Friday, June 5, 2015

DRAMA PEMBATALAN DIALOG "NOTHING TO HIDE".....


Gambar diatas ialah semasa Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap seketika diatas pentas di dalam Dewan Tun Hussein Onn,PWTC. Ini jam 10.35 pagi beberapa minit sebelum majlis dailog 'Nothing To Hide' secara rasmi dibatalkan oleh pihak polis atas sebab-sebab keselamatan.

Seorang pegawai polis sebelum itu naik keatas pentas meminta bekas Perdana Menteri menghentikan ucapan.

Beliau akur dan kemudian beri sidang akhbar diatas pentas itu.

Dr Mahathir bertolak pulang jam 11.02 pagi.

Bekas Perdana asalnya datang ke PWTC jam 9 pagi untuk menghadiri dailog berkenaan yang sepatutnya antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan NGO anjuran SukaGuam.

Sejurus tiba beliau dibawa masuk ke dalam sebuah bilik menunggu seementara menanti majlis hendak dimulakan.

Kepulangan Dr Mahathir telah menamatkan episod yang tidak menentu selama dua menyelubungi majlis berkenaan.

Dewan Tun Hussein Onn yang menjadi lokasi dailog itu dalam PWTC sudah sesak dengan orangramai sejak 8.45 pagi.

Malah di luar ramai lagi yang tidak dapat masok.

Pada jam 8.53 pagi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi twitter kata demi kenternteraman awam PDRM arahkan majlis dailog itu dibatalkan.

Waktu itu sudah timbul tandatanya dikalangan orangramai sekitar PWTC apakah majlis dailog akan diiteruskan atau tidak.

Penganjur sendiri tidak memberi kepastian mengenainya waktu itu.

Pada jam 9.32 pagi berlaku insiden kecoh di salah satu pintu masuk Dewan Tun Hussein Onn bila kedengaran orang bertengkar desak nak masuk juga dewan.

Kekecohan berlaku selama beberapa minit sebelum dua pengawal PWTC datang memberkas lelaki yang buat kecoh itu.

Selain kekecohan itu suasana tegang jelas terasa sekitar PWTC.

Kedengaran ada yang berbual sesama sendiri bimbang kemungkinan berlaku pertembungan antara puak penyokong semasa Perdana Menteri hadir nanti.

Ini melihat pada adanya kumpulan-kumpulan penyokong di dalam dan luar dewan.

Najib dijadual sampai ke PWTC untuk hadir dailog itu pada jam 10 pagi.

Difahamkan Perdana Menteri yang sudah hendak bertolak dari rumahnya ke PWTC telah dinasihatkan oleh polis agar batalkan pemergiannya ke situ.

Pada 10.27 pagi beberapa orang dari pihak penganjur bersama Dr Mahathir telah bergerak dari bilik menunggu masuk ke dalam dewan.

Kemudiannya penganjur mengumumkan dailog itu telah ditunda ke satu tarikh lain.

Namun Dr Mahathir dibenarkan berucap kepada hadirin.

Beliau berucap sekitar 10 minit sebelum seorang polis naik keatas pentas meminta beliau berhenti.

Presiden Perkasa,Datuk Ibrahim Ali yang sebelum itu sepanjang masa berada dengan Dr Mahathir dalam bilik menunggu,ketika ditemui berkata keputusan Ketua Polis Negara membatalkan dailog itu sangat wajar.

Beliau sendiri akui melihat suasana semasa itu memang patut ia dibatalkan.

Katanya beliau dengar Perdana Menteri sudah hendak datang ke PWTC.untuk hadir dailog  itu.

Presiden Perkasa itu kata setahu beliau bila libatkan hal-hal keselamatan, Perdana Menteri wajib mematuhi arahan pihak polis.

Beliau berpandapat lebih elok majlis dailog ini diadakan menerusi siaran langsung televisyen.

Ini,katanya selain lebih semurna ia dapat elak pertelagahan antara penyokong.

Pengerusi SukaGuam Datuk khairul Anwar Rahmat dalam sidang akhbar selepas majlis dailog itu ditunda kesal kerana adanya provokasi pihak tertentu hingga cetus ketegangan.

Beliau beri contoh tentang kekecohan di salah satu pintu masuk serta insiden rempuhan untuk masuk dewan.

Beliau mengesahkan pihak polis telah memintanya membatalkan dailog itu atas sebab-sebab keselamatan.

Kata Khairul beliau akan mengadakan mesyuarat dengan AJK SukaGuam untuk memutuskan bila dailog ini akan diadakan nanti.
Dari: Melayumaju.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik