Saturday, June 6, 2015

NOTHING TO HIDE : SUKAGUAM IKHLAS ATAU PMO DTIIPU....


IMG-20150606-WA0070

Setelah berhadapan kritikan teruk semalam, penganjur program Nothing To Hide, tampil mempertahankan diri dengan menyalahkan pegawai Perdana Menteri atas kerosakan imej Perdana Menteri semalam.

Sebenarnya, penulis sangat terkejut apabila Pejabat Perdana Menteri bersetuju mengadakan program Perdana Menteri bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) melalui Sukaguam yang diterajui oleh Datuk Khairul Anwar Rahmat. 

Khairul Anwar Rahmat merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor juga diketahui dalam “circle” politik Johor sebagai antara kepimpinan pemuda yang banyak mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Mohd Najib Razak.

Ada khabar menyatakan Khairul pernah merancang untuk meminta Najib meletak jawatan tetapi membatalkan hasrat tersebut apabila melihat arus sokongan ke atas agenda itu tidak begitu kuat di kalangan Pemuda Johor.

Malahan ketika laporan kami mengenai lima sekawan, ada sumber memaklumkan bahawa Khairul yang berada dalam program tersebut telah berjumpa dengan Setiausaha Politik PM, Datuk Jelaini Ngah, menafikan 100 peratus ada berlaku sedemikian.

Pada minggu lalu, sumber kami turut memaklumkan ada pertemuan Khairul dengan Khairy Jamaluddin dan beberapa Ketua Pemuda UMNO bahagian di Hotel Thistle, Johor Baharu. Khairul lantang mempertikaikan isu 1MDB ini.

Justeru penulis sangat hairan mengapa orang yang tidak mempercayai penjelasan Kerajaan mengenai 1MDB diberi peluang pula untuk menjadi pengajur program PM bersama NGO.

Kesalahan sudah tentu ke atas Pejabat Perdana Menteri sendiri yang gagal mengesan agenda seperti ini dan membenarkan tema “Nothing To Hide” yang berbentuk provokatif 

Khairul Anwar Rahmat perlu tampil menjelaskan pendiriannya mengenai 1MDB dan kepimpinan PM Najib Razak sebelum menyalahkan orang lain atas kegagalan program ini. 

utusan-sukaguam

Semalam beliau mendakwa Tun Dr Mahathir tidak dijemput oleh penganjur. Namun jelas dari kenyataan akhbar dan penyediaan kerusi khas kepada Tun Mahathir menunjukkan mereka telah merancangnya.

Kenyataan Akhbar jelas menyatakan Tun Mahathir bebas datang dan akan dibenarkan bertanya soalan. Soalnya mereka anjur program apa? Program penjelasan Perdana Menteri kepada rakyat atau program debat Tun Mahathir – Najib Razak?

Alasan pemberita bertanya mengenai kehadiran Tun Mahathir menyebabkan beliau menjawab terbuka untuk hadir sangat tidak logik kerana sebelum ini beliau sendiri menyatakan program ini terbuka kepada mereka yang mendapat kad jemputan sahaja.

Beliau boleh sahaja menyatakan ini program untuk NGO dan rakyat biasa, Tun dan Najib elok adakan pertemuan sendiri. 

Sebaliknya dengan penuh bangga beliau menawarkan Tun Mahathir untuk hadir. Malah, anak Tun mahathir, Marina, memuat naik jemputan penganjur kepada Tun Mahathir secara langsung.

Penulis tidak pasti sama ada Khairul Anwar terbabit untuk menjatuhkan imej Najib Razak atau tidak. 

Namun penulis percaya ada usaha belakang tabir untuk mewujudkan krisis kepimpinan dalam UMNO. Dan Sukaguam sama ada secara sedar atau tidak turut dipergunakan.

Ada pihak berkerja secara belakang tabir membawa Tun Mahathir ke dalam forum terbabit. Tujuan mereka, apabila diletak Najib Razak dan Tun Mahathir dalam satu majlis untuk bergaduh, walau apa berlaku pun yang buruk tetap Perdana Menteri. 

Jika Najib menjawab Tun Mahathir sehingga Mahathir kalah, maka beliau akan dianggap kurang ajar, tidak beri muka kepada seorang negarawan. Jika Najib tidak menjawab akan dianggap menyembunyikan.

Jika benar Khairul tidak terbabit dalam konspirasi ini beliau harus membuktikan dengan turun ke bawah membantu Mohd Najib Razak menjelaskan isu-isu ini.

Untuk para pegawai Perdana Menteri, lakukanlah banyak risikan sebelum tertipu lagi.

Dari: MYKMU.NET

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik