Sunday, June 14, 2015

PASMA AKHIRNYA TUBUH PARTI POLITIK GANTI PAS DALAM PAKATAN....

Persatuan Ummah Malaysia (PasMa) mengesahkan bahawa parti itu adalah sebuah parti politik baharu bertujuan menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang.

Presidennya, Datuk Pahrolrazi Mohd Zawawi yang sebelum ini berkali-kali menafikan sasaran itu akhirnya mengakui bahawa parti 

pasma

baharu berkenaan bakal mengamalkan konsep terbuka yang akan menerima penyertaan daripada pelbagai kaum.

“Pakatan sudah lama mati dan berikutan itu kita mahu satu parti ditubuhkan untuk membentuk parti pembangkang baru.

“PasMa mengambil satu ketetapan bahawa sebuah sebuah parti politik baharu perlu ditubuhkan dan peranan PasMa adalah kesinambungan PAS dalam komponen Pakatan Rakyat,” katanya selepas Wacana PasMa Nasional ke arah mengukuhkan Pakatan Rakyat di Shah Alam, Sabtu.

Menurutnya, jawatankuasa penaja parti baharu itu dijangka akan dibentuk selepas sambutan Aidilfitri Julai depan.

“Tujuan parti ini ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Yang pasti, parti baharu itu akan disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bekas kepimpinan PAS Pusat yang menyokong perjuangan pembangkang.

Sekaligus, PAS tentunya akan menyaksikan penghijrahan kelompok Anwarinas dan liberalis dalam parti itu untuk menyertai PasMa.

PAS akan dengan sendirinya terpelanting serta dipinggirkan dalam pakatan pembangkang sekalipun enggan berbuat demikian.

Kesudahannya, masyarakat Melayu akan terpecah empat kecuali ada pihak yang meletakkan perpaduan ummah sebagai landas perjuangan mencari keredaan Sang Pencipta.

Apa sekalipun, yang paling gembira tentunya parti cauvinis DAP kerana sasaran strategi pecah dan perintah makin membuahkan hasil.

Dari: BNBBC.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik