Thursday, June 25, 2015

1MDB: SIAPAKAH DIA XAVIER ANDRE JUSTO?

Hari ini, pembaca akhbar New Straits Times melihat imej seorang warga asing yang bertatu dikelilingi oleh pegawai-pegawai polis bersenjata Thailand selepas satu perkembangan baru yang dramatik dalam kontroversi yang menyelubungi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Laporan eksklusif kami mengenai penangkapan warga Swiss, Xavier Andre Justo telah diikuti oleh akhbar dan media dalam talian di seluruh dunia.

Cerita yang mengejutkan ini mencetuskann kekecohan di negara ini. Siapa Xavier Andre Justo? Bagaimana individu sepertinya mampu mencetuskan kekecohan politik di Malaysia?

Apa yang mendorong lelaki yang tiada kaitan dengan Malaysia ini melancarkan serangan yang tidak berhati perut terhadap rakyat negara ini tanpa memikirkan impaknya?

Jawapannya adalah wang tunai. Ketamakan boleh menjadi laluan kepada kekayaan, tetapi ia juga boleh menjadi jalan yang berbahaya yang menyebabkan kerosakan, seperti Xavier Justo yang mempelajari pengajaran itu dengan cara yang sukar.

Sekarang, dia ditahan di penjara Thai atas tuduhan cuba memeras ugut dan memeras wang daripada bekas majikannya; dengan tuduhan lain dijangka dibuat di United Kingdom dan Switzerland.

Menurut sumber kami, Justo mencuri sejumlah besar data semata-mata untuk menjual kepada pembida tertinggi.
Difahamkan polis Thailand mempunyai beberapa bukti tuntutan bertulis daripada Justo kepada bekas majikan yang berjanji untuk mengembalikan data yang dicuri jika dia dibayar dengan cukup dan bercakap besar bahawa dia boleh mendapat lebih banyak wang dari sumber lain jika mereka tidak mahu membayar.

Apa yang mendorong Justo untuk mengambil jalan mudah dengan melakukan jenayah? Jawapannya adalah demi membiayai gaya hidup mewah beliau.

Berdasarkan akaun media sosial Justo, ia memberi gambaran gaya hidup hedonis dan kekayaannya – rumah agam di syurga tropika, kolam renang, gelanggang tenis dan menggayakan tatu sambil menunggang motosikal Harley Davidson.

Hanya pada minggu lepas, Justo kelihatan seperti mempunyai kehidupan yang baik di sebuah pulau tropika eksklusif, Koh Samui, di mana beliau tinggal di vila mewah lapan bilik tidur bersama isteri barunya yang muda. Tetapi semua itu nampak hebat pada luaran.

Apabila perkhidmatan Justo ditamatkan pada 2011, beliau kembali ke Thailand dan cuba untuk menubuhkan bisnes rundingan, Justo-Consulting. Tetapi tiada bukti menunjukkan syarikat ini dilaksanakan. Malah, laman web untuk Justo-Consulting kekal selama-lamanya “dalam pembangunan”.

Jelas memerlukan pendapatan, Justo kemudian menubuhkan sebuah perniagaan kecil – katil berjemur yang dinamakan “Always the Sun” – seperti yang disenaraikan di dalam talian, ia terletak di 12/9 Moo 5, Ban Bang Makham, 84140 Angthong, Koh Samui.

Bagaimanapun, keadaannya sama seperti “perniagaan rundingan” beliau, “Always the Sun” tidak menguntungkan.

Hanya terdapat beberapa ulasan dalam talian mengenainya dan ulasan teratas adalah daripada isterinya. Satu ulasan pula membayangkan seolah-olah terdapat sedikit atau tiada langsung aktiviti perniagaan dan e-mel pelanggang yang tidak dijawab.

Perniagaan yang akan tidak akan membawa Justo ke mana-mana menemukannya dengan jenayah sebagai jawapan. Kerjaya berpotensi besar dalam perbankan konvensional tidak pernah memuaskan hatinya dan keinginannya untuk mengambil jalan mudah demi kehidupan yang senang-lenang adalah akibat kemahuan sendiri.

Kerjaya awal Justo membayangkan satu kisah klasik mobiliti sosial. Dilahirkan dalam sebuah keluarga Swiss yang amat biasa kepada ibu bapa Sepanyol, Justo tidak pernah hirau dengan universiti dan dia meninggalkan sekolah untuk bekerja di tiga bank selama lebih 12 tahun dalam pelbagai peranan kewangan dan komersial.

Ia tidak dapat dipastikan bagaimana beliau berhubung dengan tokoh-tokoh berpengaruh dari Arab Saudi tetapi dia berjaya meyakinkan mereka dan ditawarkan bekerja sebagai pentadbir kanan di Geneva.

Sumber mendakwa titik perubahan Justo berlaku apabila perkahwinan pertamanya gagal – dia semakin kerap mabuk, mula mendapatkan beberapa tatu badan dan rekod penjagaan masanya yang semakin buruk tidak mungkin menarik perhatian mana-mana majikan.

Justo berhenti kerja di Switzerland untuk memulakan hidup hedonis tanpa kawalan di Thailand, tanpa pekerjaan atau pendapatan tetap.

Ketika itulah beliau ditawarkan untuk mendapatkan kerjayanya kembali ke landasan betul sebagai peranan pentadbiran eksekutif untuk sebuah syarikat minyak Saudi, PetroSaudi International.

Antara lain, beliau telah diberi tanggungjawab ke atas teknologi maklumat (IT) yang mana amanah itu, mengikut dakwaan polis Thai, dikhianati Justo.

Difahamkan Justo hilang pekerjaannya kerana tidak boleh diharap, tetapi ia telah dilaporkan oleh polis Thai bahawa dia tetap menerima pembayaran pampasan yang besar di bawah syarat-syarat perjanjian keluar.

Walaupun NST tidak pernah membaca salinan perjanjian itu, kerahsiaan yang ketat dan keperluan untuk memulangkan semua harta syarikat dan data adalah sentiasa satu ciri standard pada mana-mana perjanjian keluar.

Tetapi, ternyata, Justo tidak berpuas hati, mungkin menyedari ia tidak akan dapat membiayai gaya hidup yang dirancangnya di Thailand untuk selama-lamanya.

Sebagai ketua IT, beliau menggunakan akses khas kepada sistem komputer syarikat untuk menyalin e-mel dan dokumen dengan tujuan untuk menjualnya kepada pembida tertinggi jika wangnya semakin berkurangan.

Dengan perniagaan di Thailand terbengkalai dan tiada prospek pendapatan lain, Justo terpaksa melakukan percubaan peras ugut yang mentah, mengancam untuk menjual apa yang dimilikinya kepada pembeli yang tidak dinamakan melainkan jika syarikat itu membayarnya. Tuntutan bertulis Justo untuk wang tunai, kini di dalam tangan polis Thai, jelas menunjukkan beliau tidak didorong oleh sebarang niat baik.

Tuntuan Justo yang berjumlah 2.5 juta Swis Franc (RM10 juta) telah dilaporkan secara meluas. Tetapi bekas majikannya tidak membayar kepadanya satu Swis Franc sebagai tindak balas kepada percubaan mentah peras ugutnya.

Akibatnya, Justo mencari jalan lain untuk menempatkan data yang dicurinya dan Sarawak Report bersetuju. Ini telah disahkan oleh pakar-pakar IT bebas, Protection Group International (PGI) dan juga oleh editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Dalam kisah yang disiarkan semalam bertajuk “Surat Terbuka kepada Kementerian Luar Switzerland di Bern”, Rewcastle Brown berusaha untuk mempertahankan Justo dan membuat serangan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan tidak bersebab terhadap sistem perundangan Thai.

Kami tidak boleh membuat spekulasi mengenai motivasinya untuk melakukan perkara tersebut, tetapi pihak polis Thai sudah menyatakan dengan jelas bahawa mereka telah merampas peralatan komputer Justo untuk siasatan lanjut; dan PGI telah mengesahkan bahawa dokumen Laporan Sarawak telah dipinda secara kreatif.

Justo kini berdepan hukuman penjara dan mungkin kehilangan wang pampasan yang diterimanya sebelum ini. Satu kisah orang miskin menjadi kaya kini menjadi sebaliknya. Hidupnya dengan salun memerang kulit, tatu, motosikal dan perangkap kemewahan telah berakhir di penjara Thai.

Sama ada, dalam usahanya mencari kekayaan, Justo cuba mengeksploitasi keadaan politik di Malaysia, atau sama dia hanyalah bidak yang dieksploitasi pihak tertentu, adalah persoalan yang kita perlu bergantung kepada polis untuk menjawabnya.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik