Friday, June 5, 2015

MENGAMUK SAKANLAH LIM ANAK BERANAK: GHUYUB HABIS PUAK-PUAK PARASIT DALAM PAS PADA MUKTAMAR KALI INI!!!


Keputusan pemilihan dalam Muktamar Agung PAS Ke-61 telah diketahui. Kecuali Mazlan Aliman, kesemua pemimpin PAS yang sangat pro-PKR dan DAP telah tertungging dan dicampakkan keluar dari saf kepimpinan.

Dari Presiden sehinggalah ke AJK Pusat - kecuali Mazlan Aliman - kesemuanya orang Abdul Hadi Awang.

Dengan kata lain, gelombang pro-ulama telah menyapu bersih PAS daripada segala jebon dan malaun yang selama ini bertindak tidak ubah seperti kelingking menjolok mata.

Mat Sabu yang memegahkan Lim Guan Eng selaku majikannya, kalah teruk di tangan Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS. Abdul Hadi Awang yang mempertahankan jawatan Presiden pula, menang besar ke atas pencabarnya, Ahmad Awang dengan majoriti yang sangat besar. Begitu juga kemenangan Ketua Pemuda baru, Nik Abduh ke atas penyandangnya, juga bermajoriti besar. Nuridah Salleh pula menewaskan Zailah, juga dengan kemenangan yang sangat selesa. Manakala tiga orang Naib Presiden terdahulu - Husam, Mahfuz dan Salahuddin - memperolehi undi dan kedudukan paling corot berbanding calon-calon yang bertanding untuk jawatan berkenaan.

Masalah antara pro-Pakatan dengan pro-ulama dikesan ketara ketika krisis Menteri Besar Selangor tidak lama selepas Langkah Kajang yang terkangkang. Para pemimpin PAS yang cenderung kepada Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng bertindak serta mengeluarkan keputusan secara membelakangkan Presiden dan Majlis Ulama PAS. Beberapa keputusan dibuat mendahului kepimpinan, malah mesyuarat sehinggakan Abdul Hadi Awang dalam usaha untuk menjaga air muka parti pimpinannya terpaksa BERSETUJU DALAM TIDAK BERSETUJU dengan keputusan untuk memilih wakil PKR iaitu Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim biarpun sebelum itu, Abdul Hadi Awang telah menyatakan pendirian menyokong Khalid Ibrahim terus memegang jawatan tersebut.

Istana Selangor bagaimanapun membuat keputusan menolak pencalonan Wan Azizah dan melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baru.

Bermula dari situlah, kaum yang digelarkan JEBON oleh ahli-ahli PAS yang setia kepada Abdul Hadi memulakan kempen menentang dan menggulingkan Abdul Hadi Awang. Penubuhan PASMA yang berpresidenkan bekas pengangan jawatan Menteri Besar Kedah, Phahrolrazi Zawawi, dilihat sebagai tindakan keterlaluan yang mencabar kepimpinan Abdul Hadi.

Semalam, segala-galanya telah diketahui. Walaupun keyakinan ditunjukkan oleh Mat Sabu bahawa kumpulan pemberontaknya akan menang dan menggulingkan Abdul Hadi Awang, ternyata mereka telah ditolak sepenuhnya. Tidak sahaja Mat Sabu, bahkan kesemua pemimpin-pemimpin PAS yang sangat celupar dan sentiasa menyebelahi Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim telah dicampak keluar dari saf kepimpinan.

Kini ahli-ahli PAS sedang menunggu perubahan yang akan dibuat oleh pro-ulama selepas kumpulan pro-Pakatan berjaya diusir dengan sebahagian daripada mereka dijangka keluar PAS secara senyap-senyap dan menyertai PKR atau DAP sebagaimana yang dilakukan oleh Saifuddin Nasution tidak lama dahulu.

Apakah momokan DAP bahawa PAS di bawah Abdul Hadi Awang akan dibawa bergabung dengan UMNO atau sebaliknya? Atau momokan itu sekadar usaha DAP yang telah banyak melabur terutama dalam memberikan bantuan kewangan dalam bentuk gaji dan elaun kepada Mat Sabu, merupakan satu fitnah yang sangat jahat dan direstui pula oleh pemimpin-pemimpin PAS yang bernaung di bawah anak-beranak Lim?

Kita akan saksikan sama-sama....
Dari : TFK.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik