAR?

Sedar atau tidak, sejak akhir-akhir ini, laman web dan akhbar ultra kiasu sengaja mensensasikan isu-isu tertentu yang ada kena-mengena dengan Islam, memburuk imej Islam, seolah-olah menampakkan negara Malaysia mengamalkan dasar ‘taliban’.

Psywar dan psyop ultra kiasu adalah, apa sahaja perkara yang merugikan Islam akan disensasikan, agar orang jauh dari Islam. Strateginya, kepada  orang Islam, meliberalkan mereka. Manakala, kepada bukan Islam, menjauhkan mereka dari Islam, agar mereka tidak mudah tertarik kepada agama Islam dan seterusnya beralih kepada agama lain. 

Misalnya, isu berpakaian tidak sopan (menjolok mata) ketika berurusan dengan pejabat kerajaan. Ini bukan isu baharu. Sudah lama peringatan dan  kenyataan dipaparkan. Mereka sengaja gatal dan mahu menguji kita. Mahu jadikan Malaysia lebih barat dari barat.

Malangnya jabatan kerajaan terbabit, tanpa usul periksa dan takut hilang jawatan, cepat melatah, terus meminta maaf, apabila pengawal keselamatan melaksanakan tangungjawabnya. Adakah peraturan itu salah? Adakah suatu masa nanti, bila ultra kiasu bertelanjang ke pejabat, baru nak bertindak? Tidak ada agama yang membenarkan pakaian menjolok mata.

Ini bukan soal kita suka melihat bahagian atas atau bawah wanita. Saya tidak berminat, nak termuntah. Persoalannya, kenapa suka sangat dedah dan belah? Tidak takut digigit serangga? Kelakar sungguh melihat mereka yang berskirt terlalu pendek, apabila duduk dalam kenderaan awam seperti bas dan LRT, terkulat-kulat mengapit pehanya serta cuba menarik skirtnya agar turun sedikit, supaya tidak nampak anunya. Kenapa tidak biarkan terbuka dan terkangkang, biar orang tengok?

Selalu saya lihat, kalangan mereka suka memakai baju nampak ketiak dan berseluar tersangat pendek, sehingga nampak yang tersurat tersirat. Apa yang nak ditunjukkan? Bila kena raba, marah! Apa semua ini! Nak show off kah?

Inilah perjuangan ultra kiasu, ke arah negara sekular, demokrasi tanpa had dan hak asasi mutlak. Begitu juga soal seks bebas, LGBT dan sebagainya. Apakah umat Islam yang menyokong dan menyertai ultra kiasu tidak sedar bahawa tindakan mereka boleh menjejaskan akidah?

Amat tepatlah sekali kenyataan Presiden Pas bahawa partinya akan hanya bekerjasama  dengan semua orang, kecuali mereka yang chauvinis atau chauvinis ultra kiasu.

Dalam konteks politik dan kenegaraan, chauvinis merujuk kepada seseorang yang sangat yakin partinya sahaja yang betul dan dengan fanatik menyerang sesiapa sahaja yang tidak ‘sebulu’ atau berbeza pandangan dengannya.

Manakala dalam konteks kaum pula, chauvinis bermaksud terlalu cinta dan bangga akan bangsanya sendiri sehingga menganggap bangsanya sahaja yang ada kelas (kasta tertinggi), dengan memandang rendah kepada bangsa lain.

Chauvinisme juga merujuk kepada kesetiaan ekstrim terhadap suatu pihak atau keyakinan tanpa mahu mempertimbangkan pandangan alternatif. Inilah ultra kiasu, semua orang salah, mereka sahaja yang betul. Sekadar makluman, istilah chauvinis diambil dari nama Nicolas Chauvin, seorang perajurit, yang hidup pada zaman Napoleon Bonaparte.

Peliknya, kenapa ultra kiasu Pas yang dikenali sebagai G18 begitu mempertahankan ultra kiasu chauvinis, sehingga tergamak memberi tempoh 100 hari kepada ulama Pas agar menarik balik keputusan yang telah dibuat sebelum ini, iaitu bercerai. Dalam al-Quran pun ada satu surah bernama at-talaq. Dah cuba bersatu, tak boleh juga, maka ketika itu bercerai adalah lebih baik.

Kenapa ultra kiasu Pas tidak nampak semua itu? Dalam kepala mereka hanya mahu jatuhkan Umno dan jadi menteri. Malah, mereka sanggup menubuhkan parti baharu, dan tidak segan silu memberi amaran kepada ulama Pas, supaya cermin diri dan membaca perlembagaan ultra kiasu yang sebenarnya tidak chauvinis.

Nak kenal seseorang itu chauvinis atau tidak, tak cukup sekadar membaca perlembagaan. Tindak-tanduk mereka sudah jelas. Apatah lagi membaca sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dan perjuangan Malaysian Malaysia.

Dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara. Pas tidak rugi melepaskan duri dalam daging ini. Malah pengaruh Pas akan menjadi semakin kuat, meskipun ultra kiasu chauvinis tidak mengundi Pas selepas ini. Pas tidak mengemis simpati kepada musuh Islam.

Cuma, Pas perlu lebih bijak dan berstrategi dalam percaturan ini agar tidak terperangkap, kerana dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku. Kenalilah siapa kawan sebilik, rakan serumah dan di luar rumah, serta musuh di luar rumah.

Rakan serumah dan di luar rumah tidak boleh dibawa ke bilik, kerana tidak mustahil mereka bersekongkol dengan musuh di luar rumah. Mereka ini belum tentu mengundi Pas dalam pilihan raya. Mereka hanya memperalatkan Pas untuk menjatuhkan Umno, bagi memudahkan laluan ke Putrajaya, seterusnya melepaskan ketua mereka dari penjara.

Mulai sekarang, berbincanglah dengan kawan sebilik, apakah jalan terbaik untuk menyelamat negara ini daripada jatuh kepada ultra kiasu chauvinis, yang mahukan mereka yang datang berurusan dengan pejabat kerajaan dalam keadaan bertelanjang.
Oleh: Dr Ridhuan Tee.

Monday, June 29, 2015

MITOS KESAMARATAAN HAK DI SINGAPURA.

Tanggal 9 Ogos merupakan Hari Nasional yang akan disambut setiap tahun di Singapura. Pada tarikh tersebut 47 tahun dahulu, Republik tersebut telah ditendang keluar dari negara kita setelah mereka memainkan sentimen perkauman yang hampir memusnahkan negara kita yang ketika itu hanya berusia 2 tahun. 

Mungkin ramai yang menyalahkan tindakan almarhum Tunku Abdul Rahman, tetapi mungkin ramai juga yang tidak sedar bahawa sejak awal lagi, Tunku keberatan untuk menerima Singapura ke dalam Malaysia disebabkan nisbah komposisi kaum penduduk pulau itu serta sosio-politiknya yang berbeza dengan semenanjung Tanah Melayu.

Salah seorang individu yang paling beriya-iya untuk menyertai Malaysia adalah Lee Kuan Yew yang juga pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura. Tindakan tersebut dibuat bagi menyelamatkan kerjaya politiknya yang ketika itu sedang menghadapi tentangan hebat daripada Barisan Sosialis. 

Walau bagaimanapun, setelah diterima menyertai Malaysia, Lee, yang digambarkan oleh Said Zahari yang telah ditahan ISA selama 17 tahun oleh regim PAP, sebagai mempunyai nafsu dan cita-cita yang besar, cuba menjadi hero masyarakat bukan Melayu di Malaysia, terutamanya kaum Cina, dengan menganjurkan konsep Malaysian Malaysia yang kabur tetapi kelihatan cantik pada luarannya. Lee memainkan polemik kononnya berlaku ketidakadilan dan ketiadaan hak sama rata di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sebelum menyertai Malaysia, Lee sebenarnya sedar akan kewujudan hak istimewa orang Melayu dan beliau tidak pernah mempertikaikannya semasa rundingan pembentukan Malaysia. Malahan dalam kenyataan-kenyataan umum yang dibuat sebelum penyertaan Singapura ke dalam Malaysia, Lee malah menegaskan pendiriannya bahawa Pemerintah PAP Singapura yang dipimpinnya bukan sahaja akan patuh tetapi akan mempertahankan Perlembagaan tersebut. Walau bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku setelah Singapura diterima menyertai Malaysia.

Sepanjang tempoh kekecohan penyatuan Singapura ke dalam Malaysia, Lee telah beberapa kali mencabar kedudukan dan membesar-besarkan soal hak istimewa orang Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Lee mengaitkan masyarakat Melayu tempatan yang sebahagiannya mempunyai hubungan darah dengan kepulauan lain di nusantara yang kini membentuk Indonesia sebagai pendatang yang setaraf dengan kaum-kaum imigran lain. 

Di dalam buku Tunku berjudul ‘Looking Back’, Tunku telah memetik beberapa kenyataan dan ucapan Lee yang jelas anti-Melayu. Antaranya ialah ‘tiada satu pun antara tiga kaum utama –Cina, Melayu dan India, yang berhak menuntut adalah lebih pribumi kepada Malaysia berbanding yang lain, kerana menurutnya, semua nenek moyang mereka datang ke Malaysia tidak lebih daripada 1000 tahun’. 

Ikrar dan janji-janji inilah yang telah dimungkiri oleh Lee yang disifatkan oleh almarhum Tunku sebagai “orang yang tidak boleh dipercayai” dan kemudiannya mengambil keputusan muktamad untuk menyingkirkan Singapura demi menyelamatkan keutuhan Persekutuan Malaysia daripada terjebak ke dalam konflik perkauman.

Selepas Singapura disingkirkan dari Malaysia, peluang kini terbentang luas kepada para pemimpin PAP Singapura untuk membuktikan dan mengimplementasikan dasar ‘Singaporean Singapore’ kepada rakyat mereka berdasarkan falsafah keadilan dan hak sama rata kepada semua terutamanya kepada kaum minoriti sebagaimana yang diperjuangkan semasa mereka masih menyertai Malaysia. Tetapi adakah perkara tersebut benar-benar berlaku? 

Realitinya setelah mendapat kuasa, Pemerintah Singapura telah menjilat kembali ludah mereka dan secara konsisten menindas hak kaum minoriti Melayu yang juga merupakan pribumi asal Pulau Singapura. Beberapa contoh yang dapat dilihat adalah seperti berikut :

1) Ketenteraan : Masyarakat Melayu Singapura selama hampir 20 tahun secara sengaja telah disisihkan daripada menjalani latihan wajib Khidmat Negara yang bertujuan untuk memberikan latihan ketenteraan kepada belia negara tersebut. 

Pada awal tahun 1970-an, apabila angkatan tentera British berundur dari Singapura, ramai bekas pekerja Melayu yang berkhidmat dengan angkatan tentera British sukar untuk diterima bekerja di dalam Angkatan Tentera Singapura (SAF). Bagi orang Melayu yang dibenarkan menyertai SAF, menjadi satu rahsia yang diketahui umum bahawa mereka dinafikan hak daripada menyertai ‘Unit Sensitif’ di dalam SAF walaupun mereka memiliki kelayakan tinggi. 

Malahan Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura pada hari ini, di dalam akhbar Straits Times bertarikh 20 Julai 1987 telah mengesahkan bahawa jawatan tertentu di dalam SAF telah ditutup kepada orang Melayu atas alasan ‘keselamatan negara’ kerana kesetiaan mereka terhadap negara sentiasa diragui oleh Pemerintah Singapura.

2) Kerjaya : Golongan berpendidikan tinggi dan profesional dari etnik minoriti sukar mendapatkan kerja berjawatan tinggi dan kenaikan pangkat walaupun mempunyai kelayakan akademik. Kesukaran yang dihadapi oleh profesional Melayu di Singapura terutamanya ketika mencari kerja di firma Cina tempatan menjadi punca ramai diantara mereka lebih memilih untuk bekerja di dalam syarikat Multinasional Barat. 

Kajian yang dibuat oleh Dr. Lily Zubaidah Ibrahim telah mendedahkan ramai profesional dari kumpulan minoriti mula mempersoalkan dengan serius tentang apa sebenarnya yang diamalkan dalam konsep berbilang kaum dan meritokrasi yang ideal dalam bidang pekerjaan sebagaimana yang diwar-warkan oleh Pemerintah Singapura.

3) Pendidikan : Sebagaimana kuota penduduk etnik di kawasan perumahan, pelajar Melayu di setiap sekolah sejak tahun 1988 dicadangkan supaya tidak melebihi 25% daripada bilangan pelajar kaum lain bertujuan untuk mengurangkan bilangan pelajar Melayu di sekolah tertentu atas alasan menghina iaitu untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar dan sekolah walaupun tida kajian ilmiah yang terperinci dibuat untuk mewajarkan pelaksanaan dasar kuota tersebut.

4) Politik : Walaupun hampir 14% penduduk Singapura terdiri daripada masyarakat Melayu dan merupakan kaum kedua terbesar, tetapi jumlah perwakilan masyarakat Melayu di Parlimen Singapura telah menjunam teruk hingga ke tahap 9.8% sahaja pada tahun 1991. 

Pernah dalam satu masa iaitu dari Bulan Disember 1980 hingga Januari 1985, tidak ada seorang pun Melayu dilantik sebagai Menteri Kabinet, hanya ada seorang Melayu iaitu Dr. Mattar berkhidmat itu pun hanya sebagai pemangku Menteri. 

Menjelang tahun 1990-an, hanya ada seorang wakil Melayu yang dilantik sebagai Menteri Kabinet Singapura. Sebagaimana di dalam tentera, Menteri Kabinet Melayu juga disisihkan daripada memegang portfolio penting disebalik alasan menghina kononnya mereka kurang berkelayakan. Walaupun Kabinet Singapura mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri, jawatan tersebut hanya diisi oleh kaum Cina dan India sahaja dan tidak pernah diisi oleh kaum Melayu. (Bayangkan tuntutan Ultra-Kiasu yang mahukan negara kita mempunyai dua jawatan TPM. Siapakah yang mereka mahukan untuk mengisi jawatan TPM-2 itu?).

Di sebalik semua penindasan dan diskriminasi yang telah dilakukan oleh Pemerintah PAP Singapura terhadap masyarakat Melayu tempatan disebabkan tanggapan negatif mengenai tahap kesetiaan mereka terhadap negara, kajian yang dibuat oleh Chew Sock Foon (1987) telah membuktikan sebaliknya iaitu orang Melayu Singapura yang juga Bumiputera di pulau tersebut adalah masyarakat yang paling patriotik jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain di Singapura. 

Hasil kajiannya di dalam “Ethnicity and Nationality in Singapore” terbitan Centre for International Studies, Ohio University, mendapati orang Melayu mempunyai tahap jati diri kebangsaan tertinggi (86-98%) berbanding India (85-90%) dan Cina (69-95%), sementara orang Melayu Singapura yang berbangga menjadi rakyat Singapura adalah pada tahap 69-95%, berbanding dengan 54-74% bagi masyarakat Cina.

Apa yang menyedihkan, di negara kita pada hari ini, laungan kesamarataan hak kembali didendangkan oleh para chauvinist yang berselindung di sebalik topeng perjuangan hak asasi manusia. Maka timbullah slogan-slogan dan ideologi seperti Malaysian First, Malay Second’, ‘Middle Malaysia’, ‘Saya Anak Bangsa Malaysia’ dan sebagainya yang kononnya mempelopori gerakan supaya diutamakan kepentingan nasional sementara hak Bumiputera dan Islam perlu diletakkan pada tangga kedua. 

Anehnya, apabila timbul isu yang menyentuh kepentingan kaum mereka seperti cadangan pengwujudan satu sistem sekolah tunggal bagi menggantikan Sekolah Jenis Kebangsaan, mereka bermatian-matian pula mempertahankan apa yang dipanggil hak kaum mereka dan keperluan untuk menghormati kepelbagaian budaya di Malaysia. 

Anak-anak muda Melayu yang baru menggenggam ijazah dari Universiti yang diperjuangkan oleh nenek moyang mereka merasakan mereka sudah menjadi terlalu bijak pandai lalu menyertai parti Ultra-Kiasu kononnya kerana tidak mahu dicop sebagai Rasis. 

Seorang apek yang dahulunya mempersendakan kalimah azan dan meminta orang Melayu pulang ke hutan dan hidup seperti orang Sakai tersengih lebar apabila filem terbaru terbitannya dijayakan oleh puluhan bintang filem Melayu. ‘Peduli apa Islam dihina, janji duit masuk’, mungkin itulah yang ada difikiran para pelakon Melayu ini. 

Maka tanpa ada rasa bersalah, para pelakon Melayu-Islam ini bersungguh-sungguh membantu mempromosikan filem terbaru apek rasis tersebut agar orang Melayu menyedekahkan duit demi menjayakan filem tersebut dan menyuruh orang Melayu-Islam supaya berbondong-bondong untuk membuang masa dengan menonton filem tersebut yang akan dilancarkan pada pertengahan bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Maka janganlah ditangisi sekiranya apa yang telah berlaku di Singapura 47 tahun dahulu berulang semula di negara kita.

Dari: AIDCNews.

TUN M MAKES "MOTHER OF ALL U-TURN"...

by @Huan2U

Here's what Tun said about western media, their tactics, their tali barut and assassination by defamation. Today, he is doing all that he once condemned.

His speeches are public record and the full text are linked here.

TUN M ON MALAYSIAN JOURNALISTS WORKING FOR FOREIGN MEDIA

Speech at  majlis penyampaian hadiah kewartawanan malaysia on 12/12/1983

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=86

12. Inilah jenis laporan yang dibuat oleh pemberita dan akhbar terkemuka di Amerika. Sudah tentu apabila mereka melaporkan tentang negara kita, fitnah mereka tidak ada had sama sekali. Tidak ada yang terlalu buruk untuk dilapor tentang kita. Sebaliknya sebarang kebaikan tidak ada tempat dalam halaman akhbar mereka.

14. Sikap dan tanggungjawab akhbar tempatan tidak menyenangkan beberapa wartawan Malaysia who are in the pay of the foreign press. Orang-orang ini, terutama yang berasa kecewa kerana tidak mendapat sesuatu bagi diri sendiri di masa berkhidmat dalam negara, tidak jemu dengan memutar-belitkan berita negara sendiri, supaya they are given a pat on the back by their foreign masters. We watch the antics of these pet poodles with utter contempt and derision.

TUN M ON LOCAL JOURNALISTS BEING “TALI BARUT” MEDIA ASING

Speech at Majlis penyampaian hadiah kewartawanan anjuran institut akhbar Malaysia on 9/11/1984

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=387

6. Aliran ini sudah sampai ke Malaysia. Berita yang benar kerap kali tidak dihiraukan. Jika ada mesyuarat atau lawatan atau pameran atau apa-apa jua peristiwa, yang diberi perhatian bukan peristiwa itu tetapi soal-soal lain yang menjadi minat akhbar. Soalan dibuat dalam berbagai bentuk dan bertalu-talu untuk menjadikan sesuatu perkara itu sebagai isu yang hangat. Selepas menyoal seseorang, maka disoal pula orang-orang lain yang diketahui mempunyai pandangan yang bertentangan -- untuk memberi pandangan terhadap pendapat sasaran pertama. Maka dengan itu akan terjadilah satu kontroversi -- yang dipuja dan dihembus oleh akhbar sehingga panas berapi.

7. Bahawa akibatnya ialah ketegangan dan kegelisahan dalam masyarakat sehingga terjejas ekonomi, kestabilan politik dan perpaduan, tidak sama sekali dipedulikan. Yang penting ialah akhbar yang kononnya ingin melapor yang benar.

Tuan-tuan dan Puan-puan, 

8. Satu lagi perkara yang ingin saya sebutkan ialah tentang pemberita kita yang tidak segan-segan menjadi TALI BARUT kepada akhbar-akhbar di luar negeri. Mereka ini apabila menulis dalam akhbar tempatan lain bunyinya. Tetapi untuk akhbar luar negeri, mereka mencerca dan menghina negara sendiri, mencaci pemimpin dan Raja-Raja dan sanggup menjatuhkan maruah negara mereka sendiri. Nama mereka sendiri tidak disiarkan tetapi mereka tentulah dipuji oleh wartawan asing. Sebenarnya mereka sudah menjadi alat kepada bangsa-bangsa yang tidak senang melihat kejayaan Malaysia. Saya amat kesal adanya manusia jenis ini di kalangan pemberita kita.

9. Saya memberanikan diri untuk membuat teguran ini walaupun imej saya boleh dirosakkan oleh akhbar. Malaysia belum menjadi negara yang maju dan kuat, yang kebal dan yang tidak boleh dihancurkan. Kita masih lemah. Biarlah amalan masyarakat yang kukuh dan kuat di negara barat tinggal di barat. Kita perlu berhati-hati. Jika tidak, mungkin kita akan kekal dengan kelemahan kita tanpa sedikitpun mengecap kejayaan. Dan kita akan terus diperhamba dan dihinakan.

TUN M ON ASSASSINATION BY DEFAMATION

speech at majlis makan malam anjuran kelab kebangsaan wartawan-wartawan Malaysia on 1/3/1986

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=214

9. Perhaps in a democracy fear from bodily harm has been more or less removed. But there are other fears. Assassination need not be by knife or bullets only. A person can be assassinated by defamation. And in a democratic society it is so easy to defame and destroy and get away with it. The target here is limited. It must be someone for whom a bad image can do harm - a public figure for example. And if the public figure depends on popularity, he may just lose it if defamed. For all practical purposes he will have been assassinated.

13. I have lived in Malaysia all my life, except for the visits abroad which are so interesting to some people. Malaysians are quite unique. We are masochists who enjoy excoriating ourselves. We can see nothing right about our country but the most minute wrong is plainly visible to our naked eye as the Malay saying goes, 'from across the river'. And so we read daily that this or that economic or political crisis is about to destroy us. We moan loudly and frighten off foreigners from visiting or investing in our country.

14. The fact that we are still around and that we have not disintegrated disappoints us - because our predictions are wrong. We go on to report another crisis. We do not seem to realise that what we think is a unique occurrence in Malaysia is really a common event in other countries. They do not get unduly excited. Life goes on. Everybody's still around and the event is soon forgotten. Growth and progress takes place as usual.

16. Perhaps our country does not deserve our help. I beg to differ. I think it does. None of us will gain by running down our own country and making our dire predictions come true. The truth is that other countries are worse, including the developed countries. I am glad that some newspapers now do publish about poverty in Europe and America. But what has been written is the tip of the iceberg. Actually some of these countries are rotten to the core when it comes to the very things they are so fond of criticising developing countries about. Extensive poverty in the midst of plenty is just one of them. Racial and colour discrimination is blatant. Crime is rampant. The streets and parks are wild jungles. Old ladies get coshed and drunks rolled. The prisons are not only overcrowded but all kinds of crimes are committed there, frequently with the connivance of prison authorities.

17. Filth abound in the cities. The streets are badly paved. The cleaners don't clean. Staff everywhere is rude and unhelpful unless bribed with tips. These and many more are common to the developed countries. But they don't write as often about these shameful things as we do about our failures.

18. Distaste for a person or a group should not make us take it out of our own country. However, we are a free people. If anyone wishes to denigrate his own country, it is his right. I am glad that Malaysian journalists, by and large, are free from these traits.

TUN M ON MONICA LEWINSKY

speech at the opening of the commonwealth press union biennial conference om 26/10/1998

 http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=1506

15. Unfortunately the media itself is often tempted to misuse power. I am not a fan of President Bill Clinton but I do sympathise with him. He only hugged Monica Lewinsky once, at least in public. He may have hugged her more times in private, that we don`t have any pictures of. But that one hug has prefaced every report on President Clinton whether the subject matter had anything to do with his single instance of discretion or not. If the CNN is to be believed Bill Clinton has hugged Monica a thousand times, twelve times a day ever since CNN resurrected that particular episode among the file pictures. With the passage of time the hug has improved in terms of clarity and vividness. There is no mistaking the look of adoration in Monica`s eyes and the body language of the President of the United States. The viewers, Americans and others must assume that the President must really know Monica intimately and all those stories about the phone- calls to the Senators even while he dallied with Monica must be the truth, the absolute truth and nothing but the truth.

16. As I said I am not a fan of President Clinton but I do feel that that kind of presentation via television is not quite fair to the President. There is no one in the United States who has not seen it and been influenced by it. How can anyone sit in judgement over him without being biased, without preconception? How can the impeachment of the President be fair and just?

TUN ON RIGHT TO KNOW

Speech at MAJLIS MALAM WARTAWAN MALAYSIA 1988 ANJURAN INSTITUT AKHBAR MALAYSIA on 19/11/1998

http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=282

14. Bagi negara kita, perkara yang utama ialah kestabilan politik atau lebih tepat lagi persepsi rakyat serta orang asing terhadap kestabilan ini. Sebenarnya semenjak negara kita merdeka, selain daripada peristiwa 13 Mei 1969, keadaan politik negara adalah stabil. Sudah tentu ia lebih stabil daripada kebanyakan negara-negara membangun. Adanya usaha merebut jawatan dan kempen-kempen adalah perkara biasa dalam sesebuah demokrasi. 

15. Tetapi kegiatan-kegiatan ini boleh mencemar gambaran stabiliti kerana tekanan laporan dan bahasa yang digunakan. Seseorang yang membuat kritikan biasa boleh menimbulkan kemarahan yang lebih oleh pihak sasaran jika pengkritik dilaporkan sebagai telah membuat `tamparan hebat` terhadap seseorang. Kadangkala keadaan tenang boleh menjadi ribut hanya dengan bertanya kepada satu pihak dan kemudian menyampaikan jawapannya kepada pihak yang menentang untuk mendapatkan reaksi. 

16. Pihak akhbar mencipta berbagai jenis hak di bawah kebebasan media dalam demokrasi. Sekarang ini ada yang bercakap berkenaan dengan hak mengetahui atau `the right to know`. Dalam pengurusan sesuatu organisasi, rahsia diperlukan. Umpamanya semasa rundingan, semua pihak perlu menyembunyikan apakah yang boleh dipersetujui oleh mereka, supaya dapat konsesi yang lebih menguntungkan. Sama ada perundingan ini adalah antara syarikat atau pertubuhan atau negara, masing-masing akan cuba mendapatkan sesuatu keputusan yang lebih menguntungkan. 

22. Musuh kita yang besar sekali ialah diri kita sendiri. Terdapat sikap yang negatif di kalangan kita yang menyebabkan kita selalu memandang rendah terhadap kebolehan kita dan membesar-besarkan kebolehan orang lain. Jika ada sahaja sesuatu usaha, kita terus meramalkan ianya tetap tidak akan berjaya. Jika akhirnya berjaya juga usaha itu, kita akan memperkecilkan kejayaan usaha itu atau mencari kesalahan titik-bengek. Dengan ini maka sukar bagi rakyat Malaysia mempunyai keyakinan terhadap apa juga yang diusahakan. 

Dari: KL Chronicle.

Saturday, June 27, 2015

KEPUTUSAN TANGGUH PEMILIHAN UMNO WAJAR DITERIMA OLEH SEMUA AHLI PARTI.



Ada banyak pendapat dan pandangan  oleh ahli parti  berhubung pemilihan UMNO yang dijadualkan tahun 2016 ditangguhkan lagi selama 18 bulan selepas diumumkan Presiden semalam .

Ada yang setuju ada yang tak setuju dengan beberapa sebab . Kita hormati perbezaan pendapat dan diambil kira.  

Tetapi yang lebih penting kuasa menangguhkan pemilihan sebenarnya hak Ahli Majlis Tertinggi berdasarkan Perlembagaan parti dan semua ahli wajar menerima keputusan ini .  Presiden telah menerangkan sebab mengapa ia ditangguhkan iaitu tumpu permasalahan rakyat dan kukuhkan parti hadapi PRU14.

GPB menyokong keputusan ini kerana ia tidaklah baru kerana pernah dibuat oleh Tun Mahathir dan juga Pak Lah . Malah Najib sendiri juga pernah menangguhkan pemilihan lalu dan ia diadakan selepas PRU13 .

Jika ada menyatakan Najib takut dikalangan penyokong Tun M itu biasa la . Yang penting semua ahli majlis kepimpinan tertinggi termasuk sayap telah membuat ketetapan bersama menyokong pemilihan ini ditangguhkan .

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memgambil keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan selama 18 bulan berdasarkan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO yang memberikan hak kepada MT untuk menangguhkannya, demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, MT berpendapat bahawa kepentingan rakyat perlu didahulukan di mana penangguhan ini akan dapat membuatkan ahli dan kepimpinan parti lebih fokus untuk menyelesaikan permasalahan rakyat baik di peringkat dasar mahupun diperingkat akar umbi.

11416295_1163636726995407_5743968289598236533_o (1)

“Kita mengumumkan penangguhan ini adalah kerana kita tidak mahu ada pihak nanti yang sudah merancang strategi politik untuk menghadapi pemilihan dan boleh mengeruhkan suasana politik dalaman itu sendiri.

“Penangguhan ini juga dapat memberikan ruang dan peluang bagi pengukuhan parti dan kerja yang patut kita lakukan supaya UMNO dan rakan-rakan komponen kita lebih mantap untuk menghadapi pilihan raya akan datang.”

Jelasnya, tumpuan perlu diberikan kepada tugas dan kerja-kerja parti yang telah diarahkan sebagaimana panduannya telah diberi kepada semua setiausaha-setiausaha bahagian.
“Mereka tahu KPI yang sepatutnya kita capai dan sebagainya. Jadi perkara inilah yang perlu kita utamakan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Menurut  beliau, penangguhan pemilihan ini bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah pun dilakukan penangguhan berasaskan kepada rasional keadaan semasa.

“Ini bukan bererti UMNO menafikan hak demokrasi dan keterbukaan kepada semua ahlinya, tetapi bila sampai pada masanya, kita akan melaksanakan pemilihan untuk memberikan ruang kepada ahli melakukan pemilihan di semua peringkat,” ujarnya.

Disamping itu, MT UMNO juga membuat keputusan untuk melihat kaedah pemilihan dengan lebih mendalam supaya kaedah yang digunakan pakai hari ini boleh ditambah baik dengan mengambil maklum pandangan dan pendapat ahli akar umbi di semua peringkat.

“Kita juga bersetuju untuk mengkaji dan melihat semula kaedah yang diguna pakai dalam pemilihan dengan mendalam agar kita mencari kaedah yang lebih baik atau menambah baik kaedah yang sedia ada.

“Insya-Allah kita punyai masa yang panjang untuk meneliti kaedah-kaedah pemilihan yang digunakan di dalam perlembagaan baru menerusi tatacara pemilihan ini supaya ia akan dapat dijalankan dengan lebih baik pada masa yang akan datang,” jelasnya. –MediaUMNO

MENGINTAI DISEBALIK TABIR PEMILIHAN UMNO TANGGUH.....

[GAMBAR - Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO di rakaman takbir Hari Raya Aidilfitri di PWTC petang Jumaat]

Pilihanraya umum ke 13 dicop sebagai 'ibu' segala pilihanraya.Kini menjelang yang ke 14 awal-awal lagi sudah ada yang sebut ia 'bapa' segala pilihanraya.

Ini maknanya pilihanraya umum yang perlu diadakan bila-bila sebelum Mei 2018 gerenti lebih sengit dan mencabar.

Jadi kata orang bodoh sangat mana-mana parti yang hendak melangkah masuk gelanggang dalam keadaan yang lemah longlai,berpecah dan kalangan ahli dan pimpinan yang berkecamuk.

MIC adalah testimoni semasa.Dua puak pimpinan Datuk Seri G Palanivel dan Datuk Seri Subramanian sudah tidak ada titik temu sejak pemilihan tahun 2013.Lukanya terlalu lama.

PAS yang baru lalu pemilihan 24 Jun lalu juga terpisah dua antara golongan ulama yang sapu bersih semua jawatan dan golongan bukan ulama yang kini memendam rasa dan jauh hati.

Melihat pada riak dan rentaknya nampak macam susah pimpinan dari dua golongan ini hendak tidor sebantal dibawah satu bumbung.

UMNO sendiri pernah lalui gelombang yang paling teruk dalam sejarahnya yakni pemilihan tahun 1987 bila mana Team A diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad dan Team B Tengku Razaleigh Hamzah berentap sakan.

Gara-gara itu mendorong kepada UMNO diharamkan,Tengku Razaleigh dan penyokongnya tubuh parti lain Semangat 46.Kesannya juga lama sebelum kembali bertaut.

Namun UMNO/BN waktu itu telah berjaya lalui pilihanraya sekalipun terpisah dua kerana suasana ketika itu berbeza khususnya parti pembangkang utama PAS dan DAP tidak segagah sekarang.

Kini walau apapun orang nak cakap termasuk isu kritikan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri bibit-bibit kewujudan dua kem seperti menjelang pemilihan tahun 1987 tidak nampak bertunas dalam UMNO.

Sejak pilihanraya umum 2013 UMNO telah mengambil berbagai langkah untuk memperkemaskan struktur parti di segenap peringkat untuk menghadapi 'bapa' segala pilihanraya nanti.

Pemilihan UMNO yang akan datang dijadual sebelum pertengahan tahun 2016.Prosesnya akan ambil masa beberapa bulan bermula dari cawangan,bahagian dan seterusnya pimpinan pusat.

Jika ia diadakan ikut jadual,jaraknya cuma lebih setahun menjelang PRU14.

Melihat pada tempoh masa yang singkat untuk memikul tugas besar mempertahankan sebuah kerajaan ia dengan sendirinya mewujudkan satu risiko.

Pejam mata, kata kalau tidak jadi apa-apa memang cantik.Dalam politik serba kemungkinan boleh timbul.

Apa kata jadi ala-MIC atau ala-PAS atau ala apa sekalipun tak tentu pasal UMNO akan tempang dan mungkin tak sempat nak baiki keadaan sebelum kena berentap pada PRU14.

Sebab itu jelas kelihatan wajah lega dikalangan pimpinan UMNO bila mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak petang Jumaat mengumumkan keputusan menangguhkan pemilihan UMNO 2016 selama 18 bulan dari tarikh ia sepatutnya diadakan.

Congak dari tempoh itu sudah gerenti pemilihan itu hanya akan dibuat selepas PRU14.

Jangan lupa...sebelum ini pemilihan UMNO penggal lalu juga ditangguhkan dan diadakan selepas PRU13.

Seperti kata Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu ia bukan satu keputusan yang luar biasa kerana pernah dilakukan ketika zaman pentadbiran Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi berasaskan rasional yang sama.

Dalam UMNO biasanya kalangan ahli cukup faham.Namun di luar sana gerenti ada saja khabar negatif yang hendak diputar masuk ke pasaran sembang politik.

Misalnya dalam situasi politik semasa bilamana Dr Mahathir rancak kritik Perdana Menteri apa nak hairan kalau ada yang main sedap mulut mendakwa beliau takut kena lawan jawatan Presiden UMNO.

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Mahadzir Khalid cukup terbuka dalam hal ini ketika berbual dengan beberapa wartawan semasa majlis berbuka puasa tidak lama selepas selesai mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC.

Ditanya mengenai pelbagai persepsi yang mungkin timbul dari keputusan menangguhkan pemilihan UMNO 2016,Timbalan Menteri Tenaga,Teknoloji Hijau dan Air itu memberi contoh mengenai UMNO Bahagian Padang Terap di Kedah dimana beliau ketua bahagian.

Katanya semua Ahli Jawatankuasa Bahagian itu kini diberi tugas masing-masing dan menjalankan gerak kerja tertentu untuk perkuat parti untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14 nanti.

"Sekarang semua steady buat kerja.Keadaan tenang.Cuba bayangkan tahun depan sah ada pemilihan jawatan sudah pasti semua gerak kerja akan terhenti.Masing-masing sudah mula fokus untuk perkuat diri sendiri untuk hadapi pemilihan.Kerja-kerja parti sudah tolak sebelah,"katanya.

Mahadzir akui susah untuk sekat orang luar buat andaian sendiri dari keputusan tangguh pemilihan parti selama 18 bulan.

Namun katanya keputusan itu dibuat secara konsesus oleh semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuarat itu.

"Ini bukan keputusan Presiden seorang...semua setuju setelah dibincang,"katanya.

Seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Datuk Shamsul Anwar Nasarah juga akui beliau sedar mengenai persepsi yang mungkin berlegar dari keputusan ini.

Katanya fakta terbentang di depan mata ini bukan pertama kali pemilihan UMNO ditangguh.

Lagipun menurut Shamsul ia bukan satu keputusan semberono dan dibuat ikut peruntukkan yang ada dalam perlembagaan parti.

"Bagi saya sendiri ia keputusan tepat...kita perlu fokus pada keutamaan,"katanya.

Dari: Agendadaily.

BERKUBUR YA HASRAT MUHYIDDIN BERGELAR PM...


Nampaknya tidak kesampaian HASRAT Muhyiddin Yassin menaiki TAKHTA sebagai Perdana Menteri. 

Keputusan MKT untuk menangguhkan pemilihan jawatan parti tahun hadapan ke 2018 telah MEMATIKAN peluang Muhyiddin menyandang jawatan tertinggi di dalam negara.

Pada USIA 71 tahun pada 2018 nanti Muhyiddin akan dilihat tidak lagi relevan kepada generasi pengundi pada masa itu kerana rata-rata pengundi adalah dari kalangan anak-anak muda.

Malang buat Muhyiddin, beliau akan diingati sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri yang paling LEMAH di dalam arena politik negara.

Muhyiddin semasa perhimpunan agung yang lalu menyarankan agar pemilihan 2016 tidak ditangguhkan.

Tetapi saranan beliau tidak diendahkan oleh pemimpin Umno bahagian dan kekecewaan menyelubungi Muhyiddin. 

Itulah budaya Umno. Pemimpin yang lemah akan ditinggalkan keseorangan. Ketika Najib Razak menghadapi krisis kepimpinan dan ketika rakyat menanti HARAPAN baru negara, Muhyiddin mengecewakan ee..xxxz mereka.

Sudah lama Jelapang membuat kesimpulan. Muhyiddin TIADA penyokong. 

Malah di negeri kelahiran beliau sendiri, beliau sukar mendapat sokongan. Shahrir Samad tidak bersama beliau. Azalina Othman Said secara terang-terangan menyatakan beliau tidak bersama Muhyiddin.  

Hari ini berakhirlah harapan penyokong Muhyiddin untuk melihat idola mereka dinobatkan sebagai Perdana Menteri. 

Itulah takdir politik. 

Keputusan MKT malam ini juga merupakan BERITA Malang buat Umno.

Ini bermakna calon-calon PRU-14 majoritinya adalah muka lama.

Jika tidak, ketua bahagian, timbalannya. Jika bukan Timbalan, Naib akan menjadi calon.

Itulah resam Umno. Jawatan mengatasi kepentingan parti. 
Dari: Jelapang.x. ..  K.     .Xx,.x! Xx xxzz bx xx ź,zx eexk mmkdxeee

SENARIO POLITIK NEGARA DARI KACAMATA SEORANG "PERMATA"...

parlimen

Baru-baru ini saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk bertemu dan berbuka puasa dengan seorang pemimpin yang sangat saya sanjungi di sebuah hotel di Shah Alam. Sebetulnya saya sudah lama kepingin untuk bertemu beliau setelah sejak bertahun tidak bertemu.

Bertemu, berbual dan berbicara dengan beliau, seorang yang saya kenali sebagai “genius politik” menyingkap minda saya ke skop politik negara yang lebih meluas berdasarkan senario politik negara yang semakin “menakutkan”.

Budaya politik kebencian kini menghantui dunia politik negara, tidak dapat tidak, saya akui kesimpulan itu adalah satu kebenaran yang sangat jelas di sebalik perbualan kami sekitar hampir sejam di meja banquet hotel berkenaan.

Sedarkah kita bahawa budaya politik tidak sihat itu menghantui ramai aktivis politik di negara kita? Biarpun apa saja kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan, ia tetap dipandang buruk oleh sesetengah masyarakat yang terpengaruh dengan budaya politik negatif itu.

Hakikat budaya politik kebencian yang diyakini bermula sejak sebelum tahun 2008 itu merebak momentumnya hingga kini. Siapa yang memulakan budaya tersebut dan siapa pula yang terpengaruh dengan budaya itu? Agaknya?

Saya tidak mahu menuding jari pada pihak pembangkang mahupun ahli politik di dalam kerajaan. Siapa yang bertanggungjawab memulakan atau melaksanakan strategi politik kebencian itu saya serahkan pada rakyat Malaysia untuk menilai.

Cuma secara logiknya, kita dapat melihat siapa yang menimbulkan kebencian dan siapa pula yang “dibenci” dalam senario politik negara yang terkini, bukan?

Namun setidak-tidaknya, pihak yang menimbulkan kebencian itu masih lagi gagal mendapatkan kuasa politik di Malaysia, manakala pihak yang menjadi “mangsa” sengaja ditimbulkan kebencian terhadapnya itu masih lagi mendapat sokongan majoriti pengundi di negara ini.

Mujurlah masih ada lagi pengundi yang berfikiran rasional, bukan? Namun, apakah ada jaminan bentuk pemikiran masyarakat Malaysia itu tidak akan berubah dan terpengaruh dengan budaya politik kebencian itu? Akan kekal rasional selamanya, kah? Apa jaminannya?

Sekiranya dirujuk pada trend pengundi pada PRU ke-13 dan beberapa siri PRK yang lalu, apakah statistik pengundi muda menunjukkan suasana “selamat” bagi pihak yang ditohmah dengan seribu kebencian itu? Itulah realiti pengundi di masa hadapan nanti.

Pada pandangan saya, kita semua maklum bahawa di umur muda sebegitu, saat itulah kita tercari-cari arah tuju perjuangan politik masing-masing dan mungkin atas sikap “radikal”, mudah terpengaruh dan diperdaya propaganda politik kebencian, maka minda generasi muda di negara kita mudah sekali dikorupkan?

Apatah lagi di zaman serba “whatsapp”, facebook, twitter dan instagram ini, sikap malas mencari kebenaran yang sah oleh golongan muda dengan mengharapkan “maklumat dihujung jari” dikhuatiri telah merosakkan minda anak-anak muda kita dengan budaya politik sebegini.

Pada saya, agenda politik kebencian “puak itu” sudah berjaya dicapai sebanyak 60 peratus mempengaruhi minda “malas” anak-anak muda di negara ini, sama ada Melayu, Cina atau India, sama saja. Bila dihati mereka melekat dengan perkataan “benci”, apa saja yang dilakukan oleh pihak yang dibenci pastinya akan dilihat secara negatif, bukan?

Sebagai contoh, jika pemimpin yang ditimbulkan kebencian terhadapnya itu beribadah di depan Kaabah sekalipun, pastinya akan timbul persepsi negatif terhadapnya seperti “hendak menunjuk-nunjuk”, “riak”, malah ada yang menjadi mangsa “photoshop”, bukan?

malaysian-flag-650x400

Itulah hasil didikan politik kebencian. Biar apapun kebaikan atau jasa yang dibuat, pemimpin itu akan tetap dipandang negatif. Maklumlah, “mind set benci” yang sudah dipropagandakan sangat sukar untuk diubah, bukan?

Meskipun begitu, saya merasakan bahawa walaupun dikatakan sukar untuk mengubah “mind set” tersebut, mahu tidak mahu, kita semua bertanggungjawab untuk mengubahnya demi masa depan Islam, bangsa Melayu dan tanahair yang bernama Malaysia ini.

Usaha berkenaan amat perlu dilakukan di peringkat akar umbi masyarakat, pemimpin pertengahan dan seterusnya pemimpin politik atasan yang benar-benar sayangkan masa depan dan kestabilan politik di negara kita.

Hala tuju negara perlu ditetapkan sasarannya supaya seluruh rakyat di negara ini jelas dengan dasar-dasar yang dilaksanakan dan masyarakat yakin dengan hala tuju yang disasarkan itu mampu dijayakan dengan baik mengikut perancangan.

Selain itu, kita juga perlu mengubah “mind set” para kakitangan awam yang “korup minda”nya dan terpengaruh dengan sentimen kebencian tersebut terhadap pihak kerajaan supaya kembali menyokong dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan. Jadi, tidaklah nanti berlaku “yang di atas cakap lain, yang di bawah cakap lain”.

Paling utama, “mind set” kebencian di kalangan rakyat itu perlu diubah 100 peratus. Jika tidak dapat 100 peratus, dapat diubah sebanyak 90 peratus pun sudah dikira bagus. Bagaimana untuk melakukkannya, tanyalah Islam. Sudah tentu ada “jawapan”nya.

Pada pandangan saya, itulah masalah kritikal yang sedang dihadapi atmosfera politik negara yang terkini, sama ada di pihak kerajaan, mahupun pihak pembangkang. Lebih malang lagi, pihak pembangkang dilihat sangat gagal untuk menjadi “pembangkang yang sihat” sehingga tergamak tidak mempedulikan soal dosa dan pahala.

Sempena Ramadhan ini, marilah kita bermuhasabah diri. Kembali merenung jihad politik di negara kita, ke mana hala tujunya, bagaimana budayanya yang terkini dan apakah yang mampu kita lakukan selaku seorang Muslim berbangsa Melayu berwarganegarakan Malaysia.

Begitulah sedikit sebanyak hasil perbualan ringkas saya dengan seorang “permata yang dibenam ke dasar lautan”. Buah fikiran dan ketajaman mindanya masih lagi tajam seperti dulu, namun dipersiakan gara-gara nafsu serakah kuasa duniawi.

Tidak perlulah saya mendedahkan nama pemimpin berkenaan kerana “hanya jauhari yang mengenal manikam”, dan hanya mereka yang mengenali dirinya sahaja yang akan mengaku tentang kualiti yang ada pada beliau. Wallahu’alam.

Dari: MYKMU.NET

KEBAL SANGATKAH PORTAL-PORTAL INI?

TINDAKAN beberapa portal propembangkang menyiarkan pelbagai tuduhan, tohmahan dan fitnah kepada kerajaan serta memutarbelitkan sesuatu berita bukanlah perkara baharu, malah sudah entah beribu kali berlaku.

Malangnya sebut sahaja sama ada Malaysiakini, The Malaysian Insider, Sarawak Report atau The Edge, media-media ini seolah-olah mempunyai kekebalan sendiri apabila tiada tindakan diambil oleh mana-mana pihak terhadap kebiadaban mereka memanupulasi atau memutarbelitkan berita.

Walaupun mereka mengetahui sesuatu berita itu akhirnya terbukti tidak betul atau salah, namun tiada keinsafan untuk memohon maaf atau menarik balik berita atau artikel yang disiarkan. Mereka seolah-olah bersikap, ‘apa kau orang boleh buat’.

Selain isu 1MDB, dalam kes pembelian hartanah oleh Mara di Australia, The Malaysian Insider dan Malaysiakini dengan sewenang-wenangnya memutarbelitkan kenyataan Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa melalui tajuk berita, ‘Annuar: PM lulus urusan beli hartanah Mara’, sedangkan dalam sidang akhbar yang diadakan Annuar sama sekali tidak menyebut nama mana-mana individu.

Itu hanya salah satu kes yang menunjukkan bagaimana biadabnya kedua-dua portal berita berkenaan memutarbelitkan sesuatu berita mengikut kepentingan mereka tanpa mengambil kira apa kesannya kepada negara.

Begitu juga dengan Sarawak Report yang begitu beria-ia menyerang kerajaan dalam isu 1MDB tetapi apabila terbukti mereka mendapat bahan daripada sumber yang meragukan, portal berita tersebut mengamalkan sikap ‘pekakkan telinga, butakan mata, tutupkan hati’ untuk menerima kebenaran.

Kesemua portal ini menganggap mereka mempunyai kebebasan mutlak. Sebagai media atau wartawan mereka berhak menulis apa sahaja apatah lagi jika boleh memburuk-burukkan imej kerajaan.

Persoalannya sampai bilakah, ketiga-tiga portal berita ini harus dibiarkan ‘bermaharajalela’ dengan menyiarkan berita-berita yang boleh menjejaskan imej kerajaan dan negara? Tidak salah kalau mereka melaporkan perkara yang betul tetapi acap kali kita dapati mereka hanya menyiarkan berita yang bukan sahaja meragukan tetapi palsu serta berdasarkan kepada fakta tidak betul.

Walaupun kita mengetahui mereka cenderung menyokong pembangkang, namun itu hak mereka untuk menyebelahi sesiapa yang diinginkan, tetapi janganlah sampai menjadi ‘balaci’ untuk menyebarkan fitnah, tohmahan dan tuduhan tidak berasas kepada kerajaan dengan memutarbelitkan sesuatu berita.

‘Satu kehebatan’ portal-portal tersebut ialah menyiarkan sesuatu berita dan kemudiannya membiarkan pembaca mereka membuat sebarang ulasan dengan peringatan portal berita itu tidak bertanggungjawab. Sama ada pembaca mereka akan mengutuk, memaki-hamun atau mencerca mana-mana pihak, portal berita tersebut akan menjawab, “kami tidak bertanggungjawab”.

Demikianlah begitu mudahnya, mereka mempermainkan dunia kewartawanan dan memperalatkan dunia tanpa sempadan melalui perkembangan teknologi maklumat. Tetapi apa yang menjadi persoalan kenapakah tidak ada tindakan oleh pihak berkuasa terhadap portal-portal berkenaan?

Apakah mereka benar-benar berpengaruh atau ‘kebal’ sehinggakan tiada mana-mana agensi yang berani mengambil tindakan terhadap kebiadaban mereka memutar belitkan sesuatu berita? Atau adakah pihak tertentu bimbang kerajaan akan dituduh menyekat kebebasan media?

Kebebasan ada hadnya, selagi kebebasan itu digunakan demi untuk kebaikan rakyat dan membangunkan negara, silakan… tiada siapa yang melarang. Tetapi kebebasan yang diamalkan oleh portal-portal berita itu ada ketika sudah melampaui batas sehingga boleh menjejaskan imej negara.

Kita tidak tahu siapa di belakang portal-portal berita tersebut yang dilihat mempunyai keberanian luar biasa untuk menyeleweng atau memesong sesuatu fakta dalam pemberitaan mereka tetapi yang pasti jika portal-portal seumpama itu tidak diberi pengajaran supaya melaksanakan tugas kewartawanan dengan bertanggungjawab selagi itulah, mereka bagaikan ‘hantu raya tidak bertuan’.

Diharapkan agensi atau kementerian yang terlibat tidak mengamalkan sikap toleransi tidak bertempat dalam berhadapan dengan kebiadaban portal-portal berita berkenaan kerana sesuatu tindakan mereka pasti ada agendanya? Apakah agenda itu? Semua orang tahu.

Dari: MYKMU.NET

TONY PHUA ALU-ALUKAN SHEIKH OMAR MASUK DAP.....


Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tonny Pua mengalu-alukan kemasukan Sheikh Umar Bagharib b. Ali ke dalam parti itu.

Tonny Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor mengharapkan Sheikh Umar dapat mempelajari sesuatu dalam mencapai matlamat DAP untuk membina Malaysia untuk rakyat Malaysia.

“Saya pasti terdapat banyak yang kita boleh belajar, melakukan dan bekerja bersama-sama untuk Malaysia yang lebih baik, untuk semua rakyat Malaysia.

“Kami menghargai belia, kami menghargai kepelbagaian dan kami sesungguhnya menghargai integriti,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Sheikh Umar dalam The Malay Mail Online semalam.

Sheikh Umar yang merupakan exco Dewan Pemuda PAS Johor di bawah kepimpinan Suhaizan Kaiat membuat keputusan drastik untuk menyertai DAP pada 20 Jun lalu kerana hilang keyakinan terhadap PAS yang disertai sejak enam tahun lalu.

“Saya merasakan ini adalah masa yang sesuai untuk saya mengambil pendirian. Keputusan sertai DAP bukan disebabkan saya kecewa dengan PAS tetapi parti itu tidak bergerak ke hadapan. Terdapat terlalu banyak konflik dalaman,”katanya.

Namun, kemasukan Sheikh Umar ke dalam DAP bukan sesuatu yang mengejutkan kerana dia telah menjadi pembantu khas (Melayu) kepada Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Ching Tong sejak dua tahun lepas.

Selanjutnya sila baca “Bekas Aktivis Pemuda PAS Sheikh Omar Masuk DAP

“Saya menaruh kepercayaan terhadap DAP kerana mereka bekerja keras. Terdapat juga lebih banyak peluang untuk terus bersinar sebagai seorang pemuda dalam parti, kerana wujud satu platform untuk kita berkembang, “kata Sheikh Umar lagi.

Walau bagaimanapun, Sheikh Umar berkata dia masih lagi kekal sebagai ahli Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang diketuai oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan NGO pendesak dalam PAS.


Dari: AIDCNews.

AGENDA TERSIRAT DAP DISEBALIK IMEJ "MELAYU".

Pengasas dan pemimpin sepanjang zaman DAP, Lim Kit Siang mempunyai visi yang konsisten sejak berkecimpung dalam politik sejak 46 tahun lalu.

Berusia 74 tahun, menang 10 kali Pilihanraya Umum (PRU) berbanding dengan 11 kali yang disertainya.

Bermula dengan PRU ke-3 (1969), Ahli Parlimen Kota Melaka (Melaka); PRU ke-4 (1974), Ahli Parlimen Kota Melaka; PRU ke-5 (1978), Ahli Parlimen Petaling Jaya (Selangor); PRU ke-6 (1982), Ahli Parlimen Kota Melaka; PRU ke-7(1986), Ahli Parlimen Tanjong (Pulau Pinang) ; PRU ke-8 (1990), Ahli Parlimen Tanjong; PRU ke-9 (1995), Ahli Parlimen Tanjong dan hanya tewas pada PRU-10 (1999) di parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang.

Pada PRU ke-11 (2004), Kit Siang bertanding lagi dan menang sebagai Ahli Parlimen Ipoh Timur, Perak; PRU ke-12 (2008), Ahli Parlimen Ipoh Timur dan beralih kawasan ke Johor pada PRU ke-13 (2013), menang dan menjadi Ahli Parlimen Gelang Patah.

“DAP tidak pernah bercita-cita untuk menjadi sebuah parti Cina atau bukan Melayu.

“Sejak awal lagi … DAP telah berikrar untuk mengejar Impian Malaysia, bukan Impian Cina, Impian India atau Impian Melayu,” katanya dalam satu majlis di Klang, 23 Jun lalu.

Kit Siang mengakui partinya selalu diserang sebagai rasis, anti-Melayu dan anti-Islam, kerana sebahagian besarnya ahli partinya adalah daripada kaum Cina yang dikuasai, tetapi beliau berkata pertempuran itu tidak akan memberi kesan kepada perjuangan parti itu untuk kekal sebagai parti berbilang kaum dan agama.

“Inilah sebabnya mengapa kita mempunyai Impian Sabah, Sarawak, Kelantan dan baru-baru ini kami mengumumkan Impian Kedah / Perlis,” katanya.

Menurutnya Impian DAP adalah tiada bangsa tunggal yang memerintah negara sepertimana polisi DAP sejak awal penubuhan iaitu ‘Malaysia untuk bangsa Malaysia’.

“Ia adalah antara kaum, agama dan antara pihak kerjasama – (secara) sama rata dan tidak ada yang unggul dan bawahan – Malaysia boleh menjadi model yang berjaya dalam masyarakat majmuk maju dan makmur bukan sahaja untuk dunia tetapi juga ke Timur Tengah, “katanya.

Namun, kata-kata Penasihat DAP tidak sama dengan realiti yang diamalkan dalam DAP.

Daripada 38 Ahli Parlimen yang dimenangi DAP pada PRU ke-13, hanya 2 orang berbangsa Melayu, 6 berbangsa India dan 30 berbangsa Cina yang menunjukkan bangsa Cina mendominasi bangsa-bangsa lain dalam parti itu.

Itupun identiti Zairil Khir Johari yang menang di Parlimen Bukit Bendera diragui identiti kemelayuannya.

Daripada 102 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi DAP pada PRU k-13, hanya satu orang sahaja diperuntukkan kepada Melayu iaitu di Pahang

Calon itu adalah Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang menang sebagai ADUN Mentakab, Pahang. 

Selebihnya 101 calon adalah bukan Melayu di mana calon Cina mendominasi ADUN DAP itu.




Begitu juga dengan Ahli Jawatankuasa Tertinggi DAP pusat, hanya seorang sahaja Melayu – Dr Ariffin SM Omar- itupun melalui proses lantikan, dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik