Sunday, June 7, 2015

PASMA BAKAL JADI PARTI SERPIHAN PAS.....

pasma-3

BANGI, Ahad – Mungkinkah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ‘mesra’ parti rasis DAP – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) – akan berubah menjadi parti politik serpihan PAS?

Ini berikutan kenyataan Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi, bahawa NGO itu akan mengadakan mesyuaratnya dalam masa terdekat bagi membincangkan sama ada mahu bertukar menjadi sebuah parti politik berikutan keputusan muktamar PAS yang berakhir semalam.

PasMa adalah pertubuhan yang kebanyakannya dianggotai oleh penyokong dan ahli PAS berhaluan kiri yang lebih ‘mesra’ kepada parti cauvinis DAP dipimpin oleh Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor, Kedah, itu.

Muktamar Agung PAS Ke-61 yang berakhir semalam menyaksikan semua pemimpin konservatif PAS yang mesra PasMa dan DAP, termasuk Ahmad Awang yang bertanding jawatan presiden, tewas sepenuhnya kepada kumpulan pro-ulama.

Muktamar yang berlangsung di Kuala Selangor itu juga bersetuju dengan usul Dewan Ulama PAS untuk memutuskan kerjasama dengan DAP, tetapi Majlis Syura akan membuat keputusan akhir.

Keputusan itu sekali gus mengecewakan PasMa, kerana NGO yang ditubuhkan oleh sekumpulan ahli PAS ‘bermasalah’ itu, mahu menguatkan kerjasama dalam pakatan termasuk dengan DAP.

PasMa melalui laman web mereka juga secara terang-terang menentang kepemimpinan Persiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mereta tuduh menyebabkan banyak menimbulkan perpecahan di kalangan profesional dan ulama.

Laporan sebuah portal berita hari ini memetik Phahrolrazi sebagai berkata, wujud desakan daripada ahli supaya PasMa bertukar menjadi parti politik dan perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat.

“Ini satu keputusan besar yang perlu kita bincangkan pada perbincangan meja bulat kami pada 13 Jun (Sabtu), jam 2 petang,” katanya.

Dari: ISMA.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik