Thursday, June 4, 2015

PEMILIHAN PAS PAMER BELANG SEBENAR AHLI.

Menjelang pemilihan jawatankuasa tertinggi PAS petang ini, perwakilan dihidangkan dengan risalah yang melabel pemimpin tertentu sebagai perosak parti.

Risalah bersaiz A4 dengan cetakan berwarna itu menyenaraikan 54 gambar barisan kepimpinan tertinggi PAS Pusat dan Pesuruhjaya Negeri bagi sesi 2013-2015.


perosakpas

Sejumlah 17 daripada mereka ditandakan dengan bulatan berwarna biru yang dikategorikan ‘wajah pendukung liberalisme yang merosakkan PAS dari dalam’.

Antara yang tersenarai ialah Datuk Husam Musa, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Siti Mariah Mahmud, Khalid Samad serta Hanipa Maidin.

Mereka didakwa membawa agenda ‘tuan politik’ luar kerana ditaja dengan pelbagai bentuk imbuhan dan ditugaskan menguasai PAS demi kepentingan penaja.

Seramai lapan daripada senarai berkenaan ditandakan dengan bulatan jingga.

Mereka ini dikatakan sebagai ‘pemimpin yang sudah tunduk kepada pendukung liberarisme dan menjadi lalang serta berani menentang golongan ulama dalam PAS secara terang-terangan.

Kumpulan ini terdiri daripada Mohamad Sabu, Salahuddin Ayob, Suhaizan Kayat, Datuk Mahfuz Omar serta Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob.

Apa pun, tindakan ini dilihat sebagai usaha pihak tertentu mempengaruhi perwakilan yang akan mengundi barisan kepimpinan baharu PAS petang ini sama ada memihak kelompok ulama mahu pun golongan yang mahukan perubahan.

Persoalannya bagaimanapun ialah di manakah Islamnya perbuatan sebegini, lebih-lebih lagi dalam sesebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam di bumi bertuah ini.

Dari: BNBBC.


No comments:

Post a Comment

Pengikut

Tajuk-Tajuk Menarik