Saturday, June 13, 2015

KENAPA SAMAD SAID MASUK DAP?


Penyertaan Datuk A Samad Said ke dalam DAP menimbulkan tanda tanya kerana persepsi umum mengatakan Sasterawan Negara itu rapat dengan Anwar Ibrahim dan PKR.

“Pak Samad kenapa bukan PKR,” soal Azizi Safar

Pertanyaan itu susulan laporan The Malaysian Insider hari ini yang menyatakan A Samad yang lebih dikenali sebagai Pak Samad akan membuat penjelasan kenapa menyertai DAP esok.

Hanisya Abdul Hamid yang lebih dikenali sebagai blogger Omar Kau berkata kemasukan Pak Samad ke dalam DAP itu memberi tamparan hebat terhadap Anwar dan PKR.

“Ikut hukum akal logik … kalau benar kisah yang sedang bertiup kencang bahawa Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said yang cukup intim dan amat rapat dengan DSAI dan keluarganya serta keseluruhan pucuk pimpinan tertinggi PKR, akan masuk DAP, maka ini merupakan suatu tamparan maut kepada PKR kerana gagal memikat pujuk Datuk A.Samad Said menjadi anggota PKR … 

“Bila berlaku sedikit pergeseran antara PAS dan DAP, yang ada sedikit raih keuntungan ialah DAP bukannya PKR … harap maklum .. TENKIU,”katanya.

Kecenderungan Pak Samad terhadap politik pembangkang mula dikesan sejak dari tahun 2012 apabila Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga melantiknya sebagai Pengerusi bersama BERSIH 2.0.

Persepsi umum mengatakan BERSIH 2.0 adalah buah tangan Anwar Ibrahim kerana ia adalah kesinambungan BERSIH 1.0.

Menurut laman bersih.org, BERSIH 1.0 dilancarkan pada 23 November 2006 di lobi bangunan Parlimen Malaysia. 

Majlis pelancaran itu dihadiri oleh tokoh-tokoh politik pembangkang dan NGO pro-pembangkang; Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR); Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR); Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP); Teresa Kok (Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP); Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS); Salahudin Ayub (ketua pemuda PAS); S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM); Maria Chin Abdullah (Pengarah esekutif WDC) dan Yap Swee Seng (Pengarah esekutif SUARAM).

Laman itu turut mendedahkan idea penubuhan BERSIH hasil daripada resolusi bengkel pilihanraya yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006.

Malah, laman itu mendakwa idea penubuhan BERSIH sudah bermula sejak 2005.

Tiga jawatankuasa NGO yang menaungi BERSIH adalah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Kumpulan Pembangunan Wanita (WDC) dan Kesatuan Penulis Untuk Media Independent (WAMI).

Ketika bengkel pilihanraya dan BERSIH dilancarkan pada tahun 2006, Anwar Ibrahim masih menetap di Amerika Syarikat (AS) yang terlibat secara langsung dengan yayasan dana demokrasi AS, National Endowment for Democracy (NED).

Penganalisis politik yang berpangkalan di Singapura, Nile Bowie mendedahkan Anwar Ibrahim adalah ahli panel NED seperti mana yang dirakam dalam foto Majlis Anugerah Demokrasi pada tahun 2007 bersama-sama dengan Carl Gershman (Presiden NED), Lorne Craner (Presiden IRI), dan Ken Wollack (Presiden NDI).

NED mendapat tajaan tahunan daripada USAID (United States Agency for International Development), kemudian dana itu diagih-agihkan kepada empat badan operasi NED iaitu IRI (International Republican Institute)NDI (National Democratic Institute for International Affairs), CIPE (Center for International Private Enterprise) dan ACILS (American Center for International Labor Solidarity).


Nile Bowie turut mendedahkan “pada tahun 2006, NDI (salah satu badan operasi NED) telah menjalankan bengkel (pilihanraya) untuk BERSIH yang memberi tumpuan terhadap memperbaiki pelan tindakan organisasi (NGO) atau parti politik.

SUARAM juga mendapat tajaan NED, dedah Nile Bowie.

“Terdapat sebab-sebab yang jelas mengapa SUARAM menerima pembiayaan (NED); ia menerbitkan buku-buku dan artikel politik yang ditulis oleh pengasasnya, Kua Kia Soong, yang sangat kritikal terhadap kerajaan Malaysia dan mampu membangkitkan semangat minoriti etnik yang merasa terpinggir, berhujah untuk memihak kepada perubahan rejim,”katanya.

Kua Kia Soong yang merupakan pengasas SUARAM itu adalah bekas ahli parlimen DAP di Petaling Jaya pada tahun 1990-1995.

Menurut laman globalresearch yang memetik sumber asal NDI (sebelum diubahsuai) NDI mula mengadakan bengkel bersama REFSA pada tahun 2005, ketika itu REFSA adalah satu-satunya sekretariat untuk BERSIH.

REFSA adalah nama singkatan kepada Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (Research for Social Advancement), sebuah NGO Malaysia yang beralamat di 4A, Jalan Sepadu, Taman Bersatu, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur,sebuah badan pemikir DAP, diketuai oleh Liew Chin Tong.

Chin Tong adalah pemikir DAP, orang kepercayaan Lim Kit Siang, diberi tempat bertanding di Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang (2008 -2013) kemudian dibawa Kit Siang bertanding di Parlimen Kluang, Johor (2013 -sekarang) dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi DAP Johor.

Beliau juga mengetuai badan pemikir kerajaan Pulau Pinang yang dikenali sebagai Penang Institute.

Malah tiga NGO yang menaungi BERSIH iaitu SUARAM, WDC dan WAMI adalah NGO pro DAP.

Tongak utama NGO itu adalah Kua Kia Soong (SUARAM), Maria Chin Abdullah (WDC) dan Wong Chin Huat (WAMI/Fellow Penang Institute).

Dari: AIDCNews.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik