Thursday, June 4, 2015

KHABAR KUAT PASMA AKAN TABOR ANG-PAO MERAH DARI DAP.


Pendedahan SInar Harian di atas berlaku sekitar Muktamar 2012 di mana golongan Anwarinas mula menunjukkan taring bagi menguasai Timbalan Presiden, Naib, Ketua-Ketua Sayap dan AJK Pusat serta AJK negeri.

Dalam keadaan kumpulan Anwarinas sudah terdesak dan melihat kemungkinan gelombang menghalau Anwarinas untuk keluar dari PAS akan bermula dengan pemilihan sayap. Dikatakan Nik Abduh bakal kalahkan si bingai Suhaizan Kaiat dan juga Ketua Muslimah akan tewas.

Dato Haji Hadi Awang dipercayai sudah dalam zon selamat dan kempen bersungguh Dato Nizar Jamaluddin untuk Dato Ahmad Awang tidak membawa sebarang munafaat. Nizar adalah pemimpin matahari terbenam kerana akan tercampak keluar dalam satu sapuan habis keluar puak-puak Anwarinas.

Naik Presiden akan kelihatan mereka seperti Dato Husam, Dato Mahfudz dlll mereka sewaktu dengannya akan tercampak keluar di lembah durjana kerana perwakilan melihat mereka sebagai menyisihkan agenda perjuangan Islam ala PAS.

Hanya Salahuddin Ayub yang ada peluang tipis untuk kekal. Samada positioning Din Ayub sebagai mengikut tunduk arah angin menggunakan alasan tak mahu gaduh boleh berjaya, itu terpulang kepada perwakilan untuk masih beri muka puak yang masih ada saki baki Anwarinas. Salahuddin dikatakan adalah hasil Yayasan Anda ANwar Ibrahim.


DAP sudah bersungguh-sungguh untuk menyerang Hadi Awang dan pro Ulamak dengan ugutan halau dari Pakatan Rakyat, kait mengait dengan UMNO dan mainan isu Hudud. Nampak gaya perwakilan sudah macam tahu nak ke mana.

Hanya tinggal satu lagi senjata belum turun iaitu wang. 


PASMA yang sudah dikahabarkan ada membina senjata wang dari DAP. Ia dipersetujui dalam satu mesyuarat ketika banjir Kelantan.  

Kononnya wang untuk belanja Kelantan tapi pihak DAP salurkan bantuan melalui kumpulan PASMA dengan pengetahuan bahawa sebahagian besar jika tidak semua wang itu akan diguna untuk tujuan kempem Muktamar.

Hal ini masih tidak dinafikan oleh PASMA. Tuduhan ini sudah lama meluas tapi PASMA tidak berani nak buat laporan polis untuk menafikan tuduhan. Maknanya money trail akan dedahkan demikian bila polis siasat.


Itu pasal begitu tepat untuk dikatakan calun pemileihan PAS adalah antara calun hijau PAS atau calun ang pow merah dari DAP.

Kuatkah lagi iman PAS kepada dugaan dari wang? Sesetengah pemimpin PAS sudah kecundang kepada dugaan hawa nafsu dari perempuan. Adakah berdaya mereka menolak habuan dari wang untuk persetankan perjuangan Islam ala PAS yang mereka gah-gahkan  selama ini?


Kita tengok saja kerana result saja dah boleh baca. ELok juga PASMA menang. Tak bolehlah PAS nak tuduh-tuduh UMNO sebagai kuat ambil rasuah kerana mereka pun boleh dikatakan balik sebagai:
2 x 5 = 5 x 2 = 10.
Dari: The Unspinners.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik