Sunday, June 7, 2015

APAKAH MAHATHIR TIDAK PERNAH MENJADI PERDANA MENTERI?

Kejadian yang memalukan berlaku di PWTC dua hari lepas menimbulkan persoalan apakah Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak pernah menjawat jawatan Perdana Menteri sebelum ini. Apakah selama 22 tahun menjadi pemimpin negara ini tidak pernah menjadikan beliau tahu bagaimana tugas menjadi seorang PM?

Sudah dapat diagak kesan yang jadi selepas sesi dialog yang diaturkan oleh NGO, SukaGuam bersama Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibatalkan di saat akhir semalam.

Di laman sosial sahaja menunjukkan ramai memperolokkan Najib dengan mengatakan beliau adalah seorang yang pengecut kerana tidak memunculkan diri.

Malah, hari ini banyak berita disiarkan mengenai komen mantan Tun M dengan kejadian yang berlaku semalam. Tun M sendiri banyak bersuara dengan lantang tetap mengkritik tindakan Najib tentang pembatalan sesi dialog itu.

Namun, menyedihkan kerana mungkin Tun M seperti sudah nyanyuk bagaimana sukarnya menjadi seorang PM dalam semua perkara apatah lagi apabila ia melibatkan situasi yang mengancam keselamatan.

Beliau sendiri lebih mengetahui kemunculan dirinya tanpa diundang ke majlis yang sepatutnya menjadi majlis Najib akan menimbulkan kejadian yang tidak diingini lebih-lebih lagi penyokongnnya agresif untuk bertindak.

Jadi, ia seperti menunjukkan Tun M sememangnya dengan niat melakukan provokasi serta menambah segala kesulitan dan masalah yang dirinya sudah cipta yang melibatkan Najib sebelum-sebelum ini.

Menyedihkan kerana selama 22 tahun menjadi PM, nilai-nilai yang sepatutnya ada dalam diri seorang bekas pemerintah nampaknya sudah pudar dalam diri Tun M.

Tun M dilihat semakin agresif untuk tidak menghormati sesiapa termasuklah Najib yang suatu ketika dahulu beliau sendiri memberi kepercayaan untuk menerajui negara ini.

Seharusnya ia menjadi mudah buat Tun M sekiranya ada perkara yang tidak puas hati dengan cara Najib, beliau sendiri boleh bersua muka secara aman atau berbincang dalam keadaan baik supaya kata sepakat dapat dicapai. Bukan dengan cara menerjah masuk ke majlis orang lain sesuka hati tanpa jemputan.

Nampak gaya Tun M sepertinya membawa masuk budaya-budaya menyerang pemerintah negara ini seperti cara yang dilakukan di negara Timur Tengah yang sudah hilang rasa hormat dan kemanusiaan dalam diri.

Pelik jika difikir bagaimana Tun M boleh bertindak sejauh ini berbeza dengan cara dan pemikiran yang beliau tonjolkan ketika menjawat jawatan PM.

Jika benar Tun M sudah ketagih untuk menjadi PM semula, dan melemparkan semua kesalahan kepada Najib agar Najib meletakkan jawatan, Tun M harus sedar ianya adalah silap sendiri kerana beliau sendiri sudah meletak jawatan sebagai PM pada Oktober 2003. Jadi, ia adalah tidak rasional untuk berlagak seperti seorang peneraju negara di waktu ini.

Beliau ketika ini menampakkan dirinya seperti manusia yang sudah tidak bertamadun walaupun pernah menjadi PM selama 22 tahun. Ternyata, walaupun menjadi orang yang paling berkuasa selama tempoh itu, ia tidak membuktikan dirinya mempunyai fikiran yang rasional dan waras lagi.

Dari: MYKMU.NET

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik