Wednesday, June 24, 2015

AZMIN ALI MAIN GAME........ KERANA KETAMAKAN DAP, PAS YANG KEHILANGAN JAWATAN!


Sudah semakin jelas dan terang, DAP tidak berhasrat untuk terus bergayut kepada Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor lagi. DAP dikatakan sudah mempunyai calon mereka sendiri terutama selepas Shaari Sungib dan Hasnul Baharuddin dari PAS, lebih berpihak kepada mereka berbanding PAS.

Tiada pihak yang dominan di Selangor walaupun DAP berusaha sedaya upaya untuk menunjukkan mereka adalah TUAN BESAR di Selangor dengan mengeluarkan pelbagai arahan kepada PAS dan PKR termasuklah kepada Azmin Ali. DAP hanyalah penguasa untuk 15 kerusi DUN yang bermajoritikan Cina. Tiada seorang pun wakil Melayu dalam DAP di DUN Selangor. Dan yang lebih menarik, tiada mana-mana ADUN DAP pun yang fasih bertutur dan memahami Bahasa Kebangsaan dengan baik walaupun ada yang boleh berbahasa Jawa.

Kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU-12 dan PRU-13 membolehkan DAP menguasai PBT sepenuhnya walaupun seharusnya PAS turut mendapat tempat dan kuasa yang sama banyak serta lebih baik berbanding sekarang, memandangkan jumlah perolehan PAS sama dengan DAP iaitu 15.

Dek kerana kedudukan mereka itulah yang menguasai pelbagai sektor di Selangor secara khususnya, mereka berasa megah diri dan angkuh. PAS sekadar diberikan portfolio yang kurang penting, sama ada dalam pentadbiran negeri mahupun dalam pentadbiran PBT.

Azmin Ali dikhabarkan telah bertemu dengan Tun Dr. Mahathir di London tidak lama dahulu untuk 'membincangkan' sesuatu. Satu pertemuan juga dikatakan telah berlangsung di Jepun pada hari yang sama, Perdana Menteri Najib Abdul Razak  berada di bumi Nippon. 
Kebimbangan kehilangan jawatan-jawatan mewah yang disandang sekarang, menyebabkan DAP mula mengatur gerak untuk menumbangkan Azmin Ali. Walaupun Azmin Ali mendapat sokongan DAP dalam permainan 'seek-and-hide' dalam kemelut jawatan Menteri Besar Selangor antara Wan Azizah (Anwar Ibrahim) dengan Khalid Ibrahim yang berakhir dengan 'kemenangan' berpihak kepada Azmin Ali, namun kali ini, DAP sudah mula terasa bahangnya.

Gabungan PKR-PAS-UMNO akan menyisihkan DAP sepenuhnya di Selangor . Kebimbangan itulah yang mendorong DAP mendahului semua pihak di Selangor untuk menentukan pentadbiran baru. DAP berulang kali mendesak PKR dan Azmin Ali agar menyingkirkan PAS. DAP sudah berulang-ulang kali mendesak Azmin Ali memecat tiga orang Exco Negeri dari PAS. DAP juga sudah memberikan isyarat agar semua Ahli Majlis PBT-PBT dari PAS di seluruh Selangor diberhentikan dengan alasan, PAS dengan DAP sudah tidak ada sebarang hubungan.

Namun kedegilan Azmin Ali untuk meneruskan Pakatan seperti sekarang, terus meresahkan DAP. Dan DAP sekali lagi dilaporkan mula menggerakkan usaha untuk menggulingkan Azmin Ali daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Menaikkan boneka dan mengumpan dengan jawatan walaupun jawatan-jawatan tersebut berportfolio tidak penting adalah Modus Operandi DAP. Seperti yang dilakukan ke atas Nizar Jamaluddin, sekalipun dipersetujui sebagai Menteri Besar Perak, DAP yang membuat segala-gala keputusan bagi pihak Nizar Jamaluddin. Nizar Jamaluddin sekadar menjadi jurucakap. Begitu juga apabila Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak, dia hanya akan menjadi jurucakap dan burung tiung untuk Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham.

Sekarang ini, yang perlu dinantikan adalah drama seterusnya di Selangor. Yang pasti, LANGKAH KAJANG yang diatur dan diskripkan oleh Rafizi Ramli bakal menmbolehkan DAP lebih berkuasa dan menjadi pengatur ulung di Selangor.

Adakah dalam usaha untuk menyelamatkan kedudukannya, Azmin Ali akhirnya akan merendahkan egonya dan kemudian terkulai di pangkuan Teng Chang Kim dan Teresa Kok atau Tony Pua?

Sudah tidak lama lagi untuk kita menyaksikan kesimpulannya!

AZMIN ALI JALANKAN MISI TUN MAHATHIR DAN PAKATAN TERSUNGKUR DI BAWAH TAHTA?

Mana mungkin Murid melawan SHI FOO.....

Macam ada yang tidak kena dengan jiwa para penyokong Anwar Ibrahim. Mereka melihat segala-galanya yang menentang Anwar Ibrahim sebagai pro-Mahathir. Tun Dr. Mahathir masih lagi menjadi hantu dan puaka yang amat ditakuti oleh para penyokong Anwar Ibrahim dan DAP. 

Terbaru, Chegu Bard yang menentang Azmin Ali dan pernah cuba mengaitkan Azmin Ali dengan Tun Dr. Mahathir kini nampak begitu MESRA dengan TV3 dan membelasah Tun M dan seolah-olah menjadi PENYAMPAI HASRAT PM pulak. Kenapa TV3 beriya-iya menggunakan Chegu Bard? Dan dalam masa yang sama apa juga yang bersangkutan dengan Tun M akan di belasah semahunya oleh TV3 dan yang penyerangan Individu kepada Tun M pula di berikan pada Chekgu Bard. 
Kenapa TV3 memberikan ruang yang begitu luas kepada Chegu Bard?
Dulu Chegu Bard menuduh, Azmin Ali menggunakan pelbagai cara dan taktik untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor selain mempertahankan jawatannya dalam PKR, adalah untuk memastikan kelangsungan kuasa serta rancangan Tun Dr. Mahathir akan terlaksana melalui Azmin. Apakah dengan sebab ini Chegu Bard di bawa masuk dan di beri ruang oleh TV3 melalui tangan ghaib untuk menyekat kemaraan Azmin Aki dan rancangan Tun M? Dan apakah kini PM dan DAP mempunyai musuh yang sama?

Azmin Ali adalah anak angkat Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah sebelum diambil bekerja di pejabat Perdana Menteri. Kemudian Anwar Ibrahim memujuk Tun Dr. Mahathir agar membenarkan Azmin Ali bekerja dengannya.

Azmin Ali merupakan antara pemimpin Keadilan dari zaman reformasi yang masih kekal berbanding rakan-rakannya yang lain yang bukan sahaja telah meninggalkan PKR dan Anwar Ibrahim, bahkan bersara dari dunia politik.

Kelicikan Azmin Ali yang membuat kompromi dengan DAP di belakang Anwar Ibrahim dan Wan Azizah ketika Anwar dan para penyokongnya menyaksikan berakhirnya legasi Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bermula dengan LANGKAH KAJANG yang tidak menjadi.

Melihat perkembangan ini jelas politik Azmin licik seperti bapa angkatnya. Dilihat baik dan setia tetapi rencong menikam di dalam. Rakyat perlu diperingat selepas berjaya lobi diri sendiri hingga memalukan Presiden dan Ketua Umum tetapi imej baiknya konon terpaksa menjadi MB kerana menjunjung taat atas arahan Istana, kerana Sultan mahukan dia. 
Hari ini dia menjunjung kasih taat setia kepada Istana menyokong menarik gelar dan Istana menggelar penderhaka ke atas Anwar dan tidak menolak kemungkinan selepas ini dia akan menjungkung kasih taat Istana singkir Anwar dari berperanan di Selangor termasuk penasihat ekonomi. 
Kemungkinan ada selepas itu juga dia akan menjunjung kasih selaku Azmin, Menteri besar bergelar Datuk Seri Selangor pula akan menyingkirkan Anwar dari PKR itu sendiri dan menghimpit Anwar berehat lebih awal dari politik dan MEMBEBASKAN Anwar lebih awal......."GAMES IS OVER" Dia akan berselindung di sebalik Istana. Liciknya mengingatkan kita pada bapa angkatnyaa yang juga SHI FOOnya. 
Silapnya pada siapa ...? Silapnya pada Anwar sendiri kerana sejak awal memberi payung emas menjadikan Azmin kebal... Apa pesan Tun M pada Anwar semasa Anwar hendak mengambil Azmin dari bawah ketiak Yun M? Pernahkah pemerhati politik yang BERSEPAH di laman maya ini melihat selepas PRU 2008, Azmin keluar TV3 kutuk Presiden sebagai pengamal nepotisna dan kronisma dan kenapa Anwar diam?....

Pada 2010 dan terbaru 2014 pemilihan penuh trajedi ... berkilo bukti dipersembahkan, kenapa Anwar diam?.....akhirnya anak angkat Tun M dan Tun CT ini begitu mahir berpolitik dan yang TERPERANGKAP adalah DAP dan Geng Anti Ulamak(GAU) dalam PAS yang menjadi KIAMBANG..."Ke atas tidak menggapai awan, ke bawah akar tidak mencecah bumi" pada DAP sudah tidak berguna dan pada PAS dan Orang Melayu mereka adalah duri...........
Dari: AmokanMelayu.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik