Thursday, June 11, 2015

TANGAN HITAM SIAPA DISEBALIK LANGKAH OTAI REFORMASI.

AIDCNews – 11/6/15 – Majlis meraikan tokoh-tokoh PAS yang tewas dalam pemilihan parti pada 14 Jun ini seperti satu permulaan gerakan baharu pasca Muktamar PAS.

Program ini dianjurkan oleh satu kumpulan yang dinamakan ‘Otai Reformasi’ atau ‘Otai Reformasi 1998′ yang diketuai YB Saari Sungip, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Hulu Kelang.


Ia seperti melengkapkan episod sebuah forum misteri anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) pada 8 September 2014, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di Kuala Lumpur yang tidak dihadiri oleh dua tokoh PAS, walaupun nama dan gambar mereka wujud di atas banner tersebut.

Namun, nama dan wajah mereka kemudian benar-benar wujud sebagai calon Presiden dan Naib Presiden PAS, pada Muktamar PAS pada awal Jun, walau bagaimana pun, mereka telah tewas.

Dalam sidang media Otai Reformasi semalam, sepatutnya bekas Exco Selangor, Ronnie Liu duduk di barisan hadapan bersama Saari dan Abdul Razak Ismail.

Kegagalan Ronnie Liu muncul di barisan hadapan menimbulkan tanda tanya, apatah lagi kemunculan Abdul Razak, bekas Ketua Cabang PKR Pasir Salak yang keluar parti secara tiba-tiba untuk menyertai DAP telah menimbulkan pelbagai teka teki.




No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik