Saturday, June 6, 2015

PASMA SEDIA BERSAMA PAKATAN DAP DAN PKR....... HENTAN PAS SAMPAI LUMAT.


DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memang merancang untuk menjadikan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai sebuah parti parti politik bagi menggantikan Pas. 
Pengakuan itu dibuat oleh bekas EXCO Selangor dari DAP, Ronnie Liu, menerusi statusnya di Facebook. 

Dia mengharapkan bekas Timbalan Presiden Pas yang gagal mempertahankan jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dan pemimpin Pas lain yang kalah supaya meninggalkan Pas dan menjadikan PasMA sebuah parti politik seperti dirancang. 

Bekas EXCO Kerajaan Tempatan selama sepenggal itu, berkata, gabungan DAP, PKR dan Pasma akan memberi nafas baharu kepada Pakatan Rakyat (PR). 

 Mudah2an Mat Sabu dan rakan2 akan keluar en block dan jadikan pasma parti politik seperti yang dirancang. Pkr + dap + pasma….satu pakatan rakyat yg baru, dengan nafas yg baru ,” tulisnya. 


Menerusi komen-komen terhadap status itu, Liu percaya pemimpin DAP dan PKR akan mengadakan pertemuan dalam waktu terdekat untuk membincangkan masa depan PR tanpa Pas. 

Kekalahan teruk pemimpin Pas pro liberal memberi tamparan hebat kepada DAP dan PKR yang bimbang Pas akan meninggalkan PR. - laporan FMT

Mymassa kata...
Elok sangat ler tu...apa yang dikata oleh Uncle Ronnie Liu tu ada kebenarannya.
Buat apa lagi puak-puak Anwarinas PASMA dok bertenggek lama-lama dalam PAS. Dah kena tolak masih lagi nak bergayut pada serban, jubah dan purdah ulamak dan ustazah?
Malulah sikit kalau orang dah buang kenapa masih merayu...muka tak malu. 
Sedarlah sikit kalau jantan-jantan PASMA masih ada sepasang telur maka jalan paling baik adalah berpisah (mufaraqkah) dan taqlid dengan jemaah kepimpinan PAS sedia ada.


DAP dan PKR dah offer yang terbaik sayang kalau tak rebut. Inilah masa untuk membuktikan PASMA lebih baik dan faqih bersama Pakatan Rakyat berbanding dengan saf kepimpinan PAS sedia ada yang konservatif, jumud dan ortodoks itu.

Saf kepimpinan PASMA sudah ada  tunggu apa lagi. Ingat jika PASMA kuat dengan cara tidak langsung kepimpinan PAS yang tua-tua sedia ada akan terkubur. 

Nah Muktamar PAS tahun 2017 nanti adalah waktu kemuncak untuk PASMA merebut kembali kepimpinan PAS, gantikan dengan kepimpinan profesional dan seterusnya bersedia menghadapi PRU 14 pada Mei 2018 dengan penuh keyakinan.

PASMA ada kekuatan dari segi kepimpinan dan kewangan. Bantuan dari rakan sekutu DAP dan PKR jangan dipersia-siakan. Ingat peluang tidak akan datang berkali-kali.  

Peduli apa puak-puak ulama jumud PAS nak kata yang penting PASMA boleh maju ke depan bersama DAP dan PKR...

Tak perlu lagi ahli dan penyokong PAS wa'laa kepada kepimpinan yang terjerumus tajdid jumud pada ulama konservatif.

PAS yang dok ada sekarang apa yang mereka boleh buat selain dok main kompang nak buat hudud saja?

Struktur Organisasi Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sessi 2014/16.
Mursyidul Am Pasma : Ust Hj Ahmad Awang (Perak)
Timb Mursyidul Am Pasma : Ust Muhammad Husin (Kelantan)
Presiden Pasma : YB Dato' Husam Musa (Kelantan)
Timb. Presiden Pasma : Dr Hatta Ramli (Selangor)
Naib Presiden Pasma : Dr Dzulkifli Ahmad (Selangor)
Naib Presiden Pasma : Dr Mujahid Yusuf Rawa (Pulau Pinang)
Naib Presiden Pasma : YB Khalid Samad (Selangor)
Ketua Pemuda : Sheikh Omar (Johor)
Ketua Muslimat : Aiman Athirah (Sabah)
Ketua Ulamak : Ust Mohamad Nor (Melaka)
AJK Pasma :
Nordin Majid (Pahang)
Dato Wan Rahim (Kelantan)
Ust Taib Ahmad (Kedah)
Ust Nasir Zakaria (Kedah)
Ust Fuad Othman (N9)
Hanipa Maiden (Selangor)
Syed Azman (Terengganu)
Mohamad Sabu (Pulau Pinang)
Ust Dzulqarnain (Perak)
Sayuthi Basirun (Selangor)
Abd Fatah Harun (Kelantan)
AJK Tambahan :
Rahman Talib
Hazmi Hassan
Sayuthi Omar
Hisyamudin Ghazali
Jurucakap : Ust Pahlol Radzi (Kedah) - Ketua Jebon sebalik tirai 


Dari: Mymassa.

No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik