Thursday, June 4, 2015

CUBAAN KAITKAN UMNO DENGAN GULUNGAN ULAMAK PAS KUAT FITNAHNYA.


Mungkin sudah menjadi lumrah kepada PAS, yang sangat gemar menyalahkan UMNO dalam apa jua tindakan mereka. Secara tidak langsung, ia menerbitkan kebencian yang tinggi di kalangan ahli PAS terhadap UMNO.

Sentimen inilah yang cuba dimanipulasi oleh kumpulan tertentu di dalam PAS, dalam usahanya untuk menguasai parti itu dalam pemilihan parti esok.

Penulis sangat yakin bahawa kain rentang di atas adalah sebahagian dari gerak saraf kumpulan tersebut. Sekali imbas sahaja, kita dapat menduga ianya bertujuan untuk menerbitkan kebencian kepada Hadi Awang sekaligus memberi impak negatif kepada perwakilan yang bakal memilih.

Ejen UMNO, itulah mesej yang hendak disampaikan.

Secara tidak langsung, penulis boleh tafsirkan bahawa ada kumpulan di dalam PAS yang terasa bahangnya apabila seringkali dikaitkan dengan DAP. Bezanya, dalam isu kaitannya dengan DAP, ia bukan sekadar kaitan, tetapi juga berdasarkan persamaan ucapan, idea dan sokongan yang ditunjukkan oleh segelintir pimpinan PAS kepada DAP.

Kini, setelah mereka terasa akan impaknya, strategi yang sama cuba pula digunapakai.

Cubaan untuk mengaitkan UMNO dalam muktamar kali ini adalah jelas. Terdahulu, penulis ada mengulas tentang “printscreen” yang diterima dari teman-teman PAS. Di dalam mesej berkenaan, nama Ku Nan turut juga disebut, selain cubaan untuk memburuk-burukkan calon Ketua Dewan Pemuda PAS.

Anehnya, samada kain rentang mahu pun “printscreen” berkenaan merujuk kepada sasaran yang sama, iaitu pro ulama PAS. Terpulanglah kepada ahlul PAS, kerana itu parti mereka. Yang penulis tidak setuju ialah pihak luar turut diheret sama.

Sehingga pada artikel ini ditulis, masih belum ada penafian dari mana-mana pimpinan UMNO Selangor tentang kain rentang berkenaan.

Penulis, tetap yakin bahawa kain rentang berkenaan bukan daripada UMNO Selangor.

Mereka yang bersungguh hendak menguasai PAS, UMNO juga yang dipergunakan.
Dari: Melayumaju.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik